
Tempahan model terbaharu Perodua Alza (2022) sudah pun dibuka pada awal bulan lalu, namun reka bentuk model itu tidak pula dipaparkan kepada umum.
BACA: Tempahan Perodua Alza 2022 Sudah Dibuka, Harga Bermula RM62,000
Terbaharu, Perodua telah memperkenalkan Alza (2022) yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE, dipadankan dengan transmisi D-CVT dengan bacaan penggunaan bahan api 22.0 km/liter (4.5 liter/100km).

Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu X, H dan AV dengan variasi warna Vintage Brown, Garnet Red, Elegant Black, Glittering Silver dan Ivory White.

Berikut kami senaraikan harga model Alza (2022) mengikut varian yang ditawarkan:
X (asas) – RM62,500
H (pertengahan) – RM68,000
AV (premium) – RM75,500


Alza serba baharu ini disertakan pakej teknologi bantuan pemandu termaju, Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terdiri daripada lima ciri utama iaitu:
- Bantuan keselamatan Termaju (Advanced Safety Assist (ASA) 3.0)
- Bantuan Pemanduan (Driving Assist)
- Bantuan Parkir (Parking Assist)
- Bantuan Lampu Utama (Headlamp Assist)
- Keselamatan Pasif (Passive Safety)

Amacam, onz ke tak? Hiks!
Sumber: (1)
‘Biar Ori, Baru Sempoi’, MK K-Clique Teruja Berpeluang Nyanyi Lagu Tema Terbaharu F&N Teh Tarik

Pengeluar dan pengedar minuman terbesar, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, telah melancarkan air minuman yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya, F&N Teh Tarik dalam format yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Kempen terbaharunya, ‘Biar Ori, Baru Sempoi’ ini dianjurkan bagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama dengan menampilkan video dan lagu tema baharu yang disampaikan secara eksklusif oleh penyanyi dan rapper terkenal tempatan, MK K-Clique.
ARTIKEL BERKAITAN: Status Terkini MK K Clique ‘Masih Mencari’, Enggan Tergesa-Gesa Untuk Berumah Tangga
“Saya sangat gembira sebenarnya kerana air teh tarik ni memang kegemaran saya. Jadi, peluang untuk menyanyikan lagu tema terbaharu F&N ini saya terus grab.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur. Terima kasih F&N Teh Tarik kerana mempercayai saya,” ujar MK kepada Remaja.
Kempen F&N Teh Tarik baharu ini bertujuan untuk menarik perhatian generasi muda Malaysia dengan cara yang ceria lagi bertenaga.
Untuk informasi, produk ini kini boleh didapati dalam dua variasi – ORI dan Kurang Manis dan didatangkan dalam format botol dan juga tin.
F&N Teh Tarik ORI dan Kurang Manis juga akan dilancarkan di Malaysia Timur bermula bulan Mei, sebagai usaha untuk meluaskan lagi penawarannya kepada semua rakyat Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai F&N Teh Tarik, sila layari www.fn.com.my atau laman media sosial rasmi @fnndairies di Facebook & Instagram.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Senarai Jenama Pulse Oximeter Yang Telah Diluluskan MDA, Boleh Beli Tanpa Ragu

Isi Kandungan
TogglePengunaan pulse oximeter di rumah sedang giat diperkatakan di media sosial, khususnya dari ahli perubatan yang menyarankan agar satu rumah mempunyai satu pulse oximeter ini bagi memeriksa tahap oksigen.
Alat ini sangat penting bagi pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam dan sesak nafas. Namun kini ramai yang sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan alat pulse oximeter ini sentiasa ada di rumah bagi persediaan sekiranya perkara tidak diingini berlaku.
BACA: Doktor Ini Ajar Cara Gunakan Pulse Oximeter, Elak Bacaan Tidak Tepat
Sekiranya korang ingin membeli, pastikan ia adalah yang original dan bukannya tiruan. Sudah banyak pulse oximeter tiruan yang dijual secara online dengan harga jauh lebih murah. Jadi, untuk mengelakkan daripada tersalah beli, berikut kami senaraikan antara jenama pulse oximeter yang telah diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA).
1. Oxitech Pulse Oximeter

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzk1
Menggunakan dua bateri alkali jenis AAA dan penggunaan kuasanya sangat menjimatkan bateri. Sepit pada hujung jari menggunakan alat ini dan biarkan pulse oximeter membaca kadar nadi dan tahap oksigen dalam darah. Produk ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC1574221-53413.
2. Medisana PM100

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzku
Penggunaannya sangat mudah dengan hanya menekan satu butang sahaja, ia sudah berfungsi. Terdapat enam jenis format yang dipaparkan iaitu gelombang, bar, digit dan lain-lain. Model ini sudah pun diluluskan oleh MDA dibawah nombor pendaftaran GC52083234217.
3. Biolight M70C

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzll
Sesuai digunakan oleh semua golongan dewasa dan kanak-kanak dan ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Produk ini telah diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GC94689685818.
4. ChoiceMMed Oxywatch Pulse Oximeter MD300C2

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzm9
Jika bacaan normal, alat ini tidak akan menggeluarkan apa-apa bunyi tetapi jika sebaliknya, penggera akan berbunyi. Alat ini hanya boleh digunakan bagi golongan dewasa sahaja. Ia telah disahkan oleh MDA dibawah nombor pendaftaran GC2160119-29755.
5. Joylee Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzn0
Alat ini juga sesuai untuk pesakit vaskular, mereka yang bekerja lebih dari 12 jam sehari, mereka yang melakukan sukan lasak, kronik alkohol dan lain-lain. Diluluskan oleh MDA dengan nombor pendaftaran GC6804921-68270.
6. Yuwell Fingertip Pulse Oximeter YX302

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzni
Pulse oximeter ini menggunakan dua biji bateri AAA untuk menghidupkannya dan mempunyai sistem automatik switch-off jika 8 saat tidak digunakan. Disahkan oleh MDA dibawah nombor pendaftaran YGC9480821-57718.
7. Yonker Pulse Oximeter YK-82

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzo6
Antara pulse oximeter yang paling murah untuk dibeli, Yonker Pulse Oximeter YK-82 ini telah diluluskan oleh MDA dengan nombor pendaftaran GC4998120-43555.
8. Microlife Fingertip Pulse Oximeter OXY 200

Boleh beli disini: https://invol.co/cl5mzql
Sangat mudah untuk digunakan, letakkan hujung jari pada bahagian sensor, tunggu beberapa saat dan keputusan akan keluar pada skrin LED. Model ini telah mendapat kelulusan MDA dibawah nombor pendaftaran GB3615421-57602.
Diharap agar senarai yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang mencari pulse oximeter yang original dan disahkan MDA.
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)
Sasarkan Pingat Emas & Harumkan Malaysia, Atlet Angkat Berat Malaysia Antara Atlet Terbaru Terpilih Program ROAD TO GOLD!

Jawantankuasa program Road to Gold (RTG) yang dipengerusikan oleh Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Heoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria baru-baru ini telahpun membuahkan beberapa berita baik bagi arena sukan tanah air.
Antaranya termasuklah perbelanjaan semasa program RTG, kemajuan dan status atlet RTG sedia ada, pencalonan atlet yang berjaya meraih emas untuk Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2023, senarai atlet yang telah layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan akhir sekali mengenai pengenalan sukan skuasy yang secara rasminya akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Mesyuarat yang turut dihadiri ahli Jawantankuasa RTG termasuklah Chef de Mission Olimpik Paris 2024, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah bersepakat dalam memutuskan kemasukan atlet baharu ke dalam RTG.
Ia tidak lain tidak bukan ialah atlet angkat berat kategori 61kg, Mohamad Aniq Kasdan yang telahpun dimasukkan ke dalam program RTG untuk Sukan Olimpik Paris selepas Persekutuan Angkat Berat Malaysia menyuarakan permintaan.
Aniq kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik dan perkara itu merupakan sebahagian daripada kriteria untuk menjadi sebahagian daripada program RTG.
Dengan sokongan yang betul, mereka percaya bahawa Aniq mempunyai potensi besar untuk meningkatkan catatan peribadi terbaiknya iaitu 291kg; kurang hanya 3kg berbanding pencapaian pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 iaitu 294 kg.
Untuk pengetahuan korang, selain Mohamad Aniq Kasdan; antara atlet Malaysia lain yang tersenarai dalam kalangan atlet program RTG ialah:
Aaron Chia (Badminton)
Soh Wooi Yik (Badminton)
Pearly Tan (Badminton)
M.Thinaah (Badminton)
Chen Tang Jie (Badminton)
Toh Ee Wei (Badminton)
Ng Tze Yong (Badminton)
Ong Yew Sin (Badminton)
Teo Ee Yi (Badminton)
Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal)
Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal)
Datuk Pandelela Rinong (Akuatik Terjun)
Nur Dhabitah Sabri (Akuatik Terjun)
***

Jawatankuasa RTG juga telah membincangkan status pelayar negara, Nur Shazrin Latif Nur Shazrin yang baharu sahaja memenangi pingat emas di Sukan Asia 2022. Umum mereka, Nur Shazrin akan terus disokong sepenuhnya oleh Program Podium termasuklah dari aspek penginapan, makanan, perlindungan kos pertandingan, peralatan, pemakanan dan perkhidmatan perubatan serta sains sukan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Atlet Terbaru Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024
REMAJA pasti, antara individu yang paling gembira sekarang ialah penerjun kebangsaan dari Sarawak, Bertrand Rhodict Lises setelah dia tersenarai sebagai atlet yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Pada usia 18 tahun sahaja, Bertrand telahpun menunjukkan potensi yang cukup mantap di kejohanan yang disertainya kebelakangan ini. Lantas, MSN berkata ia akan bekerjasama rapat dengan skuad terjun kebangsaan untuk meneliti program khusus bagi Bertrand dan dia juga akan dipertimbangkan untuk program RTG dalam masa yang ditetapkan.
Selain Bertrand, penembak kebangsaan, Johnathan Wong juga bakal berentap di Sukan Olimpik Paris 2024. Beliau bakal menerima elaun Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) tambahan daripada MSN sehinggalah tibanya tarikh bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024; selain akan terus menerima sokongan penuh daripada MSN dan ISN di bawah Program Podium.

Walaupun Johnathan tidak terpilih bagi Program RTG buat masa ini, MSN akan memastikan beliau akan mendapat sokongan penuh melalui Program Podium sehingga bertanding di peringkat Olimpik pada tahun hadapan.
***
Dalam pada itu, skuad skuasy kebangsaan telahpun menerima berita gembira apabila sukan tersebut bakal dipertandingkan pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Pengumuman oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 16 Oktober 2023 itu telah disambut riang oleh arena sukan tanah air selepas pencapaian gemilang kontinjen negara di Sukan Asia setelah meraih tiga pingat emas.
Jawatankuasa tersebut telah meminta Ahli Jawatankuasa RTG dan Timbalan Chef De Mission Sukan Olimpik Paris, Datuk Nicol Ann David untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam membantu membangunkan pelan strategik dan kolektif untuk kemasukan skuasy ke dalam fokus program RTG bagi Sukan Olimpik LA 2028.
Untuk makluman lanjut mengenai program RTG dan senarai atlet yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, layari laman web KBS di www.kbs.gov.my serta media sosial KBS bagi menyertai sebarang inisiatif yang dilakukan oleh KBS.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.