Gegar Vaganza 9 menyaksikan barisan penyanyi hebat membarisi senarai finalis. Pada minggu ketujuh pertandingan, Tom atau nama sebenarya, Raja Farah Afzal Raja Ikram akur menjadi peserta keempat tersingkir.
Menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak, Tom berada di kedudukan tercorot dengan mencatat markah hanya 55.20 peratus
Tom yang dahulunya popular sebagai juara rancangan realiti My Starz LG ternyata kelihatan tenang apabila namanya disebut sebagai peserta yang tersingkir.
Bob berada di kedudukan juara dengan meraih markah 85.60 peratus, manakala Shila Amzah dan Tomok pula berada di kedudukan kedua dan ketiga. Mereka masing-masing mengumpul markah sebanyak 84.10 dan 81.50 peratus.
Konsert minggu ketujuh ini telah diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datin Marlia Musa yang menggantikan Datuk Syafinaz Selamat.
Pada konsert minggu hadapan, sembilan peserta yang masih bersaing bakal membawakan lagu yang pernah mengungguli carta.
Antara lagu yang akan dinyanyikan adalah My Baby You (Bob Yusof), Coba (Shila Amzah), Mentera Semerah Padi (Tomok), Hijau ( Dina Nadzir), Rozana (Kumpulan VE), Lelaki Ini (Jaclyn Victor), Widuri (Hazrul Nizam), Tiara (Asheed Def Gab C) dan Laila Namamu Teratas (Fuad Rahman).
BACA JUGA: Cantik & Bijak, Pelajar Jurusan Ekonomi Dinobatkan Sebagai Miss Korea 2022
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.