Ramai yang mengeluh bosan apabila Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri Malaysia beberapa hari lepas. Selama 14 hari, banyak sektor perusahaan dan pendidikan ditutup selama 14 hari dan rakyat juga tidak dibenarkan keluar tanpa ada urusan yang penting.
Maka, ramailah yang mengeluh kerana bimbang kebosanan hidup di rumah. Hiks!
Bertenang guys, sebenarnya ada banyak benda yang korang boleh buat untuk mengisi rasa ‘kekosongan’ sepanjang 14 hari ni. Antaranya adalah seperti membaca buku secara digital. Walaupun Perpustakaan Negara Malaysia telah pun menutup perkhidmatan mereka bermula 16 Mac lepas, korang masih boleh melayari perkhidmatan perpustakaan digital u-Pustaka yang menyediakan 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma.
Carannya mudah saja, jom kita ikut menerusi perkongsian yang dibuat oleh nadiahrazali14 ini.
Mudah sahaja kan?
Korang juga boleh memilih genre sama ada fiction atau pun non-fiction.
Untuk yang ingin menggunakan private ID sendiri, korang boleh ikut cara berikut bagi mendapatkan ID sendiri.
1. Register di u-library.gov.my
Link ni memang agak slow sikit, so korang kena bersabar ya
2. Buka Libby dan pilih See Library Card
3. Pilih Add Another Card
4. Masukkan ID yang korang daftar dan pilih Next
5. Masukkan password
6. Siap!
Ha, lepas ni tak nak dengar lagi alasan bosan duduk rumah ok? Hiks!