Haa, siapa anak-anak kelahiran negeri Johor Darul Taa’zim di sini?
Kalau korang berasal dari sana, tak salah sekiranya korang melibatkan diri sebagai salah seorang ahli bagi Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) ini.
Persatuan ini sebenarnya telahpun ditubuhkan lebih awal pada bulan Mac 2021 atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bukan saja mempunyai misi untuk menyatupadukan anak kelahiran Johor, PABJ yang kini berada di bawah kelolaaan Presiden PABJ iaitu Datuk Mohsen Hasbollah juga berperanan untuk memperkasakan mereka ini dalam bidang pendidikan, pelancongan seni dan budaya, ekonomi dan keusahawanan, multimedia dan komunikasi, kebajikan dan agama, keselamatan dan kesihatan serta sukan dan rekreasi.
Tidak kiralah sama ada korang kini menetap di negeri Johor ataupun berkelana di negeri lain atau tinggal di luar negara, kehadiran korang sebagai salah seorang daripada 1000 orang ahli yang sedang mereka rekrut pada waktu ini amatlah digalakkan.
Ia demi mengeratkan silaturrahim, menyumbang semula kepada pembangunan Johor sebagai anak bangsanya di samping berkongsi idea untuk memajukan persatuan ini lagi. Sehingga kini, PBAJ telahpun merekrut 217 orang ahli tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur.
Sementara itu, dalam sebuah majlis pelancaran pada akhir Disember lalu, PABJ juga telah melantik penyanyi popular yang juga merupakan anak kelahiran Muar, Datuk Nash sebagai dutanya atas tiket reputasi yang dimiliki penyanyi tersebut dalam industri seni.
Untuk info lanjut, korang boleh mengikuti aktiviti PBAJ DI SINI.
Apa tunggu lagi dak-dak Johor, laungkan semangat kenegerian korang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.