Menjadi raja sehari adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang berniat untuk mengikat tali perhubungan mereka ke jalan halal. Di hari perkahwinan, dah tentu pengantin nak kelihatan paling cantik dan menonjol.
Jadi, individu utama yang bertanggungjawab untuk menjadikan si pengantin seperti ‘raja’ adalah mak andam.
Ada beberapa persediaan yang perlu pengantin perempuan lakukan untuk memudahkan urusan solekan di hari Bahagia mereka.
Berikut adalah perkongsian daripada cahayasakinah_mua untuk korang yang bakal bergelar pengantin.
1. Sediakan tudung/shawl, veil, aksesories, kasut, baju pengantin siap-siap dalam bilik mekap. So that, taka da la korang ke hulur hilir ambil baju dekat bilik lain.
2. Kalau planning nak pakai korset standby dalam bilik mekap terus dan kalau nak senang, pakai siap-siap.
3. Anak tudung, kerongsang, peniti sediakan pada satu tempat. Nanti tak kelam kabut nak cari tak jumpa.
4. Sediakan kerusi bersandar untuk keselesaan korang dan cari lapik bantal untuk bahagian kepala jika nak lagi selesa. Kerusi meja makan pun tak apa asalkan tinggi dan janganlah duduk di sofa. Lenguh pinggah mak andam nak berdiri lama. Hiks!
5. Pakai baju berbutang depan supaya senang nak buka dan tak rosakkan mekap.
6. Kalau korang planning nak pakai contact lens, tolong buka dan rendam lens yang baru dibeli itu sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum pakai. Then, pakai siap-siap 1 jam sebelum mekap. Air solution lens mak andam tak sediakan. Sila beli siap-siap.
7. Isi perut siap-siap sebelum mak andam sampai untuk mekap kan korang sebab once mak andam dah sampai, mereka akan terus mulakan solekan.
8. Tolong inform kawan-kawan atau kaum keluarga korang jangan ramai-ramai dalam bilik masa pengantin tengah bersiap. Sekurang-kurangnya satu atau dua orang je dah cukup untuk jadi runner korang. Takut menganggu fokus mak andam dan kalau dah tersilap langkah, memang tak boleh nak buat apa.
9. Paling penting, beri handphone korang pada individu yang dipercayai untuk menjawab call dan mesej. Jangan main phone ketika mak andam tengah siapkan korang.
Sumber: cahayasakinah_mua