Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan buat Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique menerusi lagu Gila. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Aina Abdul (Simpan) dan tempat ketiga disandang oleh penyanyi lagenda, Dato’ Jamal Abdilillah dan Wany Hasrita dengan lagu Belenggu Rindu.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kemunculan Nabila Razali yang membawakan lagu Peluang Kedua, ciptaan Hael Husaini dan MFMF. Bella nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila nyanyiannya ‘tergelincir’ di bahagian korus.
Sejurus selepas persembahan beliau, rata-rata netizen memuat naik status di media sosial dan mengkritik persembahan penyanyi berusia 29 tahun itu.
Nabila Razali juga sempat membuat hantaran di laman Instagram dengan kapsyen, “I’ve tried my best… I’m sorry @haelhusaini @wearemfmf ☹
Walau bagaimanapun, penyanyi dan pelakon itu tetap mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus memberi semangat buat beliau.
Ads
Ads
Bukan hanya selebriti, malah sebenarnya masih ramai netizen di luar sana yang turut bersimpati dan memberi sokongan kepada Nabila Razali.
Ads
Malah, komposer dan penulis lirik, Hael Husaini dan MFMF turut memberi kata-kata semangat buat pelantun suara Peluang Kedua itu.
Apa-apa pun, Remaja ingin mengucapkan syabas buat Nabila Razali kerana sudah berusaha keras dan cuba untuk melakukan yang terbaik. Semoga Bella terus kuat dan tidak patah semangat dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Aepul Roza dinobatkan sebagai bintang yang menduduki tempat pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show (THSS) dengan tema Revolu-sihat.
Mempersembahkan lagu kumpulan Gigi Nakal dengan penuh tenaga, Aepul membawa tema semangat solidariti untuk pemain bola sepak negara iaitu Faisal Halim.
Sebelum ini, tempat pertama dimiliki Ayda Jebat tetapi kali ini ia dirampas oleh Aepul dengan markah sebanyak 90.40%.
Ayda Jebat pula mendapat kedudukan kedua dengan markah 88.51% malam tadi dengan menyanyikan lagu I’m Sexy and I know It nyanyian LMFAO dan What Does The Fox Say? oleh Ylvis.
Sementara itu, Aisha Retno peroleh markah sebanyak 88.34% dan menempatkan di tempat ketiga untuk minggu kedua THSS.
Bagi Stacy dan Putera Muhammad pula, walaupun telah memberi persembahan yang terbaik malam tadi. Keduanya, hampir kecundang dengan perbezaan markah sebanyak 2.88% sahaja.
Meskipun tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kedua, Datin Alyah bagaimanapun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan THSS atas alasan menunaikan haji pada 12 Jun ini. Berita itu dikongsi oleh Alyah menerusi siaran langsung pada Ahad.
The Hardest Singing Show (THSS) bakal berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan penyanyi Indonesia, Rina Nose. Kerusi juri pula terdiri dari barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang berpengalaman dalam industri hiburan dan muzik seperti Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa, dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hankook Ilbo melaporkan pelakon Kim Bo Kyung telah meninggal dunia pada usia 44 tahun Isnin lalu setelah bertarung dengan kanser selama 11 tahun. Berita kematiannya telah disahkan sendiri oleh keluarga terdekat.
Pelakon lulusan Seoul Institute of the Arts itu meula membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika berusia 22 tahun dalam antara filemnya yang hit adalah Friend, ketika dia memegang watak Jin Sook sebagai vokalis untuk kumpulan Rainbow. Kim Bo Kyung juga pernah muncul dalam filem-filem lain seperti “RU Ready?”, “Sword in the Moon,” “My Little Bride,” “Blue Sky,” “Epitaph,” “Paju,” dan “The Day He Arrives.”
Difahamkan, pelakon wanita ini telah dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan semalam.
Tahun 2018 bakal menyaksikan satu perubahan besar dalam hidup wanita Arab Saudi.
Pada zaman pemerintahan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, keduanya telah melancarkan Visi 2030.
Apa itu Visi 2030?. Ia adalah sebuah cetakan biru jangka panjang mengenai reformasi ekonomi dan sosial yang direka untuk memodenkan Arab Saudi dan mengabaikan pergantungan pada pendapatan minyak.
Pelancaran ini menyaksikan banyak larangan terhadap wanita mulai ditarik balik. Ini termasuklah, wanita sudah dibenarkan memandu kereta pada Jun 2018. Golongan wanita juga diberi kebenaran memandu trak dan menunggang motosikal seperti diumumkan oleh Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi baru-baru ini.
Keputusan bersejarah ini menjadikan Arab Saudi sebagai negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan. Bukan itu saja, wanita juga diberi kebenaran menonton wayang (tapi bukan dengan lelaki), dibenarkan menghadiri acara sukan di tiga buah stadium terpilih iaitu di Jeddah, Dammam dan Riyadh.
Di sebalik penarikan larangan ini, ada 9 lagi larangan yang perlu dipatuhi.
1. Kahwin
Kebenaran untuk berkahwin mesti diberikan oleh wali, atau penjaga. Wanita yang ingin berkahwin dengan orang asing harus mendapat persetujuan dari kementerian dalam negeri, dan perkawinan dengan non-Muslim sangat sulit dan menjadi hampir mustahil.
2. Buka akaun bank sendiri
Walaupun sekarang terdapat beberapa pekerjaan wanita dalam kerajaan yang dibenarkan untuk melakukan tanpa kebenaran lelaki, seperti bekerja sebagai pembantu kedai atau di tapak pameran, mereka tidak dibenarkan memiliki akaun bank mereka sendiri untuk mengawal kewangan mereka tanpa izin.
3. Hadir perbicaraan
Kesaksian seorang wanita hanya bernilai separuh lelaki dalam sistem perundangan Arab Saudi. Wanita juga hanya menerima sedikit harta warisan berbanding adik beradik lelaki mereka yang berhak.
3. Berenang
Perempuan tidak dibenarkan menggunakan kolam renang awam yang disediakan untuk lelaki dan hanya dibenarkan berenang di tempat peribadi atau spa. Editor Reuters Arlene Getz pernah berkongsi pengalamannya mencuba menggunakan gym dan kolam renang di hotel Riyadh kelas eksekutif. “Sebagai seorang wanita, aku tidak diizinkan untuk melihat mereka, apalagi menggunakannya.:
4. Bersaing dalam olahraga
Dua tahun lalu, Arab Saudi mengusulkan acara Olimpik tanpa perempuan. “Masyarakat kita bisa sangat konservatif,” kata Pangeran Fahad bin Jalawi al-Saud, seorang konsultan untuk Komite Olimpipik Arab. “Sukar melihat bahawa perempuan dapat bersaing dalam olahraga.”
4. Melancong
Pasport dan kad pengenalan mestilah diperolehi dengan kebenaran seorang penjaga lelaki. Wanita biasanya tidak dibenarkan meninggalkan rumah seorang diri.
5. Berpakaian sesuka hati
“Berpakaian untuk kecantikan” adalah haram, sebaliknya harus berpakaian sederhana .Gaun panjang abaya – jubah labuh yang dipakai di atas pakaian lain – dipakai oleh semua wanita di khalayak ramai, walaupun dalam beberapa tahun terakhir aturan tentang warna, hiasan, dan bagaimana tudung dipakai sudah mulai melonggar.
6. Berbual dengan lelaki
Perbualan dan masa yang dihabiskan dengan lelaki yang bukan ahli keluarga adalah terhad. Di khalayak ramai, restoran, universiti dan ruang lain mempunyai ruang ‘keluarga’ dan ruang yang khas untuk lelaki. Wanita Arab tidak diperbolehkan untuk bertemu lelaki yang bukan muhrim (kerabat ataupun teman). Maka itu jangan hairan jika di banyak lokasi termasuk restoran ada ruang pemisah antara lelaki dan perempuan. Bahkan kenderaan awam juga terjadi termasuk di taman hiburan. Daily Telegraph melaporkan, bila hukum ini dilanggar, maka kedua belah pihak akan didakwa dan wanita akan menerima hukuman lebih berbanding lelaki.
7. Mencuba pakaian
Batasan juga berlaku di pusat membeli belah. Vanity Fair, penulis Maureen Dowd in A Girl’s Guide to Saudi Arabia menyatakan, kehidupan di Arab Saudi sangat hambar. Semuanya tergantung pada siapa anda, siapa yang anda kenal, bersama dengan siapa dan di mana anda berada.
8. Rawatan perubatan
Untuk operasi dan prosedur menyelamatkan nyawa memerlukan tandatangan bertulis dari saudara lelaki.
9. Memegang hak penjagaan anak-anak
Dalam kes perceraian, wanita hanya dibenarkan menjaga anak-anak mereka sehingga mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...