Persembahan Dikritik Hebat, Rakan Selebriti Beri Komen Semangat Buat Nabila Razali

Share

Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan buat Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique menerusi lagu Gila. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Aina Abdul (Simpan) dan tempat ketiga disandang oleh penyanyi lagenda, Dato’ Jamal Abdilillah dan Wany Hasrita dengan lagu Belenggu Rindu.

Foto: Instagram TV3 Malaysia

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kemunculan Nabila Razali yang membawakan lagu Peluang Kedua, ciptaan Hael Husaini dan MFMF. Bella nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila nyanyiannya ‘tergelincir’ di bahagian korus.

Foto: Instagram TV3 Malaysia

Sejurus selepas persembahan beliau, rata-rata netizen memuat naik status di media sosial dan mengkritik persembahan penyanyi berusia 29 tahun itu.

Nabila Razali juga sempat membuat hantaran di laman Instagram dengan kapsyen, “I’ve tried my best… I’m sorry @haelhusaini @wearemfmf ☹

Walau bagaimanapun, penyanyi dan pelakon itu tetap mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus memberi semangat buat beliau.

Bukan hanya selebriti, malah sebenarnya masih ramai netizen di luar sana yang turut bersimpati dan memberi sokongan kepada Nabila Razali.

Malah, komposer dan penulis lirik, Hael Husaini dan MFMF turut memberi kata-kata semangat buat pelantun suara Peluang Kedua itu.

Apa-apa pun, Remaja ingin mengucapkan syabas buat Nabila Razali kerana sudah berusaha keras dan cuba untuk melakukan yang terbaik. Semoga Bella terus kuat dan tidak patah semangat dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial.

Foto: Instagram TV3 Malaysia
Published by
Noor Ain Norman