Pada tahun 2016 yang lalu, negara kita telah dilanda taufan sebuah filem bolasepak yang cukup luar biasa. Tidak pernah lagi dalam sejarah perfileman negara menyaksikan sebuah karya berlatar belakangkan sukan mampu meraih kutipan blockbuster sehingga mencecah RM15.85 juta!
Formula yang diketengahkan menerusi sukan, penyatuan pelbagai bangsa, harapan dan patriotisme telah menjadikan Ola Bola sebagai sebuah filem yang cukup berbeza berbanding filem bertemakan sukan yang pernah diperkenalkan di negara kita.
Menyaksikan kejayaan itu, Ola Bola kini telah diadaptasikan pula ke dalam bentuk sebuah pementasan teater berjudul Ola Bola The Musical (OBTM). Dan semalam, Remaja telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk menyaksikan pementasan pertama mereka yag berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Berita tentang projek pementasan teater muzikal istimewa ini telah diuar-uarkan sejak pada tahun lalu lagi dan ramai sebenarnya menantikan apakah yang boleh ditonjolkan oleh pengarah dan penerbitnya yang tidak asing lagi iaitu Tiara Jacquelina.
Ads
OBTM diterbitkan oleh nama besar dalam industri Malaysia, Enfiniti dan ia akan mula dibuka untuk orang awam bermula pada hari ini 8 Februari sehingga 11 Mac 2018. Antara barisan pelakon yang membarisi pementasan teater ini ialah Iedil Putra sebagai Rahman, Stephen Rahman-Hughes (Coach Harry Mountain), Altimet (Sarjan Ahmad), Brian Chan (Tauke), Abimanyu Masilamani (Muthu) dan ramai lagi. Dua pelakon utama dari filem yang melakonkan watak sama iaitu Luqman Hafidz (Ali) dan Lim Jian Wen (Ah Chai).
Ads
Ads
Bertindak selaku pengarah, penerbit dan orang kuat Enfiniti, Tiara Jacquelina berkata, “saya berjaya mengumpulkan bakat-bakat kreatif yang hebat dari seluruh negara untuk menjayakan idea OBTM bermula dari penulisan skrip hinggalah ke rekaan pentas. Usaha keras kami selama setahun menyiapkan diri untuk projek inipasti dapat memberi inspirasi kepada penonton”.
Ternyata sentuhan berbisa daripada ikon seni tanah air kali ini sangat luar biasa. Mungkin ramai tertanya-tanya apakah perbezaan utama antara filem dan versi teater?
Pertama sekali, obviously ia sebuah naskhah teater muzikal. Dan berbeza dengan teater yang lain, OBTM mengetengahkan muzik rap dan hip hop. Di bawah arahan muzik daripada gitaris band terkenal Seven Collared T-Shirt, Duan. penyanyi dan penulis lirik, Mia Palencia dan Altimet, rapper tersohor menjadikan muzik OBTM penuh transisi melodi yang relevan dengan masa kini.
Dan satu perkara yang menarik lagi, OBTM turut menampilkan teknologi visual efek dengan penggunaan skrin gergasi yang dipancarkan pelbagai video menarik dengan teknik mapping, visual animasi, pengcahayaan pentas dan grafik ala-komik yang cukup unik.
Secara keseluruhannya jalan cerita OBTM tidak jauh berbeza dengan versi filemnya. Apa yang pasti Remaja cukup terhibur sepanjang pementasan yang berlangsung hampir 3 jam ini. Semarakkan jiwa patriotik sambil berhibur dengan Ola Bola The Musical!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati memang nak beli wangian baru. Tetapi bila memandang tag harga, kita selalu membatalkan niat tu.
Familiar kan??
Berita baik untuk korang apabila stor Sasa seluruh negara akan menjual wangian import berharga mampu milik bermula April ini.
Monotheme ialah jenama dari Itali yang terkenal untuk wangian botol menarik pada harga mampu milik.
Di bawah koleksi Classic Monotheme, REMAJA berpeluang untuk mencuba 2 wangian Eau de Toilette-nya iaitu Monotheme Cherry Blossom dan Monotheme Bloom.
Seperti nama wangian tersebut, korang boleh mengagak baunya mengambil inspirasi daripada bunga yang segar dan manis – sesuai untuk musim bunga yang akan tiba di negara 4 musim.
Bagi kami, koleksi Classic Monotheme ini pasti akan disukai oleh pengguna perempuan dan lelaki yang menyukai wangian elegan yang tidak terlalu menusuk deria.
Malah, rekaan botolnya yang kelihatan eksklusif adalah plus-point yang kami sukai.
Bagi korang yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan wangian baru, korang boleh dapatkannya di stor Sasa bermula bulan April ini pada harga bawah RM100.
*
Sementara menanti bulan April tu, apa kata korang usha dulu produk kosmetik dari Eropah yang juga ditawarkan di stor Sasa.
Boneka yang ditakuti kanak-kanak 90an kembali menghantui kamu tahun ini! Trailer baru yang akan membuatkan memori kamu terhadap patung kejam, pasti akan membuatkan kamu gerun bila teringat babak-babak dalam filem-filem sebelum ini.
Chucky yang kembali dengan tajuk iaitu Child’s Play selepas filem pada tahun 2004, Seed of Chucky. Konsepnya masih sama, gemar membunuh orang sesuka hati tanpa belas kasihan, namun penceritaan dan sedikit kelainan terhadap penggunaan boneka ini berubah mengikut peredaran masa kini.
Mengambil nama yang sama dari filem tahun 1988, Child’s Play menceritakan tentang seorang ibu yang membeli patung mainan untuk anak lelakinya sebagai teman pada ulang tahun anaknya tanpa menyedari bahawa patung yang dibeli itu sebenarnya kejam dan jahat sehingga mampu untuk membunuh sesiapa saja.
Filem yang bakal ditayangkan pertengahan tahun 2019 ini dibintangi oleh Gabriel Bateman, Aubrey Plaza, and Brian Tyree Henry.
Walaupun Chucky kembali menghantui peminat di pawagam, namun suara latar kepada patung keji ini, Brad Dourif tidak lagi menyumbangkan suaranya dalam filem ini, ia digantikan dengan Mark Hamill. Berita ini disampaikan oleh Mark sendiri melalui video pada 30 Mac.
Tak kisahlah siapa pun yang memainkan suara Chucky ni, REMAJA tak sabar nak tengok filem ini di pawagam. Siapa pulak dak Chucky ni nak bunuh lepas ni kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilihan lagu Kesetiaan nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah pada malam ini oleh peserta Big Stage 2022, Aisha Retno telah mendatangkan rasa sebak; bukan hanya dalam kalangan penonton dan penyanyi remaja itu saja tetapi juga oleh juri tetapnya.
Minggu ketiga kali ini menyajikan tema Playlist 2000’s di mana peserta boleh memilih mana-mana lagu dari era 2000 hingga 2011 untuk dinyanyikan.
Pemilihan lagu Kesetiaan ini boleh dianggap berani memandangkan penciptanya, Ajai duduk di kerusi juri tetap. Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang begitu dekat dengan hati juri secara live namun nampaknya, Aisha telah berjaya membawakan Kesetiaan mengikut caranya sendiri.
Perasaan sedih jelas dirasai seluruh dewan apabila masing-masing tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sewaktu persembahan Aisha malam ini dan semasa sesi penjurian dilakukan. Malah nyanyian Aisha juga sedikit terganggu akibat emosi yang menyelubungi dirinya.
Kata Ajai apabila diminta untuk menjelaskan perasaannya sewaktu itu, beliau berkata pemergian Allahyarhamah masih terlalu baru dan amat dirasainya.
“Lagu tersebut memang kuat vibe-nya. Sesiapa saja yang membawakannya perlu mengikut cara tersendiri. Saya rasa sebak itu sebab kami rapat dengan arwah.
“Aisha ada imrovised namun tidak terlalu keterlaluan, dia mengikut kemampuannya. Ada beberapa bahagian yang saya rasakan sedap dan saya boleh terima,” katanya.
Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza pula yang dilihat mengesat air mata sewaktu Aisha mencecah bahagian korus Kesetiaan, beliau mengakui pantas teringatkan arwah lalu menangis.
“Kita tidak boleh nafikan arwah ialah seorang penyanyi yang konsisten, berkerja keras dan merendah diri. Apabila mendengar lagu itu, saya terus ‘dengar’ suara dia. Itu yang buatkan saya sebak.
“Lagipun, kami berdua mengandung sekita waktu sama semasa pandemik. Saya pun bersalin dalam musim pandemik tetapi Allah lebih sayangkan dia,” jelas Siti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber Foto : Ihsan Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...