Sudah lama sebenarnya penulis tidak mendengarkan Selena Gomez menyanyi lagu dalam bahasa Sepanyol. Sempena pelancaran single pertama Selena dalam bahasa Sepanyol pada hari ini berjudul De Una Vez, dia berkongsi kisah di sebalik lagu ini dan pembikinan video muzik kepada Vogue.
De Una Vez atau dalam bahasa Inggeris, ‘At Once’ menceritakan tentang soal hati yang telah dikecewakan dan bagaimana Selena membiarkan hatinya itu pulih secara spiritual.
Dia hanya membiarkan masa yang menjadi penentu dan tidak memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu sekiranya belum tiba masa yang tepat.
Sumber Foto: Erica Hernandez.
“Kita semua telah melalui kesakitan dan dikecewakan pada masa silam. Itu adalah normal, apa yang lebih utama adalah bagaimana kita memulihkan semula semangat diri sendiri. Lagu ini mengenai kekuatan, melangkah ke hadapan dan memulakan semula hidup.”
Seiring dengan pelancaran lagu De Una Vez ini, Selena juga melancarkan video muzik yang cukup cantik dan unik! Ia mendapat sentuhan kreatif pasukan yang juga bercakap dalam bahasa Sepanyol iaitu Tania Verduzco dan Adrian Perez. Ini kerana Selena mementingkan soal keaslian dan keunikan lagunya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai Jari Pun Boleh” Lihat 5 Produk Awal Jenama Kosmetik Selena Gomez Ini – REMAJA
Dalam video ini, korang akan melihat konsep realism dalam perkarangan ‘rumah Selena’ iaitu satu konsep popular di kalangan telenovela dan kesenian Latin.
Malah, Selena juga menyarungkan gaun berbentuk hati persis gaun yang pernah dipakai oleh penyanyi lagenda Ramlah Ram semasa beliau melakukan persembahan di Juara Lagu dahulu!
“Hati ini disebut sebagai Milagro dalam budaya masyarakat Mexico dan ia merupakan Metafor kepada hati yang sedang pulih.” Jelas, ia merupakan focal point dalam video ini.
Selena juga mengambil berat tentang soal fesyen apabila dia memilih gaun floral Rodarte untuk memperingati artis Frida Kahlo. Aksesori yang dipakai olehnya pula adalah rekaan Daniela Villegas dari Mexico. Sememangnya, Selena merupakan seorang yang mementingkan perincian dan konsep.
Sumber Foto: Erica Hernandez.
“Saya berharap penonton akan mudah mendapat mesej harapan yang ingin saya tonjolkan selepas berdepan dengan kesakitan.”
*
Tonton video muzik De Una Vez di bawah: