Persis Kakak Dan Adik, Nana Mahazan Gembira Anak Gadis Mula Berhijab

Share

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ?

Betullah kata pepatah anak-anak merupakan gambaran serta acuan yang diberikan oleh ibu bapa.

Sebagaimana kita tahu, Nana dilihat sering mengenakan fesyen oversized yang menarik perhatian netizen namun masih menjaga aurat sebagai seorang wanita muslimah. Dia juga bijak berfesyen dengan imejnya sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN : Stailo Tapi Masih Sopan, Penampilan Berhijab Nana Mahazan Jadi Perhatian

Hal ini sama seperti yang dilalui pengacara popular, Nana Mahazan yang terkejut apabila puteri sulungnya, Althea Raqeem Brian yang berusia 12 tahun mahu memakai tudung.

 

Menurut laporan, dia tidak mengambil serius tentang keinginan Althea ebelum ini, tetapi bersyukur anaknya yang berusia 12 tahun itu sudah empat bulan memakai tudung.

“Dia membuat keputusan itu tanpa sebarang paksaan. Pada awalnya dia bertanya kepada saya adakah setiap wanita perlu memakai tudung selepas datang haid.

“Saya pun menjawab pertanyaannya itu dan memberitahu pemakaian tudung ini adalah wajib bagi wanita untuk menutup aurat. Tapi saya maklumkan padanya yang saya pun mula pakai tudung sejak tahun lalu.

“Ketika saya belum bertudung, dia tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Tapi mungkin selepas melihat saya sudah mula bertudung…

“…dan rakan-rakan sekolahnya pun sama membuatkan banyak persoalan bermain dalam fikirannya,” kata pengacara berusia 39 tahun itu.

 

Nana yang juga seorang usahawan berkata, dia gembira dan teruja dengan tindakan dilakukan puteri kesayangan dan berharap Althea kekal istiqamah.

“Mestilah saya seronok apabila anak nak buat perkara baik. Bayangkan saya beli 14 helai tudung apabila dapat tahu dia nak bertudung.

“Malah saya juga sanggup keluarkan tudung edisi khas sempena nama anak saya kerana dia minat warna-warna yang lebih selamat untuk kegunaan harianya. Apapun keputusannya saya nak dia tahu yang saya sentiasa menyokong dan sanggup buat apa saja. Saya juga bersyukur…

Moga Althea terus istiqomah menjadi muslimah sejati dan cantik seperti ibunya.

BACA : Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang

Sumber: Harian Metro , Instagram Nana Mahazan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana