Persis Miss Malaysia, Stail Rambut ‘Messy’ S.Pavithra Jadi Perhatian. Nak Trylah!

Share

 

Rasanya kebanyakan rakyat Malaysia kini kenal dengan personaliti YouTube, Sugu Pavithra bukan?

Iyalah, pasangan suami isteri ini ‘meletop’ dengan idea masakan mereka di saluran YouTube sepanjang musim PKP yang lepas.

Berita penerimaan hadiah sumbangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menaikkan lagi rating dan nama Sugu Pavithra di kalangan penontan dari Malaysia.

Untuk pengetahuan, saluran YouTube Sugu Pavithra merupakan hasil kolaborasi si isteri, S. Pavithra bersama suaminya, M. Sugu. Si isteri hebat memasak, si suami pula pandai merakamkan ‘aksi’ isterinya di dapur.

Penggunaan Bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua videoya nyata berjaya menambat hati ramai orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur.

Jadi imej Pavithra sebagai seorang tukang masuk sememangnya sinonim dengan dirinya.

*

Apabila baru-baru ini Pavithra diubah wajah dalam satu sesi makeover untuk menjayakan sesi penggambaran, tentulah rakyat Malaysia terkejut dengan penampilannya.

Memang vass weh!


Foto Pavithra yang bukan sedang menyarungkan dress daripada pereka fesyen tempatan popular, Dato’ Bernard Chandran dan WANPA membuatkan ramai terpukau. Ia jelas menunjukkan semua wanita boleh berubah menjadi glamor jika kena dengan sentuhannya.

Ada yang melontarkan komen bahawa Pavithra kelihatan persis model terkenal. Tidak kurang juga yang menyatakan dia mampu mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa kerana kondisi kulitnya yang cantik dan budaya Malaysia yang begitu sebati dalam dirinya

Selain daripada pakaian berjenama dan solekan sentuhan jurusolek Razzi Musa, stail rambut Pavithra turut menjadi bualan netizen.

Gaya messy up-bun seperti ini kini popular di kalangan selebriti di Korea Selatan. Bukan saja ia charming, malah mudah dan praktikal untuk dibentuk.

Ini cara untuk korang cuba melakukannya :

01

Dapatkan 2 getah, sikat dan klip rambut. Tarik bahagian bangs (hadapan kepala) ke belakang dan kemaskan dengan klip.

02

Asingkan rambut kepada beberapa bahagian dan tarik ke belakang. Lebih baik gunakan tangan saja untuk mendapat efek natural

. Ikat rambut dengan ketat hingga menjadi ponytail tinggi. Tolak bahagian ponytail sedikit ke hadapan untuk mendapatkan volume.

03

Braid atau tocangkan rambut secara loose sebelum korang pintalkan menjadi bun. Ikat bun dengan tali rambut tadi. Buat formasi urut kepala untuk ‘messy‘ kan lagi bahagian hadapan kepala sehingga korang berpuas hati dengan hasilnya. Siap!

 

Dah lah pandai masak, cantik pula tu. Untung Encik Sugu!

So, korang boleh cuba stail rambut seperti Pavithra ni.

Published by
Ruziana Zainal