Ini bukan satu lagi perancangan Michael Scoffield. Ini adalah realiti yang benar-benar berlaku semalam.
Pihak berkuasa Israel sedang memburu enam orang tahanan warganegara Palestin yang berjaya membebaskan diri dari Penjara Gilboa menerusi sebuah terowong yang didakwa digali oleh mereka sendiri.
Mereka telah dikenal pasti sebagai Mahmud Al-Aridah, 46; Ya’qub Qadiri, 39; Muhammad Al-Aridah, 39 dan Iham Kamamji, 35. Empat orang tahanan ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dua lagi tahanan sedang menjalani proses tahanan tanpa bicara; iaitu Zakariyya Zabidi, 45 dan Munadil Nafi’at, 26.
Menariknya, Iham, Ya’kub dan Mahmud sememangnya telah dilabel penjara Israel sebelum ini sebagai tahanan yang kemungkinan tinggi akan cuba meloloskan diri. Nampaknya, mereka masih mampu melakukannya walaupun tumpuan keselamatan lebih ketat diletakkan ke atas mereka bertiga!
Apa yang menjadi persoalan orang ramai sekarang adalah bagaimana mereka mampu membebaskan diri daripada Penjara Gilboa yang terletak di antara Laut Galilee di Israel dan Tebing Barat bandar Jenin itu; sebuah penjara dengan sistem kawalan keselamatan tercanggih di Israel?
Biarpun pihak polis Israel belum secara rasminya mengesahkan cara yang mereka gunakan, beberapa foto dan video kini tular di media sosial menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali dari dalam sel penjara hingga ke sistem perparitan di luar kompleks penjara itu.
Ads
Tahanan dipercayai mengambil masa berbulan-bulan untuk menggali lubang ini dari belakang sinki sel penjara yang dikongsi mereka berenam menggunakan sudu besi.
Menurut pesuruhjaya servis penjara Israel pula, tahanan tidak memecahkan dinding seperti yang dilaporkan beberapa portal media di sana.
Sebaliknya, tahanan mengeksploit kelemahan struktur bangunan penjara yang mempunyai kawasan berlubang (void) di sebalik lantai. Bahagian ‘plate’ lantai diangkat dan kemudian, barulah proses mengorek tanah dilakukan.
Ads
Sebaik saja bebas, mereka dipercayai mengoyakkan pakaian penjara demi mengelakkan diri daripada mudah dikesan.
Enam tahanan itu dipercayai telah tiba di Tebing Barat (West Bank) dan masih belum dapat dikesan. Sekatan jalan raya telah diperketatkan, drone diterbangkan dan helikopter telah dikerah oleh Israel untuk mengesan mereka.
Armed men fire in the air in Jenin tonight, in a show of force amid an intense manhunt for the six Palestinian security prisoners, originally from Jenin, who fled Gilboa Prison. pic.twitter.com/Hlb7bdHmq8
Malah, pihak penjara juga bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh pada Penjara Gilboa bagi memeriksa sekiranya ada lagi usaha menggali terowong oleh para tahanan lain. Demi melakukannya, tahanan penjara terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke penjara lain.
Penduduk Palestin dalam pada itu menyambut baik kejayaan tahnan membebaskan diri. Di sekitar kawasan Penjara Gilboa, penduduk diseru memadamkan rakaman video semalam bagi menggagalkan usaha Israel mengesan tahanan.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama percubaan membebaskan diri dilakukan oleh tahanan Penjara Gilboa. Ia pernah dicuba pada tahun 2014 apabila sebuah terowong ditemui dari kamar mandi tahanan. Namun, percubaan itu berjaya dipatahkan Israel hasil siasatan awal.
Arkansas telah menjadi negeri di Amerika Syarikat pertama yang melarang rawatan pengesahan jantina dan pembedahan untuk golongan transgender di bawah usia 18 tahun.
Rang undang-undang ini juga melarang doktor memberikan penyekat akil baligh (puberty blockers) atau merujuknya kepada penyedia lain untuk mendapatkan rawatan.
Gabenor negeri republik itu telah menggunakan kuasa veto untuk rang undang-undang itu dan menyebutnya sebagai “jangkauan pemerintah yang luas”.
Walaupun begitu, dewan dan senat yang juga dikuasai Republikan negeri itu menolak apa yang dumahukan oleh gabenor negeri itu.
Rang undang-undang itu menghadapi banyak tentangan dari kumpulan termasuk American Academy of Pediatrics, yang mengatakan undang-undang itu akan menyekat golongan muda trans dari rawatan perubatan penting dan meningkatkan risiko mereka untuk membunuh diri.
Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) mengatakan bahawa mereka sedang menyiapkan litigasi, dengan menyatakan bahawa rang undang-undang itu “akan mengusir keluarga, doktor dan perniagaan keluar dari negeri ini dan menghantar mesej yang mengerikan dan menyakitkan hati kepada orang-orang muda transgender yang memerhatikan dalam ketakutan” .
“Ini adalah hari yang menyedihkan bagi Arkansas, tetapi pertarungan ini belum berakhir – dan kami jangka ia akan mengambil tempoh yang panjang,” kata Holly Dickson, pengarah eksekutif ACLU di Arkansas, dalam satu kenyataan.
Pasti kita masih ingat dengan isu seorang pekerja kilang yang merempuh kilang tempatnya bekerja dan kemudian melempar boma pi sebelum kemudiannya seperti sengaja membiarkan dirinya dilanggar sebuah trelar.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah mengenai luahan akhir dari hatinya mengenai sikap kilang yang didakwa rasis termasuk menyekat gaji dan tidak membayar bonus.
Ternyata perjuangannya mungkin baru bermula apabila hari ini, Kementerian Sumber Manusia melaklumkan sedang menyiasat sebuah kilang di Ipoh, Perak yang didakwa bersikap rasis sehingga mengakibatkan seorang pekerjanya mengamuk sebelum meninggal dunia pada minggu lalu.
Laporan Sinar Harian menyebut, Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, kementerian juga memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu.
"Saya memberi jaminan jika didapati bersalah, pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Damansara di sini hari ini.
Saravanan berkata demikian mengulas kejadian seorang pekerja kilang di Ipoh yang merempuh pejabat majikannya selepas diberhentikan kerja.
Malah, lelaki terbabit turut dilaporkan melontar bom petrol molotov cocktail ke pejabat pengurusan syarikat terbabit.
Lelaki itu bagaimanapun terbunuh kira-kira sejam kemudian selepas dilanggar lori semasa melintas jalan.
Sejurus selepas tragedi itu, tular video mengenai mangsa yang meluahkan penderitaannya sewaktu bekerja dengan sebuah syarikat teknologi Amerika Syarikat di Perak.
Dalam video dirakam sebelum kematiannya, lelaki berusia 50-an itu menceritakan penderitaan dan kemurungan di tempat kerja termasuk mendakwa dituduh mempunyai masalah dalam prestasi kerjanya. Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pisang ternyata berbuah dua kali buat pemain bola sepak sensasi Mesir dan mewakili kelab Liverpool FC, Mohamed Salah.
Pemain yang mesra dengan panggilan Mo Salah untuk tahun kedua berturut-turut telahpun memuat naik hantaran foto di Instagram yang memaparkan pohon krismas (besar kemungkinan di ruang tamu rumahnya).
Ia disusuli ucapan Hari Natal yang dibuat olehnya pada setiap tahun di bahagian kapsyen.
Perbuatan Salah itu bertukar kontroversi apabila ada warganet yang beranggapan ia tidak sensitif memandangkan Salah merupakan seorang lelaki Muslim yang masih mengamalkan kepercayaannya.
Ibarat menuang minyak ke bara api, kapsyen yang ditulis oleh Salah juga seakan tidak dapat diterima oleh ramai warganet.
Biarpun Salah cuba untuk mengaitkan ucapan Hari Natal kali ini dengan mesej kemanusiaan, ia tidak cukup untuk mengundang kecaman dalam kalangan lebih 99,000 pengguna Instagram di bahagian komen.
“Hari Natal adalah masa di mana ahli keluarga berkumpul dan meraikannya. Dengan peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah, terutamanya dengan kematian dan kemusnahan di Gaza, tahun ini kita dapat (menyambut) Hari Natal dengan hati yang berat dan sama-sama berkongsi kepedihan yang dilalui oleh keluarga mangsa yang kehilangan insan tercinta.
“Diminta untuk tidak melupakan mereka dan tidak terbiasa melihat mereka menderita. Selamat Hari Natal,” tinta Salah.
Hasil daripada hantaran itu, Salah menerima kecaman daripada peminatnya.
Salah seorang beranggapan Salah ‘memalukan untuk dunia Muslim’ manakala seorang lagi mengatakan ia kecewa dengan bintang Liverpool itu.
“Ini amat salah, anda seorang Muslim bukannya Kristian. Hari Natal kita adalah pada bulan April (merujuk kepada Aidilfitri), kamu memalukan.”
“Selepas hantaran ini, saya tidak lagi boleh memanggal anda sebagai idola. Anda mengecewakan saya, jika anda tidak memadamkan ciapan ini saya terpaksa ‘unfollow’.”
Malah, komposer dan penyanyi popular negara, Faizal Tahir juga tergerak hati untuk menaip komennya.
“Semoga ALLAH memberikanmu dan keluargamu petunjuk. Kerana kamu tiada apa-apa tanpa Allah.”
Hhm, apa pendapat korang? Adakah ‘tradisi’ Salah memberikan ucapan Hari Natal pada setiap tahun ini tidak harus dilakukan olehnya?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...