Malang tidak berbau dan trauma kemalangan jalan raya bukan mudah untuk dilupakan begitu saja. Walaupun hanya berlaku untuk beberapa saat, impak dari segi fizikal dan mental boleh berbekas untuk bertahun-tahun lamanya.
Lagi-lagi ia melibatkan nyawa orang yang kita sayang, tapi mungkin kehilangan nyawa ini dapat dikurangkan apabila Google bakal melancarkan aplikasi Personal Safety.
Terbaru, Google menawarkan aplikasi yang secara automatik memanggil perkhidmatan kecemasan sekiranya terlibat kemalangan di jalan raya, menurut laman web XDA Developers. Menarik kan?
Personal Safety juga dapat mengesan pelanggaran kereta dan akan bertanya sama ada penggguna terlibat dalam kemalangan. Sekiranya berlaku, ia segera memindahkan lokasi kereta dan boleh menghubungi nombor kenalan atau nombor kecemasan yang dipilih sendiri oleh pengguna. So korang boleh la set nombor keluarga terdekat siap-siap pada aplikasi ini. Tapi kan fungsi aplikasi Personal Safety ni lebih kurang juga dengan pengesan kemalangan yang terdapat pada versi Apple Watch yang terkini.
Tapi yang tak syoknya, aplikasi ini dijangka hanya ada pada telefon Pixel 4 dan 4 XL yang bakal dilancarkan pada 15 Oktober ini untuk keluaran Amerika Syarikat. Korang doa-doa la moga Google mempertimbangkan untuk melepaskan aplikasi ini pada sistem operasi mudah alih Android dan diberikan untuk semua pengguna telefon pintar.
Moga aplikasi ini dapat la kadar kemalangan di jalanraya di Malaysia ni kan. Tapi apa yang paling penting ialah sikap dan cara pemanduan kita juga.
Sumber: Malay Mail