Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai dihadiri oleh raja-raja Melayu di Istana Negara.

Berangkat tiba di Anjung Utama Istana Negara ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Turut berangkat, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Arif; Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Biarpun tanpa kehadiran Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin dan Sultanah Perlis Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah; Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, wakil-wakil dari tiga buah negeri tersebut berkenan berangkat menghadiri istiadat hari ini.

Ia termasuklah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Pertabalan YDPA ke-17: Perlis, Pahang & Kelantan Diwakili Pemangku Raja & Tengku Mahkota
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Pertabalan YDPA ke-17: Perlis, Pahang & Kelantan Diwakili Pemangku Raja & Tengku Mahkota
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan (kiri) Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Pertabalan YDPA ke-17: Perlis, Pahang & Kelantan Diwakili Pemangku Raja & Tengku Mahkota
Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri).

BACA: Rakyat Jelata Iringi Perjalanan Pulang Al-Sultan Abdullah & Tunku Azizah – REMAJA

BACA: Tengku Hassanal Minta Hormati Privasi & Keputusan Kahwin, “Saya Hargai Minat Yang Ditunjukkan…” – REMAJA

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Keberangkatan tiba kesemua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri telah disambut Menteri Komunikasi selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong, Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin bermula jam 8.50 pagi tadi.

Baginda Raja-Raja, Pemangku Sultan, Pemangku Raja dan Tengku Mahkota kemudian berangkat ke Dewan Seri Maharaja disertai empat Yang Dipertua Negeri bagi meneruskan Istiadat Pertabalan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI