Pertama Dalam Sejarah, Gadis Muslimah Dipilih Jadi Presiden Mahasiswa Di Yale University

Share

Untuk pertama kalinya dalam sejarah Yale University di Amerika Syarikat, seorang Muslimah telah dipilih menjadi presiden mahasiswa.

Menurut stesen berita WFSB yang berpusat di Connecticut, Bayan Galal memperoleh 56 peratus undian untuk dinobatkan sebagai Presiden Majlis Kolej Yale dan sekali gus menjadikan gadis ini sebagai individu Islam pertama dalam sejarah 320 tahun menjawat jawatan itu.

Instagram: Bayan Galal

Sebagai seorang wanita Muslim, Galal berjanji untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan akan memberikan impak untuk badan mahasiswa di universitinya itu.

Yale University merupakan salah satu lembaga pendidikan tinggi tertua di Amerika Syarikat. Galal menuntut dalam jurusan double major in Molecular Biology and Global Affairs dan minor dalam Global Health Study.

Instagram: Bayan Galal

Dalam kempennya sebelum ini, Galal menekankan platform untuk menjadikan Yale University lebih sihat, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik seperti sekarang.

Dia berpegang kepada lima prinsip utama kesihatan, iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan komuniti, kesihatan akademi dan kesihatan kewangan.

Galal turut menegaskan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk memulakan tugas dengan segera sebagai Presiden badan mahasiswa di Yale.

Instagram: Bayan Galal

Kejayaannya itu juga diraikan oleh kakaknya, Ayah Galal yang juga pernah mencipta sejarah apabila menjadi wartawan berhijab pertama di stesen televisyen Connecticut.

Twitter: Ayah Galal

Tahniah kami ucapkan kepada dua-beradik ini dan semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat membuka mata dunia dan tidak memandang rendah terhadap individu beragama Islam.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman