Kedengaran mengejutkan tetapi inilah realiti yang berlaku di Maryland, Amerika Syarikat.
Pakar pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah berjaya melakukan pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada manusia minggu lalu.
Ini merupakan prosedur pertama seumpamanya. Pesakit yang menerima jantung haiwan berkenaan adalah penduduk Mayland yang berusia 57 tahun, David Bennet.
David Bennet (berbaju putih) bersama keluarganya.
Sebelum itu David telah disahkan menghidap penyakit jantung yang boleh membawa maut. Menurut pasukan perubatan yang memantau keadaan lelaki itu, David tiada pilihan lain melainkan menerima prosedur tersebut kerana tubuhnya tidak mampu menerima proses pemindahan jantung yang kebiasaan dilakukan.
“Ia sama ada mati atau melakukan pemindahan ini. Saya mahu hidup. Saya tahu keputusan ini merupakan satu keputusan yang tidak pasti, tetapi ini adalah pilihan terakhir saya. Saya tidak sabar untuk bangun dari katil selepas saya pulih,” ujar Bennett dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland.
Jadi bagaimana prosedur ini dilakukan?
Ads
Menurut penyelidik, prosedur itu memerlukan 10 suntingan gen unik pada jantung babi bagi mengelakkan penolakan organ itu sebaik sahaja dipindahkan ke dalam tubuh manusia.
Suntingan ini termasuk memadamkan empat gen haiwan yang bertanggungjawab untuk penolakan pengantaraan antibodi terhadap organ babi oleh manusia dan kemudianya memasukkan enam gen manusia ke dalam jujukan genom untuk penerimaan imun.
Dr. Bartley P. Griffith bersama David Bennet.
“Ini adalah pembedahan penting dan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan krisis kekurangan organ. Jumlah penderma jantung tidak mencukupi untuk memenuhi senarai panjang mereka yang berada dalam senarai penerima berpotensi,” ujar Dr Bartley P. Griffith, yang memindahkan jantung babi ke dalam pesakit melalui pembedahan.
Seorang lagi doktor pakar yang terlibat yang merupakaan salah seorang pakar terkemuka dunia dalam pemindahan organ haiwan, iaitu Dr.Muhammad M Mohiuddin mengucap rasa gembira dan syukur atas kejayaan tersebut. Katanya, “Prosedur ini merupakan prosedur yang berjaya memberikan maklumat berharga untuk membantu komuniti perubatan memperbaiki kaedah yang berpotensi menyelamatkan nyawa bagi pesakit pada masa hadapan.”
Ads
Dr.Muhammad M Mohiuddin (kanan bertopi rona gelap) ketika dalam bilik pembedahan.
Kejayaan pasukan Pusat Perubatan Universiti Maryland ini menjadi satu cara baru untuk membantu penderita penyakit jantung di seluruh dunia.
Untuk rekod, pembedahan ini turut diluluskan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hari ini kecoh di media sosial kisah seorang instafamous remaja, Amalin yang mendakwa telah dibelasah oleh teman lelakinya sehingga tubuhnya lebam-lebam.
Terkini, seorang pengguna twitter Danialoniel@dnielioniel mendakwa laporan polis itu sudah ditarik oleh Amalin. Benar atau tidak, hal ini tidak pasti.
Inilah dakwaan mengatakan kes pukul ini telah ditarik semula
Kes instafamous ini mula tular selepas dia memuat naik kenyataan yang ditulisnya di Instagram miliknya mula menjadi viral selepas dia membuat laporan polis dan menulis ,
“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuklah lagi.Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okay.
“BTW thanks your for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, I will reply as soon as possible.
“I really appreciate it, niat Cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. Girls take care of your self okay. Jangan jadi macam kita.
Selepas berita itu tular, usianya yang dikatakan 13 tahun didakwa tidak benar kerana gadis yang masih bersekolah ini dikatakan berusia 17 tahun.
Kisah instafamous ini tular di media sosial kerana dakwa dipukul. Kredit gambar Oh My Media
Ramai yang memberikan komen agar pada usia itu sebenarnya ditumpukan kepada pelajaran dan bukannya masa untuk berkasih-kasihan. Ramai juga menyarankan agar istilah famous itu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Selain kes Amalin, sebelum ini media sosial turut melaporkan seorang instafamous remaja dirogol oleh kenalan lelakinya tanpa menyebut nama instafamous berkenaan. Namun pelakunya sudah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam, bagi peminat dunia astronomi dapat menyaksikan gerhana matahari cincin bagi tahun terakhir 2020.
Fenomena indah yang juga disebut sebagai Ring Of Fire bila mana bulan menutup sebahagian besar matahari sehingga terbentuk fenomena menyerupai Cincin yang sangat jelas dan disebut sebagai 'Ring of Fire'.
Di Malaysia, gerhana ini terjadi sekitar jam 3.57 petang yang berjaya di rakam. Untuk gerhana kali ini, kita di Malaysia hanya dapat menyaksikan separa sahaja kerana Malaysia tidak berada dalam kedudukan laluan gerhana Matahari Cincin ini. Namun fenomena ini dapat disaksikan secara jelas di tengah benua Afrika, Timur Tengah, Pakistan, China serta lautan Pasific.
Menurut laporan Phys.org, Gerhana Matahari Cincin dilihat pertama kali terlihat di Republik Timur Laut Kongo pada pukul 5:56 waktu setempat (04:56 GMT) hanya beberapa minit setelah matahari terbit. Ia berlaku sekitar 1 minit 22 saat sahaja sebelum gerakan bulan ini melaju kea rah Timur melintasi Afrika dan Asia.
Saksikan keindahan fenomena alam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Video seorang lelaki yang menampar seorang perempuan hanya disebabkan dia tidak berhijab di kawasan awam telah menular di internet sejak minggu lalu.
Malah, kejadian tidak masuk akal itu dilaporkan oleh portal dari United Kingdom iaitu dailymail.com
Di dalam kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang, lelaki itu dilihat menarik keluar perempuan yang sedang duduk di sebuah perhentian bas.
Dia kemudiannya menanya secara kuat tentang agamanya iaitu Islam dan mempersoalkan cara dia berpakaian secara terbuka tanpa menghiraukan aib perempuan tersebut.
Setelah cuba untuk tak menghiraukan teguran kasar lelaki itu dan cuba untuk menelefon seseorang, lelaki itu secara tiba-tiba menampar muka menggunakan bahagian belakang tangan.
Orang ramai yang berada di situ mengambil keputsan untuk mencampur tangan dengan meleraikan kedua-dua orang tersebut agar tiada laku perlakuan ganas dilakukannya.
Hal ini bukan saja dipercakapkan di serata dunia dek kerana perkongsian yang dilakukan oleh dailymail.com. Ia juga mendapat perhatian selebriti, Noor Neelofa mengenai bagaimana Islam tidak sesekali membolehkan perlakuan tersebut di khalayak ramai, walaupun dengan niat untuk mengajar.
“Inikah cara kita untuk memperlihatkan agama Islam dan negara Malaysia di mata negara bukan Islam?
“Kita ingin semua orang tahu yang Islam adalah agama yang cantik dan bersikap menghormati di antara semua insan. Apabila perkara ini terjadi, secara tak langsung agama kita yang akan mendapat reputasi teruk.
“Lelaki seharusnya melindungi wanita, bukannya menggunakan kekasaran terutamanya seperti ini. Ada cara yang lebih molek untuk mengajar dan perbuatan memukul orang sesuka hati BUKANLAH CARANYA,” simpul Neelofa dalam post yang dimuat naik di Instagram.
Apa yang diperkatakan oleh Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia itu ada kebenarannya. Islam memang menyuruh agar umatnya menutup aurat dan di dalam hal ini, berhijab menutupi rambut.
Namun, pendekatan yang diambil oleh pemangsa dilihat tidak bersesuaian, sekalipun jika dia mempunyai pertalian darah daging dengan perempuan tersebut.
Penulis berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi terjadi. Islam itu mudah dan kita sebagai umatnya harus memperlihatkan sisi positif agama terutamanya kepada orang luar yang bukan beragama Islam.
#WorldHijabDay
#StrongInHijab
#WonderHijab
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...