Nak mulakan apa-apa perlu ada ilmu. Dengan ilmu yang betul kita mengurangkan risiko membuat kesilapan dan membantu kita mencari jalan pintas dari segi masa dan tenaga.
Rata-rata orang muda masa kini gemar menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan. Tapi untuk menjadi usahawan yang berjaya, banyak yang perlu kita pelajari. Bidang perniagaan bukanlah satu perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Jati Orang Ulu Ditawar Ke Universiti Oxford, Mahu Beri Inspirasi Kepada Pelajar Lain
Mengambil inisiatif itu, ramai yang mengambil jurusan keusahawanan di institut pengajian tinggi.
Terbaru, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperoleh akreditasi antarabangsa sebagai Universiti Keusahawanan, sekali gus menjadi universiti awam pertama di negara ini yang memiliki pengiktirafan global tersebut.
Terdapat enam lagi universiti di seluruh dunia menerima pengiktirafan oleh Accreditation Council For Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) yang berpangkalan di Jerman selain UMK.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, perkara itu amat membanggakan kerana pihaknya menyasarkan pengiktirafan tersebut hanya dapat dicapai pada 2023.
Kata beliau, sebelum menerima akreditasi itu, UMK perlu menjalani proses pengauditan yang dijalankan selama setahun oleh ACEEU terutama dari segi prestasi dan pencapaian dalam aspek keusahawanan.
“Sebanyak 15 kriteria diambil kira oleh panel penilai termasuk ekosistem keusahawanan yang wujud dalam kampus, aspek kepimpinan akar umbi berfokuskan kepada industri keusahawan dan perniagaan.
“Selain itu, kesemua penuntut UMK pelbagai jurusan perlu mengambil subjek keusahawanan sekurang-kurangnya 12 jam kredit.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada seluruh warga kerja dan pelajar UMK atas pencapaian membanggakan ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Facebook UMK, Sinar Harian