Tangisan yang mengalir pada pipi peserta The Hardest Singing Show, Aisha Retno sewaktu konsert minggu suku akhir malam tadi tidak dibuat-buat setelah diumumkan sebagai peserta dengan kutipan markah tercorot daripada enam peserta.
Aisha, 23 yang membawakan lagu Run The World nyanyian asal Beyonce sekadar memperolehi 63.78 peratus berbanding peserta yang menduduki tangga kelima, Zizi Kirana dengan 67.33 peratus. Aisha sekaligus diumumkan sebagai peserta tercorot pada minggu ini sebelum pengacaranya, Nabil Ahmad dan Rina Nose memberitahu tiada penyingkiran berlaku pada minggu suku akhir berkenaan.
Aisha ketika ditemui REMAJA selepas program berakhir tidak dapat menahan sebaknya apabila terpaksa menerima keputusan juri yang meletakkannya di kedudukan tercorot. Bukan ingin mendabik dada sudah memberikan persembahan terbaik, namun Aisha lebih takut jika dia telah mengecewakan ibunya sendiri.
“Saya akur persembahan saya bukanlah yang terbaik pada minggu ini. Jika saya betul-betul terkeluar pun pada minggu ini, saya anggap ia sebagai pengajaran terbaik untuk karier muzik saya kerana kata-kata juri itu ’emas’ bagi saya.
“Yang buat saya paling sedih malam ini, (saya) takut sudah kecewakan mama saya. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya merasa berada di kedudukan bottom 2 di mana-mana pertandingan. Perasaannya… memang tidak best apabila diumumkan tersingkir,” katanya dalam nada sebak.
Ads
Aisha Retno Bukan Lagi Peserta Big Stage
Tambah Aisha lagi, dia tidak terasa hati dengan komen juri jemputan, Ajai yang berpendapat sudah tiba masanya untuk Aisha sedar dirinya perlu keluar daripada pemikiran sebagai peserta Big Stage yang sekadar memperlukannya untuk menyanyikan semula lagu penyanyi lain.
Ads
“Saya kini dikenali sebagai Aisha Retno yang mempunyai trademark tersendiri. Itu mungkin apa yang juri ingin lihat. InsyaAllah untuk minggu hadapan, saya akan cuba ketengahkan lagi originaliti sebenar saya sebagai penyanyi dan tidak terikut-ikut dengan cara nyanyian penyanyi asal.
“Saya sedar, hanya disebabkan saya terselamat lagi pada minggu ini tidak bermakna saya akan terselamat pada minggu hadapan. Apa yang saya boleh katakan, malam ini bukan malam saya,” ulasnya.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan masih belum terfikir lagi untuk membawa puteri sulungnya, Siti Aafiyah menempa nama dalam industri seni.
Berkata kepada Remaja, kehadiran Aafiyah yang bermain keyboard hanyalah untuk mengiringinya sewaktu mendendangkan lagu berjudul Nadi di Konsert Cinta Di Awan, baru-baru ini.
“Saya tidak terfikir untuk membawa Aafiyah serius dalam bidang muzik cuma untuk konsert di Genting itu sahaja kerana saya membawakan lagu Nadi.
“Lagu itu untuk anak saya, dia punya permulaan dan muzik Aafiyah belajar dengan Cikgu Illy yang sama-sama mencipta lagu tersebut, jadi perkara itu memudahkan lah.
“Walaupun masa rehearsal Aafiyah hampir tak mahu perform sebab dia gementar, takut dan malu, tapi Alhamdulillah sewaktu konsert itu dia okay,” katanya selepas sidang media Hausboom Music Festival 2024.
Pada masa sama, penyanyi lagu popular Kau Kekasihku itu juga sempat berkongsi reaksi anak perempuan kesayangannya itu sebaik sahaja konsert tersebut berakhir.
“Dia teruja sangat, budak-budak kan bila dia dah selesa dan seronok. Aafiyah ada cakap
konsert seterusnya dia mahu ikut serta.
“Tapi saya tiada cakap apa-apa pun sebab bukan setiap persembahan saya nak Aafiyah ada, cuma sewaktu konsert di Genting itu sesuai dengan lagu sahaja,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, kemunculan Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan
yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu mendapat perhatian
ramai di serata media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah menjadi tradisi pada setiap tahun untuk para peminat dunia hiburan di seluruh dunia mengetahui siapakah individu yang dicalonkan sebagai personaliti paling kacak dan paling cantik untuk tahun tersebut.
Khas sempena pencalonan ‘Most Handsome dan Beautiful in the World 2022’ yang dibuka secara atas talian oleh platform Special Awards sepanjang dua bulan lalu, peminat telahpun mengundi siapakah personaliti pilihan masing-masing yang menepati ciri-ciri wajah ideal mereka.
Menariknya, senarai ini tidak dibahagikan mengikut jantina seperti yang selalu dipraktikkan bagi senarai-senarai lain.
Seperti dijangka, idola industri hiburan K-Pop sekali lagi mengungguli senarai tersebut memandangkan hebatnya penerimaan peminat terhadap artis K-Pop tidak boleh disangkal lagi.
Ahli BTS, V aka Kim Tae-hyung menguasai kedudukan tertinggi tahun ini. Dia jelas memiliki ciri-ciri individu yang kacak dan pada masa yang sama, ada ‘sisi cantik’ pada raut wajahnya.
Di kedudukan kedua ialah ahli sekumpulannya iaitu Jungkook yang mempunyai persona ‘baby face’ yang diminati ramai. Tidak ketinggalan, dua ahli kumpulan sensasi, Blackpink iaitu Kim Jisoo dan Kim Jennie juga tersenarai dalam kedudukan Top 5. Melengkapkan Top 5 ialah aktres jelita dari India, Tejasswi Prakash di kedudukan ketiga.
Berikut merupakan senarai 30 personaliti paling kacak dan cantik menurut Special Awards untuk tahun 2022.
Kim Taehyung (Korea)
Jeon Jungkook (Korea)
Tejasswi Prakash (India)
Kim Jisoo (Korea)
Kim Jennie (Korea)
Ozge Yagiz (Turkey)
Bright Vachirawit (Thailand)
Lalisa Manoban (Thailand)
Park Jimin (Korea)
Win Metawin (Thailand)
Jung Hoseok (Korea)
Kim Seokjin (Korea)
Kim Namjoon (Korea)
Choi San (Korea)
Lee Minho (Korea)
Hueningkai (Amerika Syarikat)
Park Seonghwa (Korea)
Nattawin W (Thailand)
Hwang Hyunjin (Korea)
Ton Tawan (Thailand)
Dew Jirawat (Thailand)
Jackson Wang (Taiwan)
Selena Gomez (Amerika Syarikat)
Kerem Bursin (Turki)
Mile Phakpum (Thailand)
Park Solomon (Korea)
Hande Ercel (Turki)
Haruto (Jepun)
Shehnaaz Gill (India)
Cha Eun Woo (Korea)
Kalaulah ada personaliti Malaysia yang layak masuk dalam senarai Top 30 ini, siapakah insan itu? Cer komen sikit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bentuk tubuh ideal menjadi dambaan semua orang. Namun sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan. Kalau hanya berangan tak dapat tau!
Bintang Pitch Perfect, Rebel Wilson baru-baru ini membuat hantaran di Instagram menyerlahkan bentuk tubuhnya yang jelas berbeza dari sebelum ini. Kelihatan selebriti asal Australia itu nampak sungguh anggun dengan penampilannya yang baru.
Menerusi hantaran yang memperoleh lebih sejuta tanda suka tersebut dia ada menyatakan bahawa dia bersyukur kerana peminatnya banyak menyokong perjalanan kecergasan untuk mendapat tubuh yang ideal.
“Ketika saya mahu makan gula-gula selepas makan malam tadi, saya mengingatkan diri ini supaya tidak melakukannya. Sebaliknya minum sebotol air,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram.
Selain sibuk dengan aktiviti kecergasan dan senaman, Rebel turut meluangkan masa membantu mereka yang terjejas dek krisis kesihatan.
Baru-baru ini dia bergabung semula dengan kumpulan Barden Bellas dari “Pitch Perfect” untuk menyanyikan lagu hit Beyoncé “Love on Top” dalam usaha menyokong usaha UNICEF mendapatkan dana melawan COVID-19.
***P/S – Jangan pernah judge orang. Gemuk ke kurus ke, jangan bodyshaming. Masing-masing ada perspektif dan daya penarik yang tersendiri. Bagi Min kalau nak kurus sebab nak jaga kesihatan, not more than that.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...