Penyanyi asal Jepun yang baru meningkat naik, Imase baru-baru berjaya menambat hati para peminat dalam konsert Imase 1st Asia Tour ‘Shiki’ Khamis lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Imase bukan sahaja memberikan penampilan yang bersemangat dan terbaik pada 20 Jun lalu. Malah, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berinteraksi dengan para peminat dalam Bahasa Melayu dengan perbualan kasual seperti bertanya apakah makanan terkenal tempatan, tempat yang patut dikunjungi di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Selain itu, Imase juga menyediakan skrip pendek dalam Bahasa Melayu lantas dan bersemangat menyapa peminat agar mereka rasa dialu-alukan dengan bertanya khabar dan sebagainya.
“Apa khabar semua! Nama saya Imase! Adakah anda semua tidak sabar untuk hari ini?” – Imase
“Saya sangat teruja untuk berjumpa dengan anda semua. Hari ini, jom! enjoy sama-sama ya! dan mari kita have fun sampai habis!” – Imase
Dalam pada itu, Imase turut memuji kecekapan para peminatnya yang turut mahir berbahasa Jepun semasa berinteraksi bersamanya. Imase juga sering menggunakan Bahasa Melayu untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka.
Konsert ini bertemakan ‘Empat Musim Jepun’ dan penyanyi yang popular melalui lagu Night Dancer ini ingin peminat merasai pengalaman musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk persis negara asalnya, Jepun dengan bertukar-tukar pakaian yang mencerminkan tema setiap musim.
Sementara itu, Imase juga mengambil peluang untuk mempromosikan album terbarunya Bonsai yang akan dilancarkan pada Mei lalu. Beliau mengakhiri konsert dengan tiga lagu dari album tersebut
Bonsai, Lit dan Heroine meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi peminat-peminatnya di Malaysia.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.