Kontroversi pemeriksaan badan oleh organisasi Miss Universe Indonesia 2023 sehingga memaksa para pesertanya menanggalkan pakaian dalam di hadapan 20 orang staf organisasi termasuklah lelaki, mendapat perhatian serius daripada Organisasi Miss Universe.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dilampirkan oleh organisasi tersebut hari ini, ia serta-merta menamatkan kontrak francais yang dipegang oleh pemilik baharu Miss Universe Indonesia dan Miss Universe Malaysia itu.
“Organisasi Miss Universe telah memutuskan untuk menamatkan pertaliannya dengan francais terkini di Indonesia, PT Capella Swastika Karya dan Pengarah Kebangsaannya, Poppy Capella.
“Melihat situasi terbaru yang berlaku di Miss Universe Indonesia, adalah jelas bahawa francais tersebut tidak menepati piawaian jenama, etika atau harapan seperti yang termaktub di dalam buku panduan serta kod tatalaku francais kami.”
“Adalah satu keutamaan bagi Organisasi Miss Universe untuk memastikan keselamatan wanita terjamin dan beberapa kejadian yang berlaku di pertandingan ratu cantik tersebut amatlah bertentangan dengan apa yang kami perjuangkan sebagai satu organisasi,” ulas kenyataan tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Organisasi Miss Universe juga memaklumkan bahawa pemilikan organisasi Miss Universe Malaysia oleh PT Capella Swastika Karya akan ditamatkan serta-merta. Mereka juga tidak akan diberikan sebarang kontrak tambahan pada masa hadapan bersama Organisasi Miss Universe.
“Kami akan membatalkan pertandingan Miss Universe Malaysai 2023 dan akan menyusun perancangan agar pemenang (Miss Universe) Indonesia 2023 boleh terus bertanding pada edisi Miss Universe tahun ini,” tambahnya lagi.
Sekaligus, nasib yang melanda pertandingan Miss Universe Malaysia 2023 untuk mencari wakil negara yang bakal bertanding di El Savador pada 18 November kelak kini tergantung tanpa bertali dek keputusan ini.
Ads
Malah, spekulasi membabitkan penamaan selebriti tempatan, Amelia Thripura Henderson sebagai wakil Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2023 menerusi cara ‘hand pick’ juga kian kabur.
Organisasi Miss Universe juga menegaskan bahawa tiada sebarang kriteria tetap membabitkan ukuran ketinggian, berat badan dan dimensi fizikal para peserta yang ingin menyertai Miss Universe dari mana-mana negara.
Ads
Oleh itu, jelaslah apa yang diperlakukan oleh organisasi Miss Universe Indonesia tempoh hari telah melanggar kod etika dan wajar dilabel sebagai gangguan seksual.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sebab mengapa kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak memberi kelonggaran total untuk ke sini, ke sana.
Ini bagi memastikan rakyat kekal konsisten dengan langkah berjaga-jaga terhadap risiko wabak Covid-19 yang masih berleluasa.
Sebahagian besar daripada kita masih mematuhi arahan tersebut. Malangnya, ada di antara kita yang sudah mula melupakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan diri sendiri dan orang awam.
Menurut catitan seorang pemilik akaun Facebook bernama Afdalina Nuraisya, situasi yang kelihatan seperti sebuah bazar Ramadan telahpun berlaku di Taman Tas, Kuantan Pahang.
Katanya, “Ini adalah gambar Taman Tas dari luar. Saya belum pergi ke dalam untuk melihat situasi sebenar, tapi dari jauh pun dah terkejut.”
“Pada mulanya saya terfikir untuk singgah membeli sesuatu selepas kerja. Tetapi akhirnya saya pulang saja selepas melihat situasi ini dari dalam kerja.
“Sewaktu musim PKPB ini, wabak Covid-19 berada di mana-mana. Bagaimanapun, pengunjung di sini nampaknya seakan tidak kisah. Ia sangat padat dengan pengunjung.”
Untuk pengetahuan, ini bukan satu-satunya lokasi yang dikunjungi orang ramai selepas kelonggaran diberikan pada minggu lalu.
Antara lokasi lain yang diperhatikan menarik perhatian ramai pengunjung adalah stor farmasi (drugstore) dan pasaraya tempatan; sehingga menimbulkan kegusaraan sekiranya kluster mangsa terbaru Covid-19 boleh muncul.
Walaupun kami faham keperluan peniaga yang perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga, namun situasi seperti inilah yang dibimbangi oleh ramai orang.
Ini baru satu tempat, cuba bayangkan jika budaya serbu ini ‘berjangkit’ ke kawasan dan negeri lain – kan dah susah.
Apa pandangan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun dunia K-pop diwarnai oleh kemeriahan muzik baharu pada tahun ini, itu tidak bermakna tiada kontroversi yang berlaku.
Terbaru, salah seorang anggota kumpulan GOT7 iaitu Youngjae telah dituduh sebagai seorang pembuli di satu ruang komuniti online (seperti forum). Dakwaan tersebut dilayangkan kelmarin (20 Oktober) oleh seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya.
Dakwaan tersebut membabitkan kes yang dikatakan berlaku semasa Youngjae masih bergelar pelajar di Mokpo Technical High School. Pendakwa berkata Youngjae pernah membulinya dahulu.
Meskipun beberapa portal media di sana menggelar dakwaan itu tidak berasas kerana fakta yang diberikan oleh pendakwa tidak benar, dakwaan tersebut telah merebak kepada pengetahuan peminat di seluruh dunia.
Keadaan ini memaksa syarikat naungan GOT7 iaitu JYP Entertainment untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini.
Pendekatan ini dilihat positif memandangkan banyak syarikat naungan kumpulan K-Pop selalu lambat untuk memberi kenyataan rasmi berhubung skandal yang melanda artis mereka. #NoShade
Kenyataan daripada JYP ini juga hanya dikeluarkan SELEPAS wakil mereka telah menemui pendakwa tersebut secara berhadapan.
Ini menunjukkan bahawa JYP bertindak adil dan ingin mendengar penjelasan kedua-dua buah pihak.
Selepas berjumpa, JYP menyimpulkan bahawa pendakwa itu tidak mempunyai bukti yang sahih. JYP juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin tidak benar dan tanpa bukti mengenai artis mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Wow, nampaknya JYP benar-benar tegas dengan kes sedemikian rupa dan menjaga artis naungan jika mereka berada di pihak yang benar.
Syabas!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa waktu kritikal melawan pandemik Covid-19 di seluruh dunia sememangnya sangat besar.
Terbaru, seorang lagi petugas kesihatan warganegara Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom telah mengehembuskan nafas terakhir disebabkan pendemik Covid-19.
Meninggal sebab Covid-19
Dr Vishna Rasiah disahkan meninggal dunia semalam menerusi laporan daripada NHS Birmigham Women’s and Children’s .
Dr Vishna atau mesra dipanggil Vish merupakan Pakar Pakar Perunding Neonatal di Birmigham Women’s and Children’s Hospital.
Portal itu dalam masa yang sama menyifatkan mendiang sebagai seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi dan sudah merawat ramai pesakit di Birmingham.
“Vish seorang doktor yang sangat hebat, ketua dan rakan sekerja yang sangat komited terhadap pesakit dan keluarganya. Kehilangannya merupakan sesuatu yang sukar buat kami, apatah lagi anak dan isterinya,” kata Ketua Eksekutif, Sarah-Jane.
Rata-rata rakan-rakan sekerja di hospital kami, malah oleh ramai yang lain di seluruh kawasan Midlands dan yang mengenali Dr Rasiah meluahkan rasa sedih.
Untuk info, United Kingdom antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mencatatkan hampir 150,000 kes positif serta hampir 20,000 kematian setakat Jumaat.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...