Sepanjang hujung minggu lepas, masyarakat Kadazan-Dusun telahpun meraikan Pesta Kaamatan di seluruh negara.
Juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan, perayaan kali ini bagaimanapun lebih sederhana dan tidak diraikan seperti kebiasaan memandangkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun apa yang penting adalah semangat meraikannya.
Bercakap mengenai Pesta Kaamatan, penulis pantas teringat dengan salah seorang finalis Dewi Remaja 2019 yang juga berasal dari Sabah iaitu Sharlina Gilbert Mojinun.
Pada tahun-tahun sudah, Sharlin akan kembali semula ke kampungnya di Panampang Sabah untuk bersama-sama dengan ahli keluarganya pada waktu ini. Namun seperti anak Sabah lain yang menetap di Kuala Lumpur, Sharlin juga perlu akur dengan keadaan semasa.
*
Ads
Menurutnya, antara momen manis semasa menyambut Pesta Kaamatan adalah pengalaman Sharlin menyertai pertandingan ratu cantik bernama Unduk Ngadau.
“Di Sabah, ramai kanak-kanak dan remaja perempuan yang akan menyertai Unduk Ngadau apabila tiba saja perayaan Pesta Kaamatan.
Kali pertama saya menyertainya adalah semasa di darjah dua. Dan kali kedua adalah setelah saya bekerja di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.
“Mereka menganjurkannya di sini dan saya memenanginya! Lalu, saya mewakili Lembah Klang untuk bertanding di Panampang pada peringkat daerah. Tak sangka pula saya menempah tempat keenam pada waktu itu,” jelas Sharlin yang berpakaian tradisional lengkap Sinuangga dengan stail ‘rambut gong’.
Penulis tertanya-tanya juga apakah makna di sebalik pertandingan ratu cantik ini?
Menurut Sharlin, Unduk Ngadau berasal daripada perkataan ‘runduk tadau’ yang bermaksud ‘gadis yang dimahkotakan dengan cahaya matahari’.
Ia bagi memperingati seorang gadis bernama Huminodun yang mempunyai hati baik dan selalu menolong orang lain. Selepas Sabah diuji dengan musim kemarau, Huminodun menawarkan diri untuk dikorbankan. Menurut cerita lagenda, gadis tersebut dipotong kepada beberapa bahagian badan dan ditaburkan ke tanaman di sana seperti padi dan pohon buah-buahan agar ia kembali subur.
Selepas tujuh hari, gadis bernama Unduk Ngadau muncul dan dipercayai merupakan jelmaan semangat Huminodun yang dikorbankan tadi.
Ads
Bercakap mengenai tradisi lain sewaktu Pesta Kaamatan, masyarakat Sabah akan menyediakan beberapa makanan tradisi seperti Hinava Pampanga (sejenis hidangan ikan), Gutod (ulat sagu) dan buah Bambangan (jeruk mangga).
“Walaupun saya tidak dapat pulang ke Sabah pada tahun ini, tapi saya tahu keluarga dan rakan di sana masih meraikannya seadanya dengan jamuan makan malam bersama keluarga. Saya rindukan untuk menari Sumazau dan Magunatip (tarian buluh).
“Tak apalah, selepas PKPB nanti tentunya saya akan pulang ke Sabah untuk bertemu keluarga di sana,” katanya sebelum memberi ucapan di bawah:
Kopivosian, Izou ii Sharlina Gilbert mantad Kota Kinabalu, Penampang, maganu do kosivatan diti do mamason Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan Toun 2020 kumaa diozu saviai tuhun!
(Hello, nama saya Sharlina Gilbert berasal Kota Kinabalu, Penampang, ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada semua!)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai pereka fesyen tanah air yang mula memperkenalkan koleksi Raya 2018 masing-masing.
Cantik memang cantik, tapi…
Kebanyakan datang dengan harga yang mahal. Paling ‘affordable’ pun melebihi RM350, betul tak?
So, kalau korang nak baju raya baru untuk tahun ini, ingin kelihatan lain daripada yang lain tetapi mempunyai bajet tertentu, penulis boleh recommend korang untuk lihat koleksi batik keluaran Uniqlo Malaysia.
Uniqlo baharu sahaja melancarkan rekaan batik yang awesome untuk koleksi terbaru mereka. Beberapa corak boleh dipilih untuk lelaki dan wanita dan rekaan untuk wanita nampaknya lebih pelbagai dan cute.
Baju ini juga diperbuat daripada kain cotton yang berkualiti supaya anda sentiasa selesa ketika menyarung koleksi ini. Setiap rekaan dijual pada harga RM79.90 sepasang je! Wajib beli ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak beberapa bulan ini, ramai yang menghabiskan masa di rumah kerana mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah ini dibuat bagi menjaga jarak sosial untuk mengatasi penularan wabak COVID-19.
Dalam beberapa bulan ini juga, kebanyakan daripada kita melakukan pekerjaan dari rumah. Mungkin ada yang mengeluh kerana sudah terlalu lama duduk di rumah, jadi ini merupakan satu berita baik bagi masyarakat di Pulau Pinang kerana khabarnya beberapa hotel disana telah pun menawarkan potongan harga yang besar, termasuklah Eastern & Oriental Hotel dan Model Hotel. Hal ini dilakukan bagi meningkatkan semula sumber pendapatan pihak perhotelan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Terletak di lokasi strategik di tengah bandar George Town, Modern Hotel ini telah pun melakukan pengubahsuaian kira-kira pada awal tahun ini. Sangat classy. Sudah tentu ia menarik minat anak muda kerana dekorasinya adalah sangat insta-worthy.
Diskaun yang diberi adalah sehingga 40% dan korang boleh mendapatkan Deluxe Double atau Twin Room serendah RM128 satu malam.
Ha, memang berbaloi-baloi. Rasanya ini adalah salah satu cara yang korang boleh lakukan untuk merehatkan minda dan ‘lari’ sebentar daripada keadaan sekeliling rumah. Hiks!
Pelakon, model dan pengacara terkenal, Scha Alyahya membuat kejutan apabila tampil pada hari ketiga berlangsungnya Festival Filem Venice 2023 di Venezia, Itali, baru-baru ini
Ikon fesyen tanah air itu diterbangkan sendiri oleh jenama solekan antarabangsa, Armani Beauty untuk menghadiri Festival Filem Venice ke-80 bagi berjalan di karpet merah dan menyokong tayangan filem Poor Things.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya dilihat berjalan di permaidani merah dalam persalinan gaun putih serta aksesori sarung tangan telus pandang hasil sentuhan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam.
Jelaslah, kecantikan raut paras Scha Alyahya sebagai wakil jenama terkenal itu merupakan salah satu faktor yangmenyerlahkan lagi rekaan gaun serba putih ini. Namun yang lebih menyerlah adalah keyakinan Scha berhadapan situasi karpet merah yang dihadiri selebriti antarabangsa, jenama media terkenal dan ramai lagi individu penting.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet turut mengekspresikan kekaguman mereka terhadap penampilan fashionista tersebut.
“Letupnya hampaaaaa….” komen Rozita Che Wan
“Terlalu cantik sis,” komen Shalma Aina.
“Bidadari mana entah,” seloroh Awal Ashaari, suami kepada aktres tersebut.
“Terlalu cantik, sending you love,” komen Nora Danish.
Tidak sabar untuk Scha terus melebarkan sayap sebagai fesyenista di acara-acara antarabangsa seterusnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Scha Al-Yahya
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...