Serius la.
Nyata ia cukup menakutkan.
Para saintis menemu sesuatu yang baru mengenai virus corona SARS-CoV-2 yang dikatakan mampu bertahan selama 28 hari pada wang kertas.
Penemuan kajian ini dilakukan di Australian Centre For Disease Preparedness (CSIRO) yang mana para saintis menemui virus corona baru ini sangat berbeza ketika penularan di awal wabak ini yang mana ia hanya mampu bertahan antara lima ke lapan hari sahaja, lapor Bloomberg semalam.
Tidak hanya di duit kertas, virus ini mampu bertahan di telefon bimbit, mesin ATM, tombol pintu dan lain dalam satu penyelidikan makmal di bissekuriti terbaik di Australia.
Dalam jurnal diterbitkan Virilogy Journal Isnin lalu memaklumkan, kelangsungan virus di permukaan akan menurun kurang dari sehari jika ia terdedah kepada suhu 40 darjah Celsius.
Menurut Debbie Eagles yang juga wakil dari Australian Centre For Disease Preparedness (CSIRO) memaklumkan virus SARS-CoV-2 ini tetap dapat menular di permukaan utnuk jangka waktu yang lama.
Malah dengan kajian terbaru ini juga menambah bukti bahawa virus corona yang menjadi penyebab COVID-19 akan dapat bertahan lama dalam cuaca yang lebih dingin. Malah menjelang November akan datang, di mana musim sejuk akan bermula, virus ini akan lebih sukar dikendalikan berbanding cuaca panas.
Penelitian juga membantu untuk orang ramai memahami betapa pentingnya untuk mereka menjaga kesihatan diri, menjaga penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.
Metode penelitian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang melakukan pelbagai keadah ujian untuk melihat bagaimana virus yang mengakibatkan lebih 37 juta orang dijangkiti dan lebih sejuta meninggal mendapati virus ini akan mati dengan cepat jika terdedah kepada cahaya matahari.
Kajian dilakukan mendapati virus ini akan berubah mengikut di permukaan mana ia berada. Malah penyelidik turut membuat perbandingan wabak selesema bermusim di mana ia hanya mampu bertahan 17 hari saja berbanding virus corona selama 28 hari.
Lebih mengejutkan ia mampu bertahan lebih lama di permukaan kaca seperti telefon bimbit, mesin ATM, kios check in di lapangan terbang dan lain lagi.
Malah jika tempat-tempat begini tidak dinyahkuman dengan lebih cepat, ia akan mempercepatkan lagi penularan virus SARS-CoV-2. Tapi kajian dapati virus ini hidup lebih lama di permukaan wang kertas. Sumber : Kompas.com