Pertikai Status Halal Masakan Gurdwara Untuk Mangsa Banjir, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan

Share
Ramai rakyat bersatu turun padang demi membantu mereka yang terkesan dengan musibah banjir ini.
Umpama pepatah berbunyi “ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.. Peribahasa yang mempunyai maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sepakat antara satu sama lain. Begitulah apa yang berlaku kini di Malaysia.

Tidak terkecuali badan kebajikan yang sering melakukan aktiviti sukarelawan ini adalah komuniti Sikh dari Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ) yang memfokuskan kepada penyediaan makanan percuma untuk mangsa banjir di tempat-tempat yang terjejas sekitar Shah Alam, Klang, Puchong dan Hulu Langat.

Mereka menyediakan makanan yang berasaskan vegetarian untuk disumbangkan kepada mana-mana kawasan yang boleh dicapai di sekitar Lembah Klang.

Namun, ada segelintir individu yang mempersoalkan status halal makanan tersebut memandangkan mangsa banjir terdiri daripada pelbagai kaum sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Sumber : Facebook

Seorang pengguna Twitter meluahkan kekecewaannya apabila dia mendapati ada individu yang mempertikaikan status halal makanan yang dimasak komuniti Sikh.

Melihat situasi yang hangat dibincangkan ketika ini, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai hukum tersebut.

 

Beliau menerusi hantaran di Twitternya berkata, perkara itu tidak menjadi masalah selagi ia tidak melibatkan haiwan sembelihan bukan Muslim.

“Ya. Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab (People of the Book) selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka.

“Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. God bless them,” katanya.

Dr Zulkifli menambah, hal itu terpakai dalam isu agihan bantuan, atau rumah terbuka oleh mereka yang berlainan agama dan faham mengenai konsep halal.

“Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal JAKIM. Itu bermakna ia sah dari segi syarak dan sah kualiti kebersihan.”

Jadi, diharap jelas la jika ada yang terasa ragu-ragu terhadap makanan tersebut . Tak salah bertanya jika tak tahu. Bagus juga, sekurang-kurangnya kita dapat menambah ilmu.

ARTIKEL LAGI : Hukum Lelaki Solat Pakai Singlet Atau Tidak Berbaju, Ini Penjelasan Daripada Dr. Zulkifli Mohamad

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana