Pertunjukan ‘Fashion Day Out’ Oleh 16 Finalis Dewi Remaja 2022 & Kinohimitsu Gamatkan Shah Alam

Share

 

Bertempat di pusat membeli belah Central i-City, Shah Alam pada hujung minggu lalu, kehangatan pencarian Dewi Remaja 2022 semakin dirasai dengan berlangsungnya sebuah acara pertunjukan fesyen Dewi Remaja x Kinohimitsu : Fashion Day Out.

Acara kolaboratif di antara Nu Ideaktiv menerusi jenama Remaja dan penaja bersama Dewi Remaja 2022 iaitu Kinohimitsu Malaysia ini juga telah mendapat kerjasama Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual daripada Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor yang mempertaruhkan rekaan daripada 10 orang pelajar jurusan Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian.

Seawal jam 2 petang lagi, para jemputan dan orang ramai telah mengerumuni bahagian tengah Central i-City bagi melihat kemeriahan yang mula dirasai dengan kehadiran pengacara majlis yang juga merupakan pengacara saluran Didik TV serta pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2019, Syamira Nazir.

Di belakang pentas pula, rasa cemas tentunya dirasai oleh 16 orang finalis bersama pereka fesyen masing-masing yang terus memberikan yang terbaik bagi mempersiapkan setiap busana yang bakal digayakan.

Bertemakan ‘Elegant & Chic’, acara Dewi Remaja 2022 x Kinohimitsu : Fashion Day Out akhirnya berjalan dengan penuh lancar apabila setiap finalis mempersembahkan rekaan dengan penuh personaliti dan keyakinan. Manakan tidak, setiap kali salah seorang daripada mereka muncul, tepukan gemuruh bergema di lokasi acara oleh para penonton yang menyaksikannya dari segenap aras.

Acara Dewi Remaja 2022 x Kinohimitsu : Fashion Day Out ini juga turut menampilkan lima orang juri yang dilantik bagi mengadili dua kategori yang dipertandingkan. Mereka terdiri daripada pelakon, pengacara dan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae; Pengurus Besar Jualan & Pemasaran Kinohimitsu Malaysia, Ms Winnie Pok; Duta Kinohimitsu Malaysia, Farisha Iris; dan gandingan pengasas dan pereka fesyen duo terkenal, Ammar Madfie dan Zeed Jamil daripada AMAZE.

Dua kategori yang menjadi rebutan itu ialah kategori Best Catwalk dalam kalangan 16 orang finalis yang menjadi model pada acara tersebut dan kategori Best Design yang menjadi idaman setiap pelajar yang mewakili Politeknik Ibrahim Sultan.

Akhirnya, Dewi Alyssa Azmi yang menyarungkan rekaan Nur Diana binti Cipto Gunawan telahpun dipilih sebagai pemenang Best Catwalk.

Menariknya, ini merupakan kali pertama Alyssa berjalan di pentas peragaan sebesar ini. Katanya, pengalaman tersebut memberi semangat lebih untuk dirinya meneruskan minat dalam bidang peragaan selepas ini apatah lagi setelah diberikan kepercayaan dengan memenangi kategori tersebut.

Biarpun masih baru, para juri melihat potensi yang besar ada pada Alyssa Azmi.

Sementara itu, kategori Best Design pula menjadi milik Johan Firdaus bin Hamzah. Dua rekaannya telahpun diperagakan oleh Dewi Malle dan Dewi Fifi pada hari itu.

Johan Hamzah (lima dari kiri) membawa pulang RM500 setelah dinobatkan sebagai pemenang Best Design.

Sementara itu, kategori Best Design pula menjadi milik Johan Hamzah. Dua rekaannya telahpun diperagakan oleh Dewi Malle dan Dewi Fifi pada hari itu.

(Dari kiri) : Duta Kinohimitsu Malaysia, Farisha Iris, Ms Winnie Kok mewakili Kinohimitsu Malaysia dan Shaza Bae.

“Program seperti ini sangat bagus kerana semua orang boleh terlibat. Kita juga boleh menggalakkan lagi perkembangan kreativiti dalam kalangan pereka fesyen baharu untuk menunjukkan kerja keras mereka. Saya rasakan semua orang di pusat membeli-belah ini juga seronok menontonnya. Dari meja juri ini, saya dapat dengar jeritan pengunjung setiap kali peserta keluPostar.

“Berkenaan pemilihan Alyssa sebagai pemenang kategori Best Catwalk pula, kami sebulat suara merasakan catwalk Alyssa sangat menyakinkan. Dia juga membawakan busana yang diberikan dengan bagus.

“Jujurnya, saya tidak sabar menantikan pentas akhir Dewi Remaja 2022 kerana saya dapat melihat progress bagi dewi-dewi ini. Setiap episod pula diberikan cabaran berbeza. Tentunya di peringkat akhir ini, setiap dewi sudah menjadi seorang gadis yang lebih matang dan berkaliber berbanding semasa mereka menjalani uji bakat Dewi Remaja beberapa bulan yang lalu,” ujarnya.

Jangan lupa untuk menyaksikan pentas akhir pencarian Dewi Remaja 2022 yang bakal disiarkan secara langsung pada 3 September ini di saluran Astro Ria dan aplikasi Astro Go.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda bagi kategori Dewi Favourite pada setiap hari di www.remaja.my/dewi sehingga malam finale.

Siapakah yang bakal meneruskan legasi yang dibawa oleh Shaza Bae, Raysha Rizrose, Neelofa, Scha Alyahya dan ramai lagi? Sama-sama kita nantikan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ