Christina Aguilera
Christina Aguilera

Christina Aguilera, bintang pop terkenal yang pernah mencetuskan fenomena pada era 2000-an, kini menjadi tumpuan ramai selepas penampilan terbaharunya menunjukkan perubahan fizikal yang ketara.

ARTIKEL BERKAITAN : Penampilan Terbaru Leona Curi Perhatian -“Cantiknya, Kejap Saja Dah Kurus”

Penyanyi lagu Beautiful dan Genie in a Bottle ini menjadi artis undangan di konsert Sabrina Carpenter, penampilan Christina Aguilera menjadi perhatian. Hal ini berikutan perubahan yang ketara pada wajah dan tubuhnya.

Perubahan Christina Aguilera Jadi Perhatian, Kurus Sebab Ubat Kencing Manis?

Perubahan Penampilan yang Ketara

Christina, 43 tahun, dilihat tampil lebih ramping dan sihat dalam beberapa acara baru-baru ini, termasuk di karpet merah serta perkongsiannya di media sosial. Transformasi ini menjadi buah mulut peminat, di mana ramai yang kagum dengan penampilannya, manakala ada juga yang mempersoalkan kaedah yang digunakan untuk mencapai bentuk tubuh tersebut.

Ads

Spekulasi Penggunaan Ubat Kencing Manis

Di tengah-tengah kekaguman itu, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Christina mungkin menggunakan ubat untuk rawatan kencing manis jenis 2, seperti Ozempic, bagi membantu menurunkan berat badan. Ubat ini, yang pada asalnya direka untuk pesakit kencing manis, kini semakin popular di kalangan selebriti dan orang awam sebagai cara untuk mengurangkan berat badan.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Christina atau wakilnya berhubung dakwaan ini. Sebaliknya, penyanyi tersebut menekankan bahawa dia mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan diet seimbang, sebagai rahsia kepada tubuh badannya yang cergas dan bertenaga.

Perubahan Christina Aguilera Jadi Perhatian, Kurus Sebab Ubat Kencing Manis?

Ads

Kesihatan atau Trend?

Dipetik daripada Berita Harian, trend penggunaan ubat kencing manis, iaitu Ozempic yang bertujuan untuk menurunkan berat badan popular dikalangan selebriti. Semaglutide iaitu sejenis ubat yang dijual dengan nama jenama lain adalah sejenis ubat antidiabetes yang digunakan untuk rawatan diabetes Tahap 2.

Ramai pakar perubatan memberi amaran agar ubat ini tidak disalahgunakan oleh individu tanpa keperluan perubatan, kerana ia boleh membawa kesan sampingan yang serius.

Di Amerika Syarikat, ia digunakan sebagai ubat antiobesiti untuk pengurusan berat badan jangka panjang, namun ubat berkenaan bukanlah penyelesaian kerana ia adalah ubat preskripsi untuk pesakit kencing manis Tahap 2 yang memerlukan pesakit untuk mendapatkan semakan perubatan yang lengkap.

Ads

Pengambilan dos ubat itu atau ubat preskripsi lain yang sama secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya hipoglisemia (kandungan gula dalam darah yang rendah) yang akan membawa kepada lebih banyak masalah kesihatan.

Kesan sampingan ubat diabetes yang biasa berlaku adalah simptom gastrousus termasuk rasa mual, muntah, cirit birit, sakit perut dan sembelit. Bukan itu saja, kesan sampingan lain yang mungkin berlaku termasuk pankreatitis, perubahan dalam penglihatan, kandungan gula dalam darah yang rendah, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah hempedu.

BACA :  Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI