Rahsia Perubahan Drastik Saiz XXL Ke S Anak Gadis Saif Ali Khan

Share

Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal, ada banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Siapa sangka, selebriti muda Bollywood yang menjadi perhatian ramai ini pernah melalui pengalaman ‘hitam’ dalam hidupnya.

Sara Ali Khan yang merupakan anak Saif Ali Khan dan anak tiri kepada Kareena Kapoor berkongsi mengenai kepayahan yang dihadapi dengan PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) yang menyebabkan kebaikan berat badan berlebihan. Aktres itu nekad untuk menurunkan berat badan sebelum menempah nama di layar perak.

Baru-baru ini, Sara Ali Khan terpaksa menempuh hari-hari yang mencabar bagi mendapatkan fizikal sempurna. Tidak mudah bagi remaja dengan berat lebih dari 90 kilogram nak debut jadi bintang filem.

 

Lakukan Senaman Secara Konsistan

Menurut Sara, dia berlatih kathak, yoga, pilates, boxing dan senaman dengan penuh kesungguhan untuk tetap fit. Dia juga menjalani latihan boot camp dan bermain tenis dengan ayah Saif Ali Khan. Masanya dipenuhi dengan aktiviti mengeluarkan peluh bagi betul-betul mendapatkan shape yang ideal.

Bagus cara Sara, nak berat badan ideal kena disiplin bersenam dan jaga pemakanan. Baru kamu rasa sihat dan selesa dengan perubahan diri.

Moga korang terinspirasi dengan perkongsian kurus secara sihat Sara Ali Khan ni.

Sumber : Hindustan Times

Published by
Nana