
Belum reda lagi tentang isu banjir yang melanda rakyat Malaysia. Kini satu lagi insiden menyayat hati belaku. Flat Sri Johor yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar.
Kebakaran yang terjadi dilaporkan berlaku di blok nombor 31 kawasan perumahan flat tersebut dan menurut maklumat awal yang diperolehi kebakaran berpunca dari tong gas yang meletop.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua penduduk telah selamat dipindahkan lebih awal.
Pihak bomba kini sudah berada dilokasi dalam usaha memadam kebakaran yang semakin marak. Jika diperhatikan pada rakaman video yang tular, kebakaran berlaku di tingkat paling atas blok perumahan flat tersebut.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dalam ciapannya menyatakan yang beliau dalam perjalanan ke lokasi kejadian. Menerusi ciapan itu juga, beliau meminta doa seluruh #keluargaMalaysia untuk penduduk Flat Sri Johor.
Flat Sri Johor block 31 cheras.
Hope everyone is ok.
Lets pray for them. pic.twitter.com/aPuwR8GEzX— Aznur ‘Izzati Aznan (@zetty_aznan) December 19, 2021
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita Baik Untuk Peminjam! AmBank Lanjut Moratorium Hingga 30 Jun 2021

Pasti ini adalah berita baik untuk mereka yang membuat pinjaman dengan AmBank. Maksudnya ada lanjutan moratorium sehingga 30 Jun 2021 akan datang. Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Memetik laporan Harian Metro, AmBank akan melanjutkan Program Bantuan Pembayaran Semula bersasar sehingga 30 Jun tahun depan sebagai usaha menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya komited membantu pelanggan mengharungi tempoh yang sukar ini.
"Justeru, kami menyediakan pelan penjadualan serta penstrukturan semula yang bersesuaian bagi memenuhi komitmen kewangan setiap pelanggan.
"Kami sudah menjangkau lebih dari 500,000 pelanggan yang ditawarkan bantuan pembayaran semula.
"Pada pertengahan Oktober lalu, sebanyak 60,000 permohonan dari pelanggan individu dan PKS diproses dan hampir 100 peratus permohonan ini diluluskan.
"Kami berbesar hati dapat memberikan bantuan pembayaran semula pinjaman yang berjumlah lebih dari RM11 bilion," katanya dalam kenyataan, semalam.
AmBank akan terus berinteraksi dengan pelanggannya yang belum mengemukakan permohonan mereka, khususnya yang terbabit dalam industri yang terjejas akibat pandemik terbabit.
Permohonan Bantuan Pembayaran Semula boleh didapati di laman web AmBank untuk kemudahan pelanggan yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan! TQ Rakyat Malaysia

Semalam REMAJA ada menulis tidak adakah syarikat-syarikat bermurah hati menghulurkan bantuan makanan atau minuman buat petugas hadapan COVID-19 ini. Alhamdulillah, walau bukan dari usaha kami (sekadar bertanya sahaja), hari ini Pusat Perubatan Universiti Malaya di fbnya mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang membuat sumbangan kepada mereka.
PPUM dalam ucapannya turut membuat list-list syarikat yang prihatin menghulurkan bantuan. Ya INILAH MALAYSIA kerana terbukti kita memang bersatu hati dalam apa saja situasi khususnya dalam menangani situasi wabak COVID-19 yang semakin menggila ini.
Rasa simpati terhadap petugas hadapan hospital yang terpaksa menangani isu COVID-19 ini tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.
Tengoklah begitu banyak yang menyumbang dan ini buktinya kita adalah rakyat yang bersatu hati.
Terima kasih diucapkan kepada syarikat/jabatan/organisasi yang menyumbang kepada PPUM yang sedang berusaha dalam memberi perkhidmatan perubatan terutamanya bagi kes COVID-19.
Nestle, Mr. DIY, Pharmaniaga, Sekoplas, Baitulmal, McDonald’s, JAWI, TESCO, Allianz Insurance, ITP Company, Sime Darby, YTL Masks dan Nasi Lan Kedah.
#ThankYou #StayAtHome #WeGiveTheBestForYou #UMMC
Hantar portable aircond untuk Hospital Ampang
Sementara itu, Ustaz Ebit Lew di pagenya turut berkongsi menghantar portable aircond sumbangan Pertubuhan Kasih Umat Islam untuk Hospital Ampang bagi meringankan keadaan petugas yang terpaksa bertugas dalam cuaca panas.
Tak tahan air mata bila tahu kesusahan mereka. Bila baca kesusahan dan pengorbanan front liner di Hospital Ampang. Terus order aircond portable untuk Hospital Ampang. Syukur dapat pergi hantar sekejap ni. Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.
Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah mereka semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah.
Terima kasih Dr Ridzuan dan team menerima sumbangan kecil ini. Terima kasih Dato Seri Syed Zainal bagi nombor contact dan kak Dini tadi.
Isu ‘Banyak Sangat Minyak’ – Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan

Hangat diperkatakan baru-baru ini di media sosial apabila seorang pakar nefrologi menegur menu masakan yang dikongsi oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming kerana penggunaan minyak berlebihan dalam klip masakan sambal hijau yang dikongsi oleh beliau, Jumaat lepas.
Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Nyet Cecah RM21.5 Juta, Khairul Aming Antara Usahawan Muda Beri Inspirasi Ramai
Tangkap layar resipi sambal hijau yang dikongsi Khairul Aming di laman Twitter.
Ketika berkongsi video Khairul Aming pada Sabtu lepas, beliau memberi komen bahawa hidangan itu terlalu berminyak dan boleh membahayakan kesihatan orang ramai.
Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK. https://t.co/vIjsh4lmTV
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
“Salam KhairulAming, Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum,” katanya di laman Twitter.
Kenyataan Dr Rafidah itu bagaimanapun tidak disenangi netizen. Ramai yang berpendapat bahawa tanggungjawab kesihatan tubuh badan bukan terletak di tangan Khairul Aming namun pada empunya badan sendiri yang perlu sedar akan nilai kalori pada juadah berbuka masing-masing.
Ikutan isu tersebut, usahawan sambal itu tampil memberi pendapat dan penjelasan menerusi laman media sosialnya. Dia bersetuju bahawa kesihatan merupakan perkara yang perlu diutamakan namun demi memastikan warganet lebih jelas dengan situasi dari pihaknya, beliau berkongsi dua perspektif.
Perspektif yang pertama merupakan pandangan dari dirinya sendiri sebagai seseorang yang obese dan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini, usahawan itu ada berkongsi perjalanan beliau dalam menurunkan berat badan di akaun @amingnaksihat
“Saya still eat clean setiap hari tapi pada masa yang sama, saya turut menikmati makanan Malaysia yang sedap. Makanan kita sedap, rugi kalau tak makan sebenarnya. Cuma kita kena kawal porsi,” ujarnya di laman TikTok.
Manakala perspektif kedua merupakan pandangan dari seorang food content creator.
“Kita boleh kurangkan minyak namun resepi tersebut akan jadi kurang sedap. Kalau kita nak sambal yang sedap, kita kena gunakan minyak yang banyak untuk bagi ianya pecah minyak.
Khairul Aming juga merupakan usahawan berjaya dengan produknya, Sambal Nyet.
Tambah beliau lagi, proses masakan yang ditunjukkan turut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warganet akan kandungan bahan seperti gula dan minyak yang digunakan dalam proses menyediakan sesuatu juadah agar mereka lebih cakna dalam membuat pilihan.
“Kalau saya ubah resepi tu dan kemudian ianya jadi kurang sedap, warganet akan kutuk saya balik. Saya tak boleh menang dalam situasi ini,” tambah beliau lagi.
Akhir kata, usahawan muda itu menekankan bahawa orang ramai perlu mengamalkan konsep suku-suku separuh dalam hidangan untuk memastikan kesihatan terjaga.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Khairul Aming, Shopee