Tiada apa yang lebih menyedihkan saat diuji dengan satu perpisahan abadi. Lebih menyebakkan, di saat akhir seorang suami, isteri tiada di sisi kerana turut terlantar sakit.
Kisah pasangan suami isteri yang sama-sama terlantar di unit rawatan rapi tular di media sosial. Ini kerana kedua-duanya dimasukkan ke unit rawatan rapi selain anak, Fitiya Ariana dua bulan turut diuji dengan masalah kesihatan.
Lebih menyedihkan di saat isteri, Fatin Atikah Munzahit, 26, baru keluar dari ICU ke wad biasa, diberikan, suaminya Aizameen Haqim Abd Razak yang juga pengidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.
Aizameen, 27, dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka. Hal ini disahkan oleh sepupu Fatin, Emmy Farhany Ahmad, 41di fbnya sebentar tadi.
Buat masa ini arwah masih di hospital lagi sementara menunggu untuk dikebumikan.
Ada scammer ambil kesempatan
Dalam pada itu, di fb miliknya, Emmy Farhany menyuarakan rasa kesalnya di atas sikap scmammer yang cuba mengambil kesempatan menyamar sebagai Fatin untuk meminta duit sedangkan Fatin sebenar masih lagi berada di hospital.
Jelas Emmy, ada “setan” menghantar satu pesanan kepadanya dan mengaku sebagai Fatin. Beritahu sudah menukar nombor dan mahu pinjam duit. Alasannya nak buat deposit beli telefon selain Maybank U tak boleh login.
“Hagak-hagak la wei, orang tu kata hospital lagi”, jelas Emmy menyuarakan rasa marahnya.
Masa yang sama Emmy bersyukur di saat scammer itu membuat onar, dia teringat untuk menelefon kakak kepada Fatin iaitu Fedziatul Aziera untuk mengesahkan hal ini.
Bila dimaklumkan yang Fatin tidak pernah menukar nombornya, dan bila dia membuat semakan, ternyata ia adalah nombor scammer.
Ternyata dalam orang diuji dengan kesusahan masih ada lagi insan tidak berhati perut cuba mengambil kesempatan. Memang kerja gila betul. Gambar : Fb Emmy Farhany