Al-Fatihah (dengan bacaan)
Seperti yang dilaporkan pada jam 12.30 malam tadi, Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia di kediaman beliau.
Pada usia 72 tahun, beliau sebelum ini mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.
Malah semalam, tular di media sosial gambar arwah di atas kerusi roda dan memaklumkan diri beliau masih sihat. Namun, takdir Allah menentukan segalanya.
Dalam sejarah karier politik, arwah merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
*
Dalam pada itu, ada beberapa pesanan yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus yang boleh dijadikan pedoman kepada kita semua.
Berikut adalah jadual kehidupan harian yang disusun oleh beliau ketika menjalankan kegiatan dakwah sepanjang hidupnya. Al_Fatihah buat Murobbi Ummah…
“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.” Ustaz Ismail Kamus
Kata Ulama, apabila Allah tidak menghendaki kita lagi :
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
*InshaAllah* Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya. Amin.
#KongsiIlmuBermanfaat