Travel

Pesawat Bawa 100% Penumpang & Kru Wanita Mendarat Di Iran Sempena Tarikh Lahir Puteri Nabi Muhammad

Share

Sebuah syarikat penerbangan Iran mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan khas hanya untuk golongan wanita sahaja.

Memetik laporan agensi berita rasmi IRNA, pesawat Aseman Airlines itu selamat mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Hasheminejad, Mashhad iaitu bandar kedua terbesar di Iran.

Begitupun, laporan tempatan tidak pula mendedahkan lokasi dari mana pesawat itu berlepas.

Pesawat yang diterajui oleh salah seorang juruterbang wanita terawal di Iran, Shahrzad Shams itu membawa 110 penumpang dan kru yang semuanya terdiri daripada wanita.

Disebabkan situasi unik ini, penerbangan itu digelar sebagai penerbangan Iran Banoo yang bermaksud penerbangan Wanita Iran.

Tambah istimewa, perjalanan ke Mashhad itu juga berselisih dengan tarikh kelahiran puteri Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah al-Zahra yang jatuh pada 20 Jamidilakhir bersamaan dengan 22 Disember 2024, Ahad lalu (waktu tempatan).

BACA: Kenapa Umat Islam Dilarang Melancong Ke Kota Al-Ula? – Remaja

Sekadar info, Iran menerusi industri penerbangan semakin terbuka untuk mengiktiraf golongan hawa. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menyaksikan beberapa wanita berkebolehan dilantik menjadi juruterbang di sana walaupun ia masih jarang berlaku.

Juruterbang wanita pertama Iran, Neshat Jahandari bersama suaminya, Farid Shah-Pasandi yang juga berkhidmat sebagai seorang juruterbang di Zagros Airlines.

Paling diingati ialah juruterbang wanita, Neshat Jahandari dan pembantu juruterbangnya, Forouz Firouzi yang mencatat sejarah sebagai pasangan wanita pertama yang menerbangkan pesawat komersi dengan penumpang dalam sejarah negara Iran.

BACA: Cantik & Pantas Bertindak, Juruterbang Wanita Monica Khanna Selamatkan Nyawa 185 Penumpang – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Published by
FZ