Hari yang menyedihkan bagi dunia sukan bola sepak Brazil apabila empat pemain dan juga presiden kelab bola sepak Palmas maut dalam kemalangan udara. Menurut sumber, juruterbang pesawat ringan yang membawa lima ahli kelab bola sepak tersebut turut maut.
Mangsa dikenali sebagai Lucas Meira yang merupakan presiden kelab bola sepak terbabit bersama empat pemain yang dikenali sebagai Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcs Molinari sebenarnya dalam perjalanan menyertai sebuah perlawanan bola sepak domestik di Goiania untuk menentang kelab Vila Nova.
Sedikit fakta tentang kejadian, pesawat ringan tersebut berlepas dan kemudiannya terhempas di penghujung landasan, sehingga kini tiada maklumat lebih lanjut menyatakan sebab pesawat tersebut terhempas dan puncanya masih disiasat.
Sumber: Yahoo Sports
10 Amalan Mampu Selamatkan Kita Dari Neraka, Berdasarkan Hadis Sahih
Isi Kandungan
ToggleBerdasarkan hadis yang sahih, terdapat 10 amalan yang berupaya menjauhkan diri kita dari dibakar ke dalam api neraka yang sangat dahsyat. Amalan-amalan tersebut adalah:
1. Mengucapkan syahadah dengan penuh ikhlas.
Ucapkanlah syahadah setiap hari dengan penuh ikhlas bahkan jadikanlah ia zikir harian kita kerana ia berupaya menjadi pendinding buat diri kita dari neraka Allah.
Sabda Rasulullah:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Tidak ada seorang lelaki yang mengucap Lailaha illah wa anna muhammad Rasulullah dengan penuh ikhlas dan membenarkan dalam hatinya melainkan Allah akan mengharamkan ke atas dirinya neraha. (Sahih al-Bukhari)
2. Berakhlak mulia.
Perbaikilah akhlak kita serta janganlah kita menyakiti yang lain. Kerana akhlak berupaya menjadi pendinding buat diri kita dari dibakar oleh neraka Allah. Sabda Rasulullah:
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ ؟ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ سَهْلٍ
Hendakkah kamu aku beritahu perkara yang menyebabkan dirimu diharamkan dari dibakar oleh neraka? Iaitu setiap orang yang dekat (dengan manusia), lemah lembut, lagi memudahkan.” (HR al-Tirmizi)
3. Melibatkan diri dalam perjuangan di jalan Allah
Mereka yang berjuang sehingga berdebu kakinya kerana mendaulatkan agama Allah, maka Allah akan mengharamkan dirinya dari dibakar neraka Allah:
مَنْ اغْبَرَّتْ قَدَمَاهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang berdebu kakinya dalam jalan Allah, maka Allah mengharamkan dirinya dari neraka.” (Sahih al-Bukhari)
4. Sujud pada Allah dengan penuh penghayatan dan keinsafan.
Sabda Rasulullah:
حَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
“Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud (atau solat yang sempurna). (Muttafaq Alaih)
5. Solat Sunat empat rakaat sebelum dan sesudah Zohor.
Barangsiapa yang menjaga solat sunat 4 rakaat sebelum zohor dan sesudahnya, maka Allah akan menjaga dirinya dari neraka. Sabda Rasulullah:
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
“Barangsiapa yang menjaga (solat sunat) 4 rakaat sebelum zohor dan 4 rakaat selepasnya maka Allah akan mengharamkan dirinya dari neraka. (HR al-Tirmizi)
6. Mengesakan Allah sebelum saat kematian.
Barangsiapa yang berupaya mengucapkan syahadah sebelum kematiannya, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka. Sabda Rasulullah:
مَنْ رُزِقَهُنَّ عِنْدَ مَوْتِهِ لَمْ تَمَسَّهُ النَّارُ
“Barangsiapa yang dikurniakan rezeki (untuk mengucapkan syahadah sebelum kematianya) maka jasadnya tidak akan disentuh api neraka.” (HR Ibn Majah)
7 & 8. Menangis kerana takutkan Allah atau berjaga malam dijalan Allah.
Sabda Rasulullah:
عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga kerana menjaga perjuangan dijalan Allah.” (HR al-Tirmizi)
9. Tidak melihat perkara yang haram.
Dalam riwayat al-Tabrani pula, ada lafaz yang menyebutkan bahawa mata yang tidak melihat perkara yang haramkan akan diselamatkan dari neraka Allah:
“Tiga mata yang tidak akan melihat neraka Allah: dan mata yang menunduk tidak melihat perkara yang diharamkan oleh Allah.” (HR al-Tabrani)
10. Bersabar atas kematian anak.
Ini adalah salah satu amalan yang dikurniakan bagi orang-orang yang terpilih sahaja, iaitu mereka yang bersabar atas kematian anak, maka Allah mengharamkan buat dirinya neraka. Sabda Rasulullah:
“Seorang muslim yang meninggal dunia tiga orang anaknya, maka disentuh oleh api neraka, maka tidak ada baginya kecuali sambil lalu saja.” (HR Muslim)
Semoga Allah membimbing kita.
BACA LAGI : Nadia Brian Jaga Kecantikan Seawal Remaja, Akui Guna Kiub Ais Pada Wajah
Artikel ini diambil dari Kashoorga.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Arwah Ceria Sambut Aidilfitri, Isteri Kongsi Detik Akhir Suami Dilangar Pemandu Mabuk
Isu pemandu mabuk bagaikan tiada kesudahan. Terkini, seorang penyelia di syarikat Alam Flora di Kuantan menjadi mangsa pemandu mabuk dalam kemalangan yang berlaku malam tadi. Selagi tiada penguatkuasaan yang ketat, selagi itulah isu pemandu mabuk akan terus kedengaran.
Dalam pada itu, isteri kepada arwah Herman Kamarudin yang maut akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, berharap suspek kejadian itu menerima hukuman sewajarnya.
Zetti Haryanti Hassan, 42, berkata hukuman itu diharapkan memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan kesalahan serupa, sehingga menyebabkan ada keluarga terpaksa kehilangan orang tersayang dan tulang belakang seperti yang dialaminya.
"Saya dan anak-anak berharap arwah suami akan memperoleh keadilan. Arwah adalah anak, suami dan bapa yang baik serta bertanggungjawab, malah kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga.
"Saya teringat betapa arwah bersungguh-sungguh mahu membeli rumah semasa kami berkahwin pada tahun 2011 untuk memastikan kami mempunyai tempat berteduh yang sempurna," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Suaminya, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu oleh seorang peraih ikan berusia 42 tahun secara melawan arus dalam keadaan mabuk pada kejadian jam 9.20 malam tadi.
Allahyarham Irwan Herman, seorang penyelia di Alam Flora Sdn Bhd sejak tahun 2016, difahamkan dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Isap Perdana di sini untuk ke tempat kerja di Gebeng.
Menurut Zetti Haryanti, sudah menjadi rutin setiap bulan arwah bekerja pada waktu malam mengikut jadual, dan antara tugasan yang perlu dilakukan pada syif tersebut ialah ke depoh syarikat di Gebeng.
"Arwah seperti biasa sebelum bertolak ke tempat kerja. Arwah juga ceria semasa kami menyambut Aidilfitri di rumah ibu bapanya di Taman Guru di sini, walaupun arwah bekerja pada sebelah pagi.
"Cuma, sejak beberapa hari lalu, arwah akan terus tidur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dan saya beranggapan mungkin arwah keletihan," katanya.
Zetti Haryanti berkata beliau akan menjaga dua anaknya berusia lapan dan 14 tahun, termasuk seorang daripada perkahwinan terdahulu arwah, dengan pendapatannya sebagai peniaga.
Menurut beliau, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC, di sini selepas tamat bedah siasat esok kerana pihak hospital perlu melakukan ujian saringan koronavirus (Covid-19) hari ini. -Bernama
“Sorang-Sorang Kena..” Aiman Tino Buka Mulut, Akan Ambil Tindakan Jika..
Isu video lucah yang membabitkan selebriti lelaki tempatan nampaknya semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu apabila aib mereka dibuka untuk tontonan umum.
Terbaru sejak Isnin lalu, sebuah video perlakuan tidak senonoh yang dirakam di dalam sebuah bilik tidur mula hangat diperkatakan apabila tuduhan melulu menjurus ke arah penyanyi remaja, Aiman Tino.
Sejak ia tular menerusi laman media sosial seperti Twitter dan aplikasi WhatsApp, ramai yang berpendapat individu tersebut cukup mirip dengan wajah Aiman Tino. Tambahan pula apabila ramai yang pernah melihat keadaan dinding bilik Aiman di dalam beberapa buah video lamanya – juga mirip dengan dinding bilik tersebut.
Sehari berlalu tanpa kenyataan maklum balas rasmi, Aiman akhirnya bersuara melalui akaun Instagramnya untuk meredakan ketegangan isu ini.
Katanya terlebih dahulu, dia dan pihak pengurusan sedang mencari jalan terbaik untuk memastikan isu ini cepat diselesaikan dan tidak berpanjangan.
”Tindakan undang-undang akan diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula dan membuatkan isu ini berlarutan,” komen penyanyi Ku Rela Dibenci itu.
Walaupun sudah ibarat nasi bertukar menjadi bubur berikutan kesilapan tersebar, Aiman masih merendah diri memohon maaf atas tercetusnya isu memalukan seperti ini.
”Aiman memohon maaf terutamanya kepada semua pihak terutamanya teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan.
“Kepada peminat setia, terima kasih atas sokongan berterusan. Aiman sayang anda semua,” akhirinya.
Sementara itu di ruangan komen Aiman, rata-rata peminat setianya berharap agar dia tenanh, bersabar dan yakin dengan sokongan berterusan peminat.
Sebelum ini, beberapa lagi selebriti lelaki terpalit dengan isu video tidak senonoh tersebar termasuklah Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Idris Khan dan Ammar Affandi.