Sebuah pesawat ringan dipercayai terhempas di kawasan kampung sekitar Kapar, Klang. Kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Selain itu, menurut pengguna TikTok @annaimkamal, terdapat serpihan komponen pesawat tersebut masih melayang di udara selepas terhempas.

ARTIKEL BERKAITAN:  ‘Highway’ Semakin Sesak, Azhar Sulaiman Saran Anak-Anak Cari Pasangan Yang Menetap Di Kuala Lumpur

IKLAN
Pesawat Ringan Terhempas Di Klang, Serpihan Masih Bertebangan Di Udara
sumber: Kosmo!

“Baru berlaku kapal terbang meletup di udara dan terhempas, di kawasan Tok Muda. Serpihan letupan masih bertebangan di udara,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pesawat Ringan Terhempas Di Klang, Serpihan Masih Bertebangan Di Udara
Sumber: Harian Metro

Sebelum ini, beberapa rakaman video tular memaparkan bangkai pesawat terhempas di sebuah kawasan kebun dimuat naik beberapa individu di media sosial.

IKLAN

Berdasarkan video berkenaan, saksi mendakwa pesawat itu berkecai di udara sebelum jatuh terhempas.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan berhubung kenyataan berkenaan.

IKLAN

SUMBER: Tiktok & Harian Metro

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI