Malah kini, pertandingan yang melibatkan peserta lelaki juga semakin menjadi perhatian sedunia.
Harapan besar Malaysia kini berada di bahu Danial Hansen yang sedang bersiap sedia mewakili negara ke Mr Tourism World 2020. Dijadualkan akan berlangsung pada Januari 2020 di Malta, Danial yang kini berusia 24 tahun berkata pertandingan ini bukan saja mementingkan paras rupa.
Malah kini, kriteria ilmu pengetahuan dan personaliti menarik juga penting bagi menyakinkan juri.
“Di atas pentas kelak, saya tiada masa untuk teragak-agak kerana di situlah faktor kebijaksanaan dan personaliti saya bakal teruji.
“Sebagai contoh, kini saya sedang mendalami subjek pelancongan yang berkait rapat dengan Mr Tourism
“Saya juga sedang giatkan lagi latihan di gym bagi mendapatkan berat badan ideal secara natural. Sepanjang 4 tahun ini, latihan saya dipantau rapat oleh ayah saya yang juga merupakan jurulatih. Hasil displin ini memang menunjukkan impak.
“Jadi kini saya sedang teruskan latihan selama 6 kali seminggu, 2 jam bagi setiap sesi,” kata Danial yang menolak penggunaan steroid kerana takutkan kesan jangka panjang.
Kini seperti peserta lain di Mister Tourism memerlukan sokongan korang untuk mengundinya bagi pertandingan ini.
Kategori ‘The World Choice Award’ ini memberi peluang untuk Danial mendapatkan tiket fast track ke pusingan seterusnya semasa finale Mister Tourism pada 11 Januari kelak.
Cara adalah dengan melawat Facebook & Instagram Mister Tourism World Official dan berikan like sebanyak yang mungkin di foto Danial (seperti di atas). Senang kan?
All the best kepada Danial!