Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 36 masih lagi terasa dan tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah kerana berjaya menjadi juara menerusi lagu Pelukan Angkasa.
Namun begitu, ada satu berita kurang baik yang diterima kerana polis telah mengesan tindakan sekumpulan indivisu berpelukan pada malam itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Menurut Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita. Pihak polis sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.
Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.
Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)