
Sesudah memasuki enam hari dalam keadaan koma di Hospital Putrajaya, penyanyi Alessandra Dianne Ampuria atau lebih dikenali sebagai Sandra Dianne telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 September 2020.
Sandra, 25 merupakan salah seorang peserta program Big Stage 2020 yang sedang berlangsung di saluran Astro Ria HD.
Pada hari raptai konsert keempat minggu lalu, Sandra dan sepupunya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke lokasi di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Impak daripada kemalangan tersebut, Sandra dilaporkan tidak sedarkan diri setelah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Artikel Berkaitan: Kereta Sandra Dianne Remuk Teruk
REMAJA masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak penganjur dan pengurus saluran Astro Ria, Puan Emarina Kamal.
Kami ucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarhamah Sandra Dianne. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Wanita Terjatuh Apartmen Di New York Dikenal Pasti Sebagai Miss USA 2019, Cheslie Kryst

Kelibat seorang wanita yang melompat dari bangunan apartmen di Midtown, New York City pada hari ini telah dikenal pasti sebagai pemenang Miss USA 2019, Cheslie Kryst.
Cheslie yang juga merupakan seorang graduan jurusan undang-undang berusia 30 tahun dan pernah berkhidmat sebagai seorang peguam sebelum memenangi pertandingan ratu cantik Miss USA 2019 ditemui maut di persimpangan 350 W. 42nd St. bersebelahan bangunan apartmen mewah ‘Orion’ setinggi 60 tingkat sekitar jam 7.15 pagi, waktu tempatan.
Lebih menyayatkan hati adalah apabila Cheslie sempat memuat naik status di akaun Instagram-nya yang berbunyi, “Semoga hari ini akan memberikan anda ketenangan dan waktu rehat,” hanya beberapa detik sebelum dia mengambil keputusan drastik itu.
Menurut laporan yang diterima setakat ini, Cheslie berseorangan diri sewaktu dia melompat dan kali terakhir dia ditemui oleh seseorang sebelum maut adalah sewaktu dia berada di kawasan teres luar bangunan di aras 29 bangunan itu.
Sumber terdekat jumpa memberitahu Cheslie telah meninggalkan nota untuk memaklumkan bahawa dia ingin meninggalkan segala aset serta barangannya kepada ibunya – yang juga pernah bergelar peserta pertandingan ratu cantik Mrs North Carolina pada tahun 2002.
Bagaimanapun, nota tersebut tidak pula menyebut motif di sebalik perbuatannya.
Untuk pengetahuan, setelah Cheslie mewakili Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe 2019 di Atlanta dan memperolehi kedudukan 10 peserta terbaik, dia telahpun menerima tawaran sebagai seorang wartawan penyiaran hiburan untuk ExtraTV.
Cheslie juga merupakan wajah sinonim dengan dua edisi pertandingan Miss Universe pada tahun 2020 dan 2021.

Pada tahun 2020, dia telah menjadi hos sampingan bersama-sama dua juara Miss Universe iaitu Paulina Vega dan Demi-Leigh Tebow. Kemudian pada edisi 2021 yang baru saja dilangsungkan pada bulan November lalu, Cheslie telah dijemput sebagai juri peringkat preliminary Miss Universe 2021 sebelum ditugaskan sebagai hos sampingan bersama Carson Kressley.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia Antara Negara Terbaik Tangani Covid-19, Rupanya “Pak Ngah Hisham” Ikut Cara Ilmuan Islam Ini

Sebagaimana kita tahu, Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik Covid-19. Wow bangga tak?
Mana tak bangga, negara-negara yang dikatakan maju tu pun tak mampu tangani pandemik Covid-19 seperti yang dilakukan oleh Malaysia.
Terima kasih semua frontliner…
Tapi sebenarnya, ada ‘rahsia’ yang digunakan oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Ngah Hisham’ lakukan tapi negara-negara lain tak buat.
“Makcik Gelang Pink” Sah Positif COVID-19! Kini Sedang Terima Rawatan Di Hospital
Baru-baru ini, ‘Pak Ngah Hisham’ berkongsikan satu petikan filem yang dihasilkan pada tahun 1968 yang menceritakan mengenai kisah Ibnu Sina.
Klip pendek filem tersebut yang turut dibincangkan dalam buku tulisannya yang bertajuk The Canon of Medicine memaparkan babak di mana Ibnu Sina menasihati supaya penduduk pada zaman tersebut mencuci tangan dengan menggunakan cuka, menukar kepada pakaian yang bersih selain daripada menyapa tanpa melakukan sentuhan sebagai langkah mengelakkan wabak berjangkit sehingga boleh menyebabkan kematian.
Kaedah pencegahan yang diguna pakai KKM selari dan menepati kaedah tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina pada 10 abad (1,000 tahun) yang lalu semasa mendedahkan mengenai sifat wabak.
Malah dalam filem itu juga, penduduk diminta agar tidak panik, menjauhi mereka yang sakit, mengelakkan diri daripada berkumpul beramai-ramai kerana wabak boleh disebarkan melalui bakteria kecil selain daripada arahan penutupan kedai dan masjid bagi sementara waktu.
The Canon of Medicine merupakan sebuah ensklopedia besar yang menyentuh secara menyeluruh mengenai perubatan. Buku yang mempunyai sejuta patah perkataan ini dibahagikan kepada lima bahagian (buku):
- Prinsip Am Amalan Perubatan – prinsip am perubatan
- Rawatan Ringkas – ubat-ubatan ringkas dan bahan pengubatan
- Penyakit Setempat – rawata terapi yang disusun mengikut bahagian yang sakit
- Penyakit Am – penyakit yang tidak terhad kepada bahagian tubuh tertentu seperti demam
- Pengubatan Campuran – resipi pengubatan atau ubat-ubat campuran
Selari dengan langkah KKM dengan kerjasama kerajaan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19 menyaksikan sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali sektor-sektor yang berkepentingan seperti kesihatan dan makanan.
So korang jangan la degil dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sebab bukan suka-suka dorang laksanakan sesuatu arahan melainkan untuk kebaikan semua!
“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”.
Surah al-Isra’: 82:
Resepi Sos Steamboat Ala Sukiya, Boleh Buat Sendiri & Makan Di Rumah

Kalau sebut pasal barbeku (BBQ) steamboat, pasti anda sudah terbayang makan panas-panas dan berasap serta bau daging yang menyelerakan betul tak?
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Ayam Bakar Ala Thai Siap Dengan Sos Pedas, Memang Sedap!
Lagi sedap cicah dengan sos ‘favourite’ dia…Fuhhhh
Tapi, rupanya nak buat sos sukiya ni semudah ABC saja. Yang penting kena ada Kewpie Roasted Sesame Dressing baru jadi.
Bahan-bahan:
-2 sudu bawang putih
-2 sudu daun ketumbar
-2 sudu daun bawang
-2 sudu cili padi
-Kewpie Roasted Sesame
Cara-caranya:
1.Cincang kesemua bahan ini secara halus-halus.
2.Gabungkan bawang putih, daun ketumbar, daun bawang dan cili padi yang sudah ditumbuk hancur.
3.Akhir sekali, tuang sos Kewpie Roasted Sesame dan pastikan bahan-bahan cincang tadi dah bersalut.
4.Kalau anda nak tambah minyak bijan pun boleh kerana akan memberikan aroma. Malah, ada juga yang tambah chili oil di atas sos ini.
5.Siap! Boleh dijadikan pencicah kepada makanan steamboat seperti hirisan daging dan kambing.
Boleh la menikmati BBQ steamboat bersama keluarga atau kawan-kawan, lagi seronok nak makan tanpa henti pun boleh sebab dekat rumah sendiri kan. Say yes to buffet!
BACA LAGI : Model Transgender “Paling Cantik” Dilarang Masuk Dubai Kerana Pasport Lelaki, Ini Fotonya!
Sumber: MasakwithMeen
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.