
Malang tidak berbau, itulah yang terjadi kepada peserta rancangan nyanyian realiti yang menampilkan BBNU, Big Stage musim ke-3 ini.
Menurut laporan Mstar, Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan dan ia disahkan sendiri oleh wakil syarikat rakaman Sony Music berhubung perkara ini.
Buat masa ini (ketika laporan) Dianne masih berada di dalam wad kecemasan dan belum ada apa-apa keputusan dari doktor yang merawat di Hospital Putrajaya.

Sandra masih lagi antara finalis yang menruskan cabaran ke minggu seterusnya di Big Satge yang masih berlangsung di PICC, Putrajaya.
Pihak Remaja mendoakan agar Sandra cepat sembuh seperti sedia kala dan segalanya dipermudahkan.
Sumber: MStar
40 Tahun Di Malaysia, Hot Wheels Bakal ‘Release’ Proton Saga Model Pertama

Hot Wheels bukanlah nama kecil dalam kalangan peminat dunia automotif. Tanya sajalah pada mana-mana pencinta kereta, tentunya mereka ada mengumpul koleksi model kereta mini.
ARTIKEL BERKAITAN : Lain Macam Proton Suprima S Ini Diolah Juruteknik Treler Malaysia Sampai Hot Wheels® Tertarik
Untuk pengetahuan korang rupanya Mattel Inc iaitu pengeluar kereta mainan Hot Wheels sudah menapak 40 tahun lamanya di Malaysia.
Bersempena ulang tahun ini, Mattel Inc, mengumumkan kerjasama dengan jenama kereta Malaysia iaitu Proton untuk menghasilkan model skala 1:64 Proton Saga 1985 yang merupakan kereta nasional pertama negara.

Model Proton telah menjadi lambang kebanggaan negara sejak dari tahun 80-an lagi dengan model pertamanya Proton Saga. Pertama kali ia dilancarkan pada tahun 1985, model Proton Saga telah mula dieksport ke pasaran luar negara, khususnya United Kingdom (UK) pada Mac 1989.
Menurut New Straits Times, Presiden dan Ketua Pegawai Komersil Mattel Inc, Steve Totzke berkata kolaborasi itu adalah untuk memperingati ulang tahun ke-40 syarikat permainan tersebut di Malaysia.
Menurut Totzke, Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sudah pastinya ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara ini yang membolehkan rakyatnya memiliki kereta.

Selain itu, Hot Wheels model Proton Saga itu dijangka bakal menembusi pasaran seluruh dunia menjelang akhir 2023.
BACA : Lelaki Arab Bersama Proton Wira Jadi Tumpuan Netizen, Terutamanya Peminat Kereta Tempatan
Peminat dan pengumpul Hot Wheels wajib ada koleksi kereta kebanggaan rakyat Malaysia ni!
Sumber Foto : Twitter Twitter @Myrulee_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pawagam Di Seluruh Kawasan PKP 3.0 Ditutup Bermula Hari Ini

Isi Kandungan
ToggleBaru sahaja beberapa bulan pawagam dibenarkan untuk beroperasi, kini pengusaha panggung wayang sekali lagi mengalami kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi gara-gara PKP 3.0.
Pihak TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas (GSC) telah pun mengeluarkan kenyataan di media sosial rasmi mereka dengan menyenaraikan lokasi-lokasi pawagam yang dihentikan operasi bermula 6 dan 7 Mei 2021.
Berikut adalah antara cawangan pawagam yang terlibat:
TGV Cinemas
• TGV Jaya
• TGV Dpulze
• TGV 1 Utama
• TGV Rawang
• TGV Central I-City
• TGV Sunway Pyramid
• TGV Mines
• TGV Bukit Raja
• TGV Setiawalk
• TGV Bukit Tinggi
• TGV Encorp Strand
• TGV Cheras Selatan

GSC
• GSC 1 Utama
• GSC 3 Damansara
• GSC Paradigm Mall PJ
• GSC IOI Puchong
• GSC Summit USJ
• GSC Setia City Mall
• GSC Klang Parade Mall
• GSC Melawati Mall
• GSC IOI City Mall
• GSC Mid Valley KL
• GSC Ekocheras
• GSC Mytown
• GSC Nu Sentral
• GSC Quill City Mall
• GSC Paradigm Mall JB
• GSC Southkey JB
• Aurum The Gardens Mall KL
• Aurum Southkey JB

Walau bagaimanapun, pihak TGV menjelaskan masih ada cawagan mereka yang dibenarkan beroperasi, termasuklah di cawangan-cawangan berikut:
• TGV Mesra Mall
• TGV Kinta City
• TGV Station 18
• TGV Klebang
• TGV Taiping
• TGV Seri Manjung
• TGV Seremban 2
• TGV 1st Avenue
• TGV Bukit Mertajam
• TGV Gurney Paragon
Namun, pihak TGV masih belum memaklumkan tentang operasi di sekitar Kuala Lumpur. Tapi, kalau ikutkan SOP yang telah ditetapkan memang pawagam tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.
Hm, sabarlah okay korang. Sama-samalah kita berdoa agar PKP kali ini dapat mengurangkan kes positif COVID-19 dan kitab oleh selepas ini kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Kenapa PM Tak Pakai Gelang Pink Dalam Perutusan Khas Semalam Walau Dikuarantin? Ini Sebabnya

Isi Kandungan
ToggleSemalam telah diadakan perutusan khas mengenai COVID-19. Selepas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham mengumumkan jumlah pesakit positif mencecah 691 orang pada jam 5.30 petang dengan empat kematian, tiga giliran Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khas mengenai COVID-19 dari kediaman beliau semalam.
Ramai ternanti-nantikan apakah perutusan yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri terutama jumlah mereka yang positif coronavirus ini terus meningkat dari masa ke semasa. Mengakui piliharaya Sabah antara sebab mengapa virus ini terus melonjakkan bilangan mereka yang positif, PM memaklumkan piliharaya terpaksa diadakan kerana ia perlu diadakan seperti dijadualkan mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan wabak Covid-19 tidak merebak ketika pilihan raya diadakan, malangnya ada yang tidak dipatuhi.
"Misalnya penjarakan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakan sosial agak kurang dipatuhi.
Jemaah Menteri semua kena kuarantin
Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin memaklumkan tiada double standard dalam isu kuarantin di rumah. Dalam perutusan khas semalam, beliau memaklumkan, bersama-sama dirinya yang dikehendaki menjalani kuarantin di rumah ialah tujuh Menteri dan enam Timbalan Menteri.
"Kesemua mereka ini juga tidak terkecuali daripada mematuhi arahan kuarantin, mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka ingkar," kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin menegaskan kerajaan tidak ada double standard dalam perlaksanaan arahan kuarantin kepada rakyat di negara ini, tanpa mengira pangkat dan darjat.
"Saya sendiri pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah setelah saya mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri oleh seorang menteri yang disahkan positif Covid-19.
Habis kenapa PM tak pakai gelang pink? Ini jawapan dari pejabat Jabatan Perdana Menteri
Merujuk isu permakaian gelang pengawasan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, adalah dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kemeneterian Kesihatan Malaysia.
Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pda 5 Oktober 2020, YAB Perdana Menteri dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri (self health monitoring) di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. Sehubungan itu, beliau tidak dikehendaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan.
Justeru itu, dakwaan YAB Perdana Menteri melangfar arah KKM adalah tidak benar.
Untuk makluman, keputusan ujian saringan pengesanan COVID-19 yang dilakukan pada 5 Oktober 2020 ke atas PM adalah negetif pada 6 Oktober 2020. Selain itu beliau juga telah melakukan tiga ujian pengesanan COVID-19 dalam temph tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September 2020 dan didapati negetif.
YAB Perdana Menteri walau bagaimana pun dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut.
Setakat ini keadaan kesihatan PM adalah baik. Walau pun begitu, beliau akan terus melakukan kuarantin kendiri sehingga selesai tempoh 14 hari yang ditetapkan oleh KKM.