Bukan mudah untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan menjadi sebahagian daripada peserta akhir Top 12 Dewi Remaja.
Pada edisi ke-11 pada tahun ini, ia kembali berulang apabila hari ini menjadi tarikh penting yang menentukan siapakan 12 orang peserta Dewi Remaja 2019 yang akan terpilih.
Setelah beberapa minggu bersama kru produksi dan pihak penganjur, mereka telah dinilai sejak sesi ujibakat hinggalah ke task yang diberikan.
Jom lihat siapakah 20 orang peserta yang menyimpan seribu harapan dan apa kata-kata terakhir mereka.
Syamira Izzati
Debaran semakin terasa. Doakan Mira dan Dewi yang lain ya. InshaAllah, siapa pun yang bakal terpilih, we know we have done our best.
Aishah Azhan
Saya nak ucapkan terima kasih kepada penganjur, kru yang terlibat & Dewi Top 20 yang lain. Walaupun sebenarnya baru beberapa kali berjumpa, semua orang best.
Apa pun yang akan terjadi, saya panjatkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kerana telah membuatkan pengalaman saya setakat ini bersama Dewi Remaja 2019 pengalaman yang sangat menarik & berharga.
Farzana
Praying for the best to all the Dewis. Remember that all of you are always the best and let’s do this together again! Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk kami semua selari dengan niat yang betul.
Shahirah Sazali
Saya bukan seorang pelajar Diploma atau mempunyai ijazah tetapi saya hanyalah seorang pemandu GRAB. Adakah seorang pemandu GRAB layak untuk dipilih sebagai finalis top 12 Dewi Remaja 2019 ataupun menjadi penghalang?
Hidatul Hikmah
So nervous but I will always believe in rezeki Allah & fate. If it is meant for me then it will. Even if it is not I am still proud of how far I’ve made it and stepped out from my comfort zone.
Thank you Majalah Remaja, could not feel more honoured and blessed for the opportunity.
To all Dewis, it is not easy but we have made it this far. All the best my beautiful girls and see you all today.
Ads
Clara James
I have been so nervous about this (guess we’re always so concerned and worried about things we love).
Whatever it is, just wanna let you all know that I have been doing my best (though not perfect) in everything I do for the betterment of myself and others. I’m beyond grateful for all the existing blessings and more to come.
Nynaa Harizal
To be honest, nervous and excitement are the same sensation. So girls, stop saying that you are ‘nervous’ and start saying you are ‘excited’ for something new! Good Luck to all Dewi.
Saidah Kamarudin
Apa-apa pun keputusannya, saya sangat bersyukur mempunyai keluarga dan rakan yang tak henti-henti memberikan sokongan kepada saya sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini. And to other Dewis, all the best and can’t wait to meet you girls!
Majalah Remaja isu Okt-Dis 2019. Kini di pasaran!
Dian Fernandez Azmi
First of all, I just want to thank everyone who have supported me up to this stage. I am grateful for everything and I appreciate all the prayers and wishes from all of you.
Thank you to my sister for giving strength and advices, listening to all my rants.
I also want to thank Majalah Remaja for this opportunity, I have had amazing experiences with all the Dewis and the team.
Nina Amin
Praying for the best! And to my Dewis, know that you all are amazing and I can’t wait to see you. We are in this together.
Ads
Syaza Azra
My butterflies are shaking! May Allah ease everything and thank you for your support guys.
Farhanabila
The results of my sleepless nights will be out tomorrow! I am so excited yet fidgety about this, I hope the outcome is positive. Thank you so much for your endless support and doa.
Myra Natasha
Sangat bersyukur atas semua peluang yang telah diberikan kepada Myra and harap-harap segala urusan dipermudahkan esok.
Nina Ariff
As nerve-wrecking as it may be, I am truly blessed to have made it this far. Alhamdulillah.
Regardless of the outcome tomorrow, I’m beyond grateful already. InsyaAllah if ada rezeki, and if its meant to be, it will be!
Ads
Aini Sophie
Time is ticking down #supernervous! Im praying the best for all the Top 20s.
Adriana Ghafar
Who is excited for today? Cause i am!
Thank you for the one who always support me along the way. I am more than grateful to be here in this journey. Goodluck also to all Dewis.
Aina Shuada
Bismillah. Terima kasih kepada semua yang sokong Aina dari dulu sampai sekarang. Semoga berjaya kepada rakan rakan seperjuangan Aina yang lain.
Sharlina Gilbert
It’s happening real soon guys. Hoping & praying for the best, and to all the other girls as well.
To those of you who have been supporting me, saya hargai sangat-sangat!
Shatirah Amanda
Debaran makin terasa, I can feel the heat.
Alhamdullilah semoga semuanya berjalan dengan lancar and to those yang menyokong saya from the beginning or even just started I would love to say Thank You from the bottom of my heart and I hope for your never ending support till the end.
Shaza Bae
Bismillah. Keeping it lowkey, leaving it all to the Almighty.
Doakan untuk Shaza!
*
Nantikan siaran langsung pengumuman ini di Facebook & Instagram Majalah Remaja bermula jam 3.30 petang ini.
Good luck Dewi!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mixed Martial Arts (MMA) antara sukan seni pertahanan diri yang popular pada hari ini. Bukan saja lelaki, dah ramai juga kaum wanita yang turut menceburi sukan lasak ini.
Ramai di antara kita yang mungkin sudah pernah belajar seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando atau karate sejak dibangku sekolah lagi, tapi tidak pernah mencuba sukan MMA.
MMA bukan hanya pertarungan semata-mata, ia juga seni mempertahan diri yang memerlukan semangat, disiplin, kerja keras, fokus dan kesabaran.
Bagi Sherin Amiri selaku pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 18/19, sebagai seorang wanita kita perlu ada sekurang-kurangnya basic seni mempertahankan diri untuk melindungi diri sendiri sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
“Alhamdulillah, saya memang dah ada basic dalam kickboxing dan Muay Thai. Jadi, dah tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu perkara yang berbeza bagi menambah lagi ilmu yang ada,”
“Tak dinafikan, perempuan perlu ada self protection, jadi kalau nak berlawan dengan lelaki pun nanti senang. Hehe! Sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku. Lebih-lebih kepada kaum wanita. Mungkin lelaki menganggap perempuan ni kaum yang lemah, so kita kena buktikan kepada mereka yang kita tidak boleh diperlekehkan begitu saja,” jelas Sherin.
Beri kesedaran
Paling penting sekali, seni mempertahankan diri ini diajar untuk mempersiapkan kaum wanita supaya diberi perlindungan dan menjaga keselamatan. Bukan untuk ambil kesempatan terhadap orang lain, tapi bagi manfaat kepada diri sendiri.
Baru-baru ini, Sherin dan Safwan Nazri, finalis Hero Remaja 2017 dilihat sangat aktif mempromosikan MMA di laman Instagram mereka. Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai.
“Sebenarnya kami berdua ingin memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana akan kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri. Bagi Sherin yang sebelum ini memang dah ada basic, saya nak brush up skills yang ada dan untuk Safwan sendiri, dia nak cabar diri melakukan sesuatu yang baru,”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, Pencarian Dewi Remaja 2018/19 bakal sampai ke kemuncaknya pada malam Ahad ini.
Debaran yang dinantikan oleh Top 5 finalis yang memasang impian mengikut jejak Neelofa, Scha Al-Yahya, Raysha Rizrose dan ramai lagi pemenang Dewi Remajasemakin dirasai.
Kami di team REMAJA juga tidak terkecuali daripada merasai debarannya. Segala persiapan rapi telah dilakukan dan menunggu detik untuk kami memlilih siapakah yang akan menyandang gelaran tersebut.
Tetapi, bukan gelaran juara saja yang akan diberikan pada malam esok tau!
Agak-agak apakah gelaran Dewi yang sesuai dengan personaliti korang berdasarkan kuiz di bawah?
Jangan lupa untuk saksikan malam FINALE DEWI REMAJA 2018/2019 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula jam 10.30pm. Tapi sebelum itu, SAKSIKAN LIVE RED CARPET pada jam 9.30pm – 10.30pm kerana kami akan menemu ramah finalis dan alumni Dewi Remaja serta Hero Remaja terdahulu!
#dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan solekannya yang tebal, tetapi ketahanan kulit wajah mereka.
Semakin lama, semakin sengit persaingan di antara finalis yang masih meneruskan cabaran dalam pencarian Dewi Remaja 2022.
Bezanya pencarian ini daripada pertandingan-pertandingan lain adalah dari aspek penilaian keseluruhan seseorang individu tersebut. Mereka harus memiliki kredibiliti secara overall package dan bukannya dinilai dari paras luaran sahaja.
Seorang Dewi Remaja yang dilantik haruslah memiliki persona dan aura yang mampu membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya.
Justeru, amat penting bagi 15 finalis Dewi Remaja pada episod empat kali ini untuk menguasai skil komunikasi yang baik agar mereka tidak kekok apabila berhadapan dengan pelbagai pihak setelah bergelar selebriti pada masa akan datang.
15 finalis mendapat tunjuk ajar daripada penyampai radio dan hos, Keanu Azman.
Finalis dibahagikan kepada 5 buah kumpulan bagi mempersiapkan diri masing-masing dengan topik yang diberi.
Kali ini, 15 orang finalis bertuah kerana mendapat peluang mencedok cara-cara penyampaian diri daripada personaliti berbakat tempatan, Keanu Azman sebelum mereka memulakan cabaran.
Harus diingat juga, pada peringkat ini finalis sudah perlu memikirkan apakah ‘jenama’ yang bersesuaian dengan identiti diri masing-masing. Apakah misi jangka panjang dan di manakah mereka ingin posisikan diri?
Keanu seterusnya mempersiapkan diri finalis yang dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Masing-masing perlu pantas menggarap topik kebudayaan dan sejarah di sebalik identiti diri mereka.
Bertempat di sekitar kawasan Kuala Lumpur, finalis bukan saja perlu mempersiapkan diri dari segi kecerdasan mental tetapi juga fizikal. Iyalah, namanya pun finalis Dewi Remaja kan.. imej ketika berucap amatlah penting sebagai faktor penarik kepada seseorang itu.
Dengan imej yang presentable, finalis sendiri akan merasa lebih yakin dan mudah ‘menebalkan muka’ di hadapan orang ramai.
Sebelum memulakan cabaran, finalis menguasai lebih keyakinan apabila mereka mengamalkan dahulu minuman Kinohimitsu Snow Activ. Minuman yang didatangkan dalam bentuk sachet ini memberikan lebih perlindungan kepada kulit finalis sewaktu berada di bawah terik matahari. Malah, ia juga mampu mempertahankan kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) yang merbahaya dan menghalang pembentukan melanin serta melambatkan proses penuaan.
Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka juga tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing masing-masing!
Sekiranya anda sedang tercari-cari formulasi pemutihan yang selamat dan berkesan apabila diambil secara konsisten, Kinohimitsu Snow Activ juga menawarkan semua itu.
Ia diperkaya dengan tujuh bahan aktif untuk mencerahkan keseluruhan tubuh termasuklah bahagian hiperpigmentasi ‘degil’ seperti di garis leher, garis bawah payudara, ketiak, siku, lutut dan peha
Campurkan satu paket Kinohimitsu Snow Activ dengan 80ml air dan ambilnya sebelum sarapan pagi.
Kami yakin, 15 finalis yang masih bertanding pada episod keempat minggu ini akan memberikan yang terbaik di hadapan para juri. Get ready girls! Serlahkan identiti dan personaliti ketika berucap nanti ya.
Jangan lupa untuk terus menonton setiap episod program Dewi Remaja 2022 dan IMBAS Kod QR pada skrin bagi mendapatkan Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani atau Snow Activ pada harga RM30 SAHAJA. Promosi ini hanya terhad sewaktu program berlangsung dari 9 malam hingga 12 tengah malam, setiap Sabtu sewaktu program Dewi Remaja 2022 ditayangkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahi lembu mungkin kedengaran seperti sesuatu yang kotor dan tidak berguna, tetapi di India, ia bakal menjadi sumber tenaga yang menggerakkan kereta sejauh 5,500...