Dominasi peserta berpengalaman, Liza Aziz dalam persaingan program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 sememangnya dapat dilihat apabila beliau muncul sebagai peserta paling banyak memenangi saingan mingguannya, setakat ini.
Namun bagi Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap program, kehadiran Liza Aziz tidak seharusnya dijadikan sebagai ‘pembunuh semangat’ dalam kalangan peserta yang lain dalam memberi saingan sehingga ke peringkat finale kelak.
Bercakap pada minggu kelapan program, kata-kata Syafinaz itu terbukti benar apabila kumpulan dari Indonesia, The Lima muncul sebagai pemenang minggu ini selepas mengutip 74.40 peratus manakala Liza Aziz berada di tangga kedua dengan 74.00 peratus.
Tidak kurang hebatnya ialah Ning Baizura yang juga berada di kelompok peserta terbaik dengan 73.60 peratus.
“Saya rasa semua orang takut sangat dengan Liza Aziz. Kita tahu beliau penyanyi yang bagus tetapi tidak bermakna peserta lain tidak boleh beri persaingan.”
“Mula-mula, peserta lain macam ‘nak pergi’ (berikan saingan) tetapi kemudian mereka ‘tarik break’ dan berhati-hati untuk tidak membuat kesalahan. Jadi saya hendak memberi semangat supaya peserta lain percaya mereka boleh lakukannya.
“Mengikut markah, Liza memang pernah tinggi tetapi malam ini membuktikan ada orang lain boleh berada di atas Liza. Jadi, janganlah takut.
“Lupakan tentang Liza Aziz dan fokus pada diri sendiri. Anybody can be the winner.”
“Semuanya berbalik kepada strategi, stamina dan persembahan peserta pada minggu tersebut. Malam ini, The Lima did very well. Malah, Ning Baizura did very well. Ada harapan untuk berada di hadapan Liza Aziz,” ujarnya.
Selepas persembahan terakhir malam tadi oleh Sheila Abdull yang membawakan medley Bunga-Bunga Cinta dan Dedebu Cinta nyanyian asal Misha Omar, Syafinaz bertanyakan soalan cepumas mengenai pesaingan terdekat Sheila.
Memahami Sheila ialah salah satu peserta GV kali ini yang boleh memberi saingan kepada Liza, Syafinaz berharap Sheila dan beberapa peserta lain untuk ‘tekan minyak’ dan buang perasaan takut untuk bersaing tadi.
Di minggu kelapan GV-11, Arrora Salwa telah meninggalkan pentas persaingan selepas sekadar mengutip 55.20 peratus.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.