Platform media sosial Indonesia hangat membicarakan majlis perkahwinan anak lelaki termuda Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang diraikan dengan penuh berprestij.
Presiden Jokowi dikhabarkan gembira menerima kehadiran menantu baharu setelah anaknya, Kae Sang Pangarep selamat disatukan dengan gadis pilihan, Erina Sofia Gudono.
Kedua-dua pihak keluarga meneruskan adat tradisi perkahwinan di Indonesia yang dilaksanakan dengan penuh teliti dan memakan masa berhari-hari.
Dalam hantaran di media sosial, Presiden Jokowi melahirkan kesyukuran setelah segala majlis berjalan dengan lancar.
Beliau turut memohon maaf di atas gangguan trafik yang berlaku akibat penutupan beberapa jalan raya di sana bagi majlis perkahwinan tersebut.
Sedikit info mengenai pasangan bahagia ini; Kae Sang, 27 merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan mempunyai pengikut yang agak ramai di media sosial.
Sebagai anak kepada Presiden Indonesia, Kae Sang tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam arena politik seperti yang dilakukan oleh abang sulungnya, Ghibran Rakabuming (Datuk Bandar Solo) serta abang iparnya, Bobby Nasution (Datuk Bandar Medan).
Sebaliknya, minat Kae Sang lebih terarah kepada bidang perniagaan makanan yang dinamakannya Sang Pisang dan juga bergelar personaliti YouTuber.
Ads
Isteri pilihan Kae Sang merangkap menantu Presiden Indonesia Joko Widodo ini juga bukan calang-calang latar belakangnya.
Erina Sofia Gunado, 25 berasal daripada keluarga ternama dan adalah anak ketiga pasangan Profesor Dr. Muhammad Gudono dan Dr. Sofiatun Gudono.
Kini, Erina berkhidmat sebagai seorang penganalisa kewangan di bank pelaburan JP Morgan cawangan Jakarta.
Sebelum memulakan kerjayanya itu, Erina juga pernah mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik Puteri Indonesia 2022 dan berjaya menamatkan saingan dalam kedudukan Top 11.
Ketika bertanding, Erina yang mewakili Yogyakarta merupakan salah seorang peserta yang disebut-sebut mampu meraih kejuaraan. Ini kerana Erina bukan sekadar bersandarkan kepada kecantikan rupa paras tetapi juga kebijaksanaan.
Sebagai graduan jurusan Pengurusan Kewangan di peringkat sarjana muda dan jurusan Pentadbiran Awam di peringkat sarjana dari Columbia University di Amerika Syarikat, kebolehan Erina menguasai pelbagai bidang ini dicemburui ramai.
Ia juga membuatkan Erina sebagai calon ideal buat Kaesang serta keluarga Presiden Jokowi. She knows her mathematics, strategies and administration!
Ramai benar pasangan yang menjadikan bulan Disember sebagai tarikh keramat untuk mengikat tali perkahwinan ya.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan majlis akad nikah di antara atlet kebangsaan, Datuk Abdul Latif Romly dan pasangannya, Datin Nabila Farhana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan komposer terkenal, Amylea Azizan kini bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad.
Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.
Dalam majlis secara tertutup, penyanyi lagu popular Tetap Kamu itu menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung serta hantaran bernilai RM8,888.
Selain itu, Amylea menerusi kenyataan media bersyukur kini bergelar isteri. Katanya, tanpa disangka perkenalan secara singkat itu berakhir ke jenjang pelamin.
“Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perkenalan saya dengan suami bermula dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu.
“Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya. Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya,” katanya.
Sempena pernikahan, penyanyi berusia 37 tahun itu tampil dengan single baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran didedikasikan khas buat suaminya.
Amylea berkata, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu suatu masa nanti.
Jelitawan Bollywood dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya di India, Katrina Kaif selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Vicky Kaushal pada9 Disember 2021 di Rajasthan, India.
Seperti yang dilaporkan NDTV, perkahwinan Katrina Kaif dan Vicky Khausal telah dilaksanakan menerusi beberapa majlis yang diatur rapi. Bermula dengan acara mehendi atau lebih kita kenali sebagai malam berinai pada hari Selasa lalu (7/12/2021). Ia diikuti dengan acara sehrabandi & sangeet iaitu perayaan perhimpunan kedua-dua buah keluarga. pada sebelah malamnya.
Katrina dan Vicky juga tidak merahsiakan perkahwinan mereka apabila masing-masing memuat naik foto daripada setiap majlis mereka di akaun media sosial demi berkongsi momen istimewa ini bersama para peminat.
“Hanya rasa cinta dan syukur ada dalam hati kami yang membawa kami hingga ke saat ini. Semoga anda mencintai dan merestui kami dalam fasa baharu kami berdua sebagai suami isteri,” tulis Katrina di bahagian kapsyen.
Ruangan komen dibanjiri kata-kata tahniah daripada rakan selebriti Bollywood termasuklah Priyanka Chopra, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Alia Bhat, Deepika Padukone, Ranveer Singh dan ramai lagi.
Telefon bimbit tidak dibenarkan
Seperti yang boleh dijangka berlaku di majlis perkahwinan selebriti Bollywood, majlis Katrina dan Vicky juga mengenakan protokol keselamatan yang sangat ketat ke atas tetamu yang hadir. Majlis yang berlangsung di Six Senses Fort Barwara itu bukan saha dihadiri oleh jumlah tetamu terhad. Malah khabarnya, tetamu juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit.
Berbeza daripada selebriti Bollywood lain, pasangan sama cocok ini memilih cincin pertunangan dan cincin perkahwinan jenis platinum daripada jenama barangan kemas moden mewah, Tiffany & Co.
Cincin ‘Soleste’ pada jari Katrina dilaporkan mempunyai batu permata nilam (sapphire) berbentuk cushion cut di tengah dan ia dikelilingi batu berlian berniali Rs7,410,000 atau kira-kira RM41,341. Sementara itu, cincin Vicky pula lebih ringkas rekaannya dan dianggarkan bernilai RM7,171.
Sekilas pandang, cincin Katrina ini mirip cincin pertunangan yang disarungkan pada jari Duchess of Cambridge, Kate Middleton sewaktu beliau bertunang dengan Putera William. Cincin yang sama juga pernah disarungkan pada jari mendiang Puteri Diana.
Jika korang masih ingat, Katrina pernah dikaitkan dengan beberapa hero Bollywood terkenal seperti Salman Khan dan Ranbir Kapoor. Akhirnya, jelitawan berusia 38 tahun ini akhirnya menemui cinta sejati bersama pelakon, Vicky Kaushal yang berusia 5 tahun lebih muda daripadanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...