Platform media sosial Indonesia hangat membicarakan majlis perkahwinan anak lelaki termuda Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang diraikan dengan penuh berprestij.
Presiden Jokowi dikhabarkan gembira menerima kehadiran menantu baharu setelah anaknya, Kae Sang Pangarep selamat disatukan dengan gadis pilihan, Erina Sofia Gudono.
Kedua-dua pihak keluarga meneruskan adat tradisi perkahwinan di Indonesia yang dilaksanakan dengan penuh teliti dan memakan masa berhari-hari.
Dalam hantaran di media sosial, Presiden Jokowi melahirkan kesyukuran setelah segala majlis berjalan dengan lancar.
Beliau turut memohon maaf di atas gangguan trafik yang berlaku akibat penutupan beberapa jalan raya di sana bagi majlis perkahwinan tersebut.
Sedikit info mengenai pasangan bahagia ini; Kae Sang, 27 merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan mempunyai pengikut yang agak ramai di media sosial.
Sebagai anak kepada Presiden Indonesia, Kae Sang tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam arena politik seperti yang dilakukan oleh abang sulungnya, Ghibran Rakabuming (Datuk Bandar Solo) serta abang iparnya, Bobby Nasution (Datuk Bandar Medan).
Sebaliknya, minat Kae Sang lebih terarah kepada bidang perniagaan makanan yang dinamakannya Sang Pisang dan juga bergelar personaliti YouTuber.
Isteri pilihan Kae Sang merangkap menantu Presiden Indonesia Joko Widodo ini juga bukan calang-calang latar belakangnya.
Erina Sofia Gunado, 25 berasal daripada keluarga ternama dan adalah anak ketiga pasangan Profesor Dr. Muhammad Gudono dan Dr. Sofiatun Gudono.
Kini, Erina berkhidmat sebagai seorang penganalisa kewangan di bank pelaburan JP Morgan cawangan Jakarta.
Sebelum memulakan kerjayanya itu, Erina juga pernah mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik Puteri Indonesia 2022 dan berjaya menamatkan saingan dalam kedudukan Top 11.
Ketika bertanding, Erina yang mewakili Yogyakarta merupakan salah seorang peserta yang disebut-sebut mampu meraih kejuaraan. Ini kerana Erina bukan sekadar bersandarkan kepada kecantikan rupa paras tetapi juga kebijaksanaan.
Sebagai graduan jurusan Pengurusan Kewangan di peringkat sarjana muda dan jurusan Pentadbiran Awam di peringkat sarjana dari Columbia University di Amerika Syarikat, kebolehan Erina menguasai pelbagai bidang ini dicemburui ramai.
Ia juga membuatkan Erina sebagai calon ideal buat Kaesang serta keluarga Presiden Jokowi. She knows her mathematics, strategies and administration!
Ramai benar pasangan yang menjadikan bulan Disember sebagai tarikh keramat untuk mengikat tali perkahwinan ya.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan majlis akad nikah di antara atlet kebangsaan, Datuk Abdul Latif Romly dan pasangannya, Datin Nabila Farhana.
BACA LAGI: Datuk Abdul Latif Romly Selamat Bergelar Suami Kepada Nabila Farhana Musaidi – REMAJA
Sumber: (1)
Sumber Foto: Instagram @erinagudono
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee