Siapa je yang tidak pernah impikan untuk memakai barangan jenama mewah seperti pakaian dan aksesori terbaru.
Namun sudah tentu tidak semua insan mampu memilikinya. Jadi bagi segelintir individu ini, mereka dilihat sanggup menggayakan barangan tiruan semata-mata ingin nampak ‘class’ dengan penampilan masing-masing.
Baru-baru ini, kecoh industri hiburan Korea Selatan apabila Song Ji-ah yang merupakan pempengaruh (influencer) yang kini lebih popular dikenali menerusi program realiti Netflix, Single’s Inferno telah ‘terkantoi’ memakai memakai barangan jenama mewah tiruan.
Ji-ah yang menggunakan panggilan FreeZia di media sosial miliknya seperti Instagram dan YouTube menjadi mangsa kecaman kerana selama ini berpenampilan hidup mewah di televisyen serta video di YouTube. Rupa-rupanya, persalinan jenama mewah seperti Chanel dan Dior yang dipakainya itu tiruan belaka.
Lalu, tanggapan awal peminat dan masyarakat yang pada mulanya terpegun dengan kecomelan serta rupa paras cantik gadis berusia 25 tahun ini telah berubah. Malah, ramai kecewa dengan Ji-ah yang terpaksa berpura-pura dengan gaya hidup yang ditunjukkan selama bergelar YouTuber sejak tahun 2019 semata-mata demi ‘content’ serta imej.
.Song Ji-ah merupakan seorang fesyenista yang digemari kerana sering tampil dengan gaya fesyen mewah. Instagram: @dear.zia
Kantoi Sebabkan Jennie
Kemelut yang melanda Ji-ah ini secara tidak sengaja tercetus setelah warganet berasa sangsi dengan barangan jenama Chanel yang dipakainya. Mereka mendapati baju tersebut berbeza dengan yang rekaan sama yang pernah disarungkan oleh ahli kumpulan Blackpink, Jennie.
Tidak mungkin Jennie pun pakai barangan tiruan Chanel kerana dia sendiri merupakan salah seorang duta antarabangsa jenama Perancis itu!
Kontroversi ini tidak berhenti setakat di situ apabila warganet juga gigih menjalankan ‘kerja-kerja penyiasatan’ dengan menggali akaun media sosial Ji-ah sehingga ke posting lamanya.
Mereka kemudiannya mengumpul bukti bahawa semua barangan yang dipakai Ji-ah adalah barangan tiruan dan mengemukakan buktu itu di beberapa platform komuniti atas talian di Korea seperti Nate Pann dan Theqoo.
Review barangan fake jenama Chanel namun video ini telah pun dipadam
Seorang netizen turut menjelaskan, “Kedudukan logo salah dengan ketebalan yang berbeza. Tag di bahagian dalam juga tiada. Dia telah membuat kandungan digital dengan barangan palsu”.
Err..
Foto: AllkpopFoto: AllkpopSaint Laurent (warna lining dalam berbeza daripada yang sebenar)
Hanya disebabkan ingin menjaga imej agar nampak seorang orang berada, tak fasal-fasal Song Ji-ah terus menjadi bahan kritikan warganet. Justeru, dia telah pun membuat permohonan maaf di laman Instagram-nya.
Pertama sekali, saya memohon maaf kepada semua yang kecewa dan terluka kerana saya. Pada waktu ini, terdapat kontroversi mengenai pakaian yang dipakai di platform SNS dan program ‘Solo Hell’. Dakwaan kontroversi yang diperkatakan sebahagiannya adalah benar. Saya benar-benar minta maaf.
Saya memohon maaf sekali lagi di atas semua keadaan yang berlaku ini kerana melanggar hak cipta pereka. Sebagai seseorang yang mempunyai impian untuk melancarkan jenama sendiri, saya mengiktiraf dan memandang kontroversi ini secara serius.
Pada masa yang sama, kami akan melihat dengan lebih teliti supaya ia tidak akan berlaku. Semua kandungan tersebut telahpun dipadamkan. Saya juga memohon maaf kepada jenama yang ‘terluka’ kerana saya.
Saya secara ikhlas memohon maaf kepada semua pihak termasuk peminat, pelanggan dan pihak jenama dan akan lebih bertanggungjawab pada masa hadapan. Terima kasih kerana membaca muat naik yang panjang ini.
*
Ads
Bukan setakat itu, Song Ji-ah juga telah memadamkan kebanyakan posting lamanya yang menunjukkannya memakai barangan tiruan.
Hm, rasanya isu ini juga sering berlaku dalam masyarakat kita. Untuk kelihatan mewah dan bergaya, ramai tidak kisah memakai barangan tiruan asalkan nampak bergaya dengan jenama mewah.
Sebagai seorang pempengaruh popular, golongan ini seharusnya lebih peka dan tidak menunjukkan contoh kurang baik kepada orang ramai. Takkanlah kita hendak pengikut kita juga bersalah menggalakkan pemakaian barangan yang meniru hak cipta milik jenama lain?
Dalam pada itu, Ji-ah baru saja menghabiskan penggambaran program temubual baharu di saluran JTBC berjudul Knowing Bros serta program variety show di MBS berjudul Omniscient Interfering View.
Namun dek kontroversi kali ini, ramai tidak pasti jika dia akan ditampilkan dalam dua buah program tersebut demi mengekalkan rating.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada perkataan lain yang boleh digambarkan oleh penulis dan rakan media lain yang duduk di barisan hadapan (fine, barisan kedua) pentas pertunjukan fesyen Rizalman For Zalora yang berlangsung hari ini selain daripada wow!
Dua bulan sudah berlalu sejak gambar teaser koleksi Rizalman For Zalora ini dimuat naik di media sosial milik jenama Rizalman dan akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat fesyen tanah air tiba juga.
Terlebih dahulu, paparan teaser koleksi ini sudah berjaya menarik rasa ingin tahu di kalangan netizen. Mengapa Rizalman memilih kebudayaan masyarakat India sebagai idea pakaian Hari Raya? Apa signifikan watak Paro, Kunti dan Tuan Tanah dalam koleksi Rizalman For Zalora? Mengapa Izara Aisyah menjadi muse beliau pada kali ini?
Trust us, bermacam-macam soalan dilontarkan oleh netizen di ruang komen.
Namun, Dato Rizalman tidak mudah melatah dengan komen sebegitu. Malah, if you look at it from another point of view, komen sebegini menunjukkan netizen sebenarnya tertarik dengan kelainan yang dibawa oleh beliau.
10 Minit Untuk Intro Je
Bertempat di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur, Dato’ Rizalman sememangnya terkenal sebagai penggiat seni fesyen tanah air yang gemar tampil lain daripada yang lain demi mencabar landasan fesyen sedia ada di Malaysia. Jika orang lain mengambil jalan A, beliau pastinya memilih jalan B, atau C.
Ibarat berada di set penggambaran filem Bollywood, susunan prop, muzik dan poster yang dipasang semuanya begitu kena dengan konsep masyarakat India.
Kalau tak, tak adalah introduction music hampir 10 minit dipasangkan pada speaker! Hehe..nak bagi mood dan feel datang katanya.
Beralih kepada persembahan fesyen yang dipamerkan untuk koleksi Rizalman For Zalora ini, penulis dan para jemputan sememangnya menantikan untuk melihatnya secara LIVE.
Walaupun Rizalman telah memuat naik lebih 20 imej kempen dengan pakaian raya berbeza di Instagram, penulis merasakan seperti banyak lagi sebenarnya pakaian yang ditawarkan untuk koleksi kali ini.
Setiap pakaian raya yang disarungkan oleh model lelaki dan perempuan sememangnya kena dengan tema, namun masih moden untuk korang gayakan ke acara-acara dan majlis tertentu. Dari perincian yang diletakkan pada pakaian koleksi ini, penulis dapat membayangkan betapa banyak research yang dilakukan oleh team pereka Rizalman bagi memastikan kepuasan pembeli dijamin 100 peratus.
Di penghujung acara, kami dikejutkan dengan persembahan encore tarian Bollywood oleh penari berpakaian serba hitam dan oleh Izara Aisyah serta Dato’ Rizalman sendiri!
Apapun, tahniah penulis ucapkan kepada team Rizalman dan semua yang terlibat sejak awal tahun ini lagi. Diharap agar lebih ramai pereka fesyen yang mengikut jejak langkah Rizalman (bukan meniru design-nya okay!) untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitiri.
Maklumlah, Raya kan setahun sekali – haruslah ia diraikan sehabis baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk melancong di dalam negara, kami pasti ramai yang ingin merancang percutian berbaloi.
Dah alang-alang nak berjalan, adalah lebih baik sekiranya korang membuat itinerari bagi tempat-tempat menarik yang berhampiran dengan lokasi percutian.
Seperti apa yang dilakukan seorang pengguna Facebook ini, Rohaiju Baharuddin berkongsi pengalamannya bercuti ke Ipoh dan Cameron Highland. Kedua-dua lokasi ini terletak disempadan negeri dan memang berbaloi kalau korang singgah sebentar.
Jika ada yang ingin membuat trip ke Ipoh dan Cameron Highland, mungkin korang boleh rujuk pada itinerari yang telah dikongsi oleh Rohaiju Baharuddin ini.
Day 1
1. Gaharu Tea Valley, Gopeng (RM10)
2. Kellie’s Castle (tak dapat masuk, ada orang shooting filem)
3. Tanjung Tualang Tin Dredge (RM10)
4. Check in M Boutique Hotel (RM380-2mlm)
Day 2
1. Tasik Cermin (RM5 untuk parking)
2. Clock Tower, Stesen Keretapi Ipoh, Ipoh Town Hall
3. Masjid Muhammadiah (Masjid Cina)
4. Concubine Lane
Day 3
1. Big Red Strawberry Farm
2. Nasi Lemak Abang Strawberry
3. Bharat Boh Cameron Tea Valley (RM3)
4. Check in Nova Hotel (RM150 – 1 mlm)
Day 4
1. Trip ke Mossy Forest, naik jeep, ada driver berenti few spots sebab driver akan explain details pasal teh BOH. Nak naik kereta boleh, tapi sumpah scary. (RM50 seorang – 4jam tour. Masuk Mossy Forest tu tambah lagi RM10 ye)
2. Tasik Cermin, hurm a bit scary sebab tak ada signboard langsung. Tiba-tiba macam lost di tengah bukit. Lepas dengar suara orang baru tahu kat mana jalan masuk. Kena lalu terowong. Hati-hati la kalau pergi hari biasa, mungkin tak ramai orang.
3. Nasi Lemak Abang Strawberry, biasa-biasa sahaja. Tapi boleh la cuba, sambal tu sambal strawberi.
4. Nova Hotel tu bilik studio style yang besar boleh muat satu family, tapi kena bawa toto la. Best sebab bawah mall. Macam- macam boleh makan.
5. Pengalaman paling indah, ke Mossy Forest tu. Naik jeep melalui jalan sempit. Sesak nafas tengok kehebatan mereka drive. Sesekali rasa nak terhumban dek kerana kecerunan pendakian. Salute la gadis-gadis yang gigih bawa kereta sampai atas.
Apa lagi guys, hujung minggu ni bolehlah buat trip!
PELAJAR jurusan undang-undang dari Republik Czech, Krystyna Pyszková dinobatkan sebagai Miss World 2024 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan di Mumbai, India, pada malam Sabtu lepas.
Gadis cantik berusia 25 tahun ini berjaya mengalahkan 112 peserta yang lain untuk merebut gelaran tersebut.
Isu Penjagaan Kesihatan Wanita
Memberikan jawapan bernas ketika ditanya tentang isu berkaitan penjagaan kesihatan wanita, yang mana dia berpandangan bahawa masyarakat harus membuang stigma dan rasa malu untuk membicarakan perihal menstruasi (haid).
Dia yang juga seorang model berkata’ menjadi wanita adalah satu anugerah’ dan menstruasi tidak sepatutnya menjadi subjek tabu.
Impian Jadi Kenyataan
Malah, Krystyna Pyszková yang teruja dengan kemenangannya turut menyatakan impiannya menjadi kenyataan.
“Menjadi Miss World adalah impian yang menjadi kenyataan. “Saya amat berbesar hati untuk mewakili negara saya dan nilai-nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” kata Pyszkova.
Miss World 2023, Karoline Bielawska dari Poland, menyerahkan mahkota kepadanya Krystyna Pyszková. Malah, para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu popular Bollywood. Pertandingan ratu cantik itu kembali ke India buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.
Di sini Shetty dari India telah tersingkir selepas mara ke peringkat lapan akhir. Enam wanita India telah memenangi gelaran itu, termasuk Reita Faria (1966), Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1997), Yukta Mookhey (1999), Priyanka Chopra (2000) dan Manushi Chillar (2017).
Pertandingan Miss World ke-71 itu dihoskan oleh pembuat filem Bollywood Karan Johar dan Miss World 2013, Megan Young dari Filipina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelumba sensasi negara, Hakim Danish Ramli terus mencuri tumpuan dunia motosikal apabila berjaya menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol dan merangkul dua podium...