Eat D’ Beat: Crew of the Year merupakan sebuah pertandingan street dance yang dibawakan oleh Bridge Hiphop Street Academy dan diasaskan di Bandung Indonesia.
Bertempat di Click Square Mall, Bandung pada hujung minggu lalu, Eat D’Beat telah mengumpulkan para penari muda lagi berbakat dari pelbagai negara seperti Korea Selatan, Indonesia, Jepun dan Malaysia sendiri.
Ya, kru menari dari negara kita juga membawa nama negara ke sana dan manisnya, mereka berjaya menempa kejayaan sebagai juara kategori Open Division!
Mereka ialah Zeppo Youngsterz yang dianggotai oleh Danial, Faris, Adib, Izzudin, Naufal, Aniq, Nik, Aus, Fariza, Hilmi, Mirul, Zulhelmi dan Aina.
Menariknya, ada di kalangan mereka juga telah kami kenali sejak mereka bergelar peserta dari kumpulan Dizmuv Native dan Nastyrock Creq di pertandingan tarian REMAJA Dance-Off 2018 pada tahun lalu.
Menurut Danial yang mewakili kru lain dari Zeppo Youngsterz, mereka bersyukur dengan kejayaan tersebut setelah segala penat lelah latihan dan kembara ke negara seberang.
“Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada penyokong di Malaysia atas doa kalian. Kami telah berjaya meletakkan Malaysia ke tangga teratas.
“Kami bekerja keras untuk pertandingan ini dan ia terbalas juga. Lets go for bigger things, InsyaAllah.”
Dengan kutipan markah setinggi 1.124, Zeppo Youngsterz mengenepikan saingan sengit daripada kru Willis Hood (1.094), I HUSTLE (1.062), B-East Squad (1.034) dan G.0 (1.031).
Congrats korang!
Pertandingan Eat D’ Beat kali ini dihakimi oleh koreografer popular dari Soul Dance Korea, Girin Jang dan Lock Dong juga dari Korea Selatan.
*
THE GIRLS ARE BACK!