Peserta Underdog VS Peserta Popular, Adakah Mempengaruhi Pemilihan Top 12?

Share

Tidak dinafikan, ramai gadis-gadis cantik mencuba bakat ketika Pencarian Dewi Remaja 2019. Bermula dari instafamous yang mempunyai follower berjumlah ratusan ribu, hinggalah kepada pelakon yang sudah pun mencipta  nama dalam industri tanah air namun kesemuanya masih mahu mencuba nasib dalam pertandingan berprestij ini.

Ini kerana pencarian Dewi Remaja bukan melihat aspek kecantikan sebagai pemilihan utama tetapi apa yang paling penting adalah bakat. Jika ramai berpendapat penganjur mementingkan populariti atau jumlah bilangan follower, lihatlah peserta yang terpilih ke Top 12 ini. Adakah kesemuanya peserta glamor atau peserta underdog? 

Nynna Bintang Iklan TV Komersial

Wajah cantiknya sering menghiasi kaca television malah sejak usianya 10 tahun lagi, Nurul Hanynaa Harizal  atau mesra di sapa Nynaa Harizal sudah membintangi tv ikan komersial.

Memiliki wajah cantik,  anak sulung dari tiga beradik ini yang kini berusia 23 tahun ini merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan. Ketika waktu lapang, Nynaa gemar menunggang kuda dan bermain piano.

Bakal peguam terpilih ke Top 12

Baru berusia 21 tahun, Nur Nafissa Abdul Ghafar atau mesra disapa Adriana antara yang tersenarai dalam top 12 kali ini.

Adriana kini sedang menuntut di Universiti Malaya pengkhususan Sarjana Muda Undang-Undang.

Jika korang rasakan dia berminat menjadi peguam tapi nampaknya awal-awal lagi, Adriana yang berasal dari Johor ini bercita-cita menjadi seorang ahli motivasi khususnya yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai. Malah Adriana suka membuat kerja-kerja amal dan memiliki misi “To Give Back To Society”.

Embun nama Manja Norsyamira

Memang klasik nama manjanyakan, jarang digunakan lagi Tapi ternyata EMBUN adalah nama manja bagi Norsyamira Izzati Mohd Nazir. Tapi korang bolehlah panggil dia Syamira kerana Embun itu khas untuk ahli keluarganya.

Berasal dari Selangor dan berusia 22 tahun, anak bongsu dari dua beradik ini sedang menuntut dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam.

Meminati bidang pengacaraan, tutur katanya sangat tersusun apabila berbicara. Malah Syamira jadikan penyertaannya dalam Dewi Remaja sebagai batu loncatan untuk menjadi pengacara.

Hos Tv  Sahut Cabaran Dewi Remaja

Jangan tak tahu, peserta akhir yang terpilih dalam senarai Top 12 dari 20 peserta berbakat kini sedang bekerja sebagai seorang hos dan wartawan untuk sebuah saluran digital.

Shaza Nuriman Mohamad Zamri,  berusia 24 tahun bukan saja berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan tetapi gadis manis yang berasal dari Kuala Lumpur ini banyak membintangi iklan komersil. Lebih mesra disapa Shaza Bae ini merupakan seorang graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya.

Doakan kesemua mereka berjaya untuk ke Top 5 sebelum dinobatkan sebagai Dewi Remaja kali ke 11 pada penghujung Disember nanti.

Published by
Almaswa Haji Che Ros