Selepas mencipta sejarah sebagai atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, pesilat negara, Thamaraj Vasudevan kini dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa pada 2 Januari ini.
Menurut Setiausaha Persatuan Silat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, ia sebagai penghargaan buat atlet berusia 28 tahun yang telah berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Sibu, Sarawak itu susulan kejayaannya meraih pingat emas kategori bebas putra di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20, Ahad lalu.
Dalam pada itu, turut diberikan kenaikan pangkat Sarjan seorang lagi pesilat yang meraih pingat emas acara silat kreatif tunggal putra Ahmad Fauzan Hadi.
Ahmad Fauzan Hadi yang meraih pingat emas di acara silat kreatif tunggal putra (Kredit: FMT)
“Dia (Thamaraj) akan dipakaikan pangkat Sarjan bersama KPL Ahmad Fauzan Hadi. Kita meraikan mereka pada 26 Disember ini. Ia satu penghargaan besar buat mereka terutama sekali mereka adalah KPTD, jadi mereka layak untuk dipakaikan pangkat,” katanya
Selain itu, Noorsyahiddawati juga meluahkan rasa teruja melihat pencapaian Thamaraj yang beralih daripada sukan taekwondo kepada seni silat hingga membuahkan hasil dengan bergelar juara dunia.
Katanya, atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu telah menunjukkan minatnya dalam sukan silat dan pihaknya telah melatih serta menghantar Thamaraj menyertai Kejuaraan Silat Kebangsaan pada 2022.
Ads
“Dari situ dia (Thamaraj) ‘laku’ ke skuad negara selain pencapaiannya sepanjang tahun ini,” ujarnya.
Thamaraj muncul antara pesilat senior yang menyumbang enam pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia, menyaksikan Malaysia turut membawa pulang sembilan perak dan empat gangsa.
Skuad remaja negara turut cemerlang dengan lima emas, empat perak dan empat gangsa.
Terdahulu, pada aksi di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) itu, Thamaraj menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Ads
Kredit: BernamaKredit: FMT
Sementara itu, Thamaraj ketika ditemui pemberita berkata kejayaan menewaskan Khudoyberdiev ibarat membalas dendam kekalahan sebelum ini dan pada masa sama memberikan keyakinan buatnya mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa khususnya Kejohanan Asia di Uzbekistan tahun depan.
“Saya pernah bertemu beliau (Khudoyberdiev) sebelum ini tetapi kemenangan dibatalkan kerana (pukulan) terkena di leher. Ia seperti pelanggaran berat. Kejohanan seterusnya adalah Kejohanan Asia di Uzbekistan. Sasaran saya sudah pasti untuk menang emas selepas pingat perak pada dua edisi lepas,” katanya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap umat Islam pasti inginkan pengakhiran yang baik, dalam erti kata lain kematian husnul khatimah yang diimpikan. Husnul khatimah membawa maksud kematian di dalam reda Allah dan kita juga reda dengan ketentuan Allah SWT.
Kita sebagai manusia sebenarnya boleh mengenali tanda-tanda sekiranya seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Berikut kami senaraikan antara 9 tanda husnul khatimah berdasarkan hadis Rasulullah SAW.
1. Melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia
Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’, nescata dia akan memasuki syurga (HR Abu Daud 3316)
2. Meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat
Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur (HR Al-Tirmidzi 1074)
3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya
Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya (HR Al-Tirmidzi 982)
4. Seseorang diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia
Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya (HR Al-Tirmidzi 2142)
5. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut
Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid (HR Muslim 1915)
6. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah (HR Al-Bukhari 652)
Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid (HR Ibn Kathir 5869)
8. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya
Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka! (HR Muslim 140)
9. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh
Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.” (HR Ahmad 23372)
Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik dan sama-samalah berdoa agar kematian kita juga mendapat husnul khatimah. InsyaAllah!
Jangan dibuang lebihan roti, sebaliknya ubahlah ia menjadi pizza ‘homemade’!
Resipi homemade pizza semudah ABC hanya menggunakan roti sahaja sebagai bahan utama bagi menggantikan doh dan hasilnya memang lebih sedap dari pizza yang biasa kita beli di luar.
Apa paling penting ada niat dan sifat rajin untuk membuatnya bagi menambat hati suami sepanjang ramadan dan PKP. Barulah boleh mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Kalau dah nama orang bujang, telur mata kerbau tu antara lauk wajib yang senang untuk disediakan. Bukan saja yang single, mak-mak pun kalau nak bagi anak bertambah selera, telur goreng wajib masuk dalam menu.
Dapat pula telur mata yang kuningnya masih cair, perghh sedapnya. Tapi, setiap kali kita goreng telur susah betul nak dapat telur kuning cair macam dekat kedai tu.
Nah, rupanya ada cara macam mana nak goreng telur mata. Jom ikut tip menggoreng daripada Wan Luqman yang dikongsi kepada page MAHN.
1. Pertama, kena guna kuali kecil dan kedalam sikit lekuknya sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit, jadi telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
2. Minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil terlebih dahulu, jangan pecahkan direct terus ke kuali.
3. Jangan risau, toskan dulu telur goreng tadi atas sudip bagi untuk tapis sedikit minyak yang ada. Jangan angkat terus ke pinggan. Bila keliling putih tu dah start garing sikit, bolehlah angkat.
Sebaiknya guna telur yang bersaiz D atau E, barulah telur goreng tu nampak molek je. Hiks!
Kalau nak lebih sedap, korang potongkan cili dan letak kicap. Perghh, confirm bertambah-tambah korang makan.
Kadang-kadang tak perlu pun lauk-pauk yang mewah. Dapat makan telur goreng mata kerbau macam ni pun dah cukup nikmat. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun telah meraih pencapaian yang membanggakan apabila muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik...