Pesta Songkran Jadi Tema Kostum Nasional Miss Universe Thailand 2022. Classy & Elegan!

Share

Anna Sueangam-iam ketika ini mungkin sedang berada di berada di New Orleans, Louisiana. Teman sebilik Lesley Cheam, Miss Universe Malaysia ini mengagumkan semua  dengan gayanya yang versatil, personalitinya yang menarik dan kemahiran komunikasi yang baik.

Dalam kekalutan sesi pendaftaran dan suai kenal yang baru bermula hari ini. Pertubuhan Miss Universe Thailand, telah mendedahkan pakaian kebangsaan yang indah yang akan digayakan Anna pada pertandingan kostum nasional  Miss Universe 2022 nanti kepada umum menerusi hantaran Instagram.

Mengambil inspirasi daripada Pesta Songkran yang popular seluruh dunia. Kostum nasional yang diberi nama ‘Songkran Devi’ telah diilhamkan oleh Wanita Songkran 2023 bernama “Kimita Devi”. Ia merupakan salah seorang daripada tujuh puteri dewi Raja Kabilaprom dan menjadi simbol perayaan Songkran.

ARTIKEL BERKAITAN: Kostum Gunung Kinabalu Simbolik Miss Universe Malaysia Sebagai Wanita Pada Posisi Tertinggi

Corak busana tersebut itu diilhamkan daripada corak air mengalir fabrik tenunan tangan tradisional hasil pembuatan seni kraftangan Thai. Untuk menampilkan sisi kemodenan, pakaian itu dihiasi dengan sulaman, manik, kristal, labuci dan juga botol terbuang. Pakaian ini dilengkapi dengan mangkuk perak yang dibuat oleh tukang besi berpengalaman Thai.

Mangkuk perak merupakan simbol yang digunakan untuk menuang air ke tangan orang tua, menyimbah air semasa perayaan, dan juga untuk kegunaan harian. Ini mempamerkan cara hidup, budaya, tradisi dan kearifan tempatan yang halus dan kreatif

Rekaan kostum nasional ini jelas mencerminkan dan mempamerkan aktiviti membina kerjaya untuk penduduk tempatan dan masyarakat. Tambahan pula, ia mencerminkan kebahagiaan, cinta, kerendahan hati dan keindahan budaya Thai yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Walaupun busana ini kelihatan ringkas, namun perincian yang diserlahkan cukup bermakna. Adakah kostum nasional ‘Songkran Devi’ ini mampu bergelar kostum nasional terbaik? Sama-sama kita nantikan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Instagram Miss Universe Thailand

 

Published by
Fiezreen