Gempa yang melanda Sulawesi Tengah sehingga membantai Kota Palu ternyata menyimpan banyak cerita aneh. Setakat hari ini, seramai 1302 korban telah dijumpai dan masih banyak lagi terperangkap di bawah runtuhan.
Sebenarnya banyak petanda aneh muncul sebelum gempa dan sesudah gempa. REMAJA senaraikan kejadian aneh yang berlaku sehingga mengakibatkan Palu dan Donggala mengalami situasi amat teruk. Namun sebelum itu, korang perlu tahu ini.
Kota Palu mempunyai daya tarikan pelancongan di mana alam semulajadinya sangat cantik dan menawan. Gambar di bawah jadi bukti. Namun selepas tsunami dan gempa, segalanya berubah. Baca apa kejadian aneh yang terjadi.
1.Air laut surut secara tiba-tiba
Seorang saksi kejadian, Adrian berkata, dia berada di pinggir pantai anjungan
Nusantara bagi menyaksikan satu acara pantai iaitu Festival Pesona Palu Lomoni bersama lebih 1000 pengunjung. Katanya dia berasa pelik kerana menyaksikan air pantai surut secara tiba-tiba. Tidak lama selepas itu, muncul tsunami yang membuatkan ribuan orang panik.
Sebenarnya kejadian gempa diikuti tsunami di Kota Palu ini agak aneh kerana amat jarang berlaku dua fenomena agak serentak. Selepas gempa kuat 7.4 skala ritcher berlaku, di sebalik penduduk mula panik, datang pula tsunami setinggi 5 meter yang terus memburukkan keadaan di Kota Palu, Sulawesi. Tsunami ini merobohkan banyak bangunan tinggi dan menghanyutkan rumah penduduk.
Selepas gempa meruntuhkan kota Palu, tsunami setinggi 5 meter tinggi terus merobohkan dan menghancurkan lebih banyak bangunan, kenderaan serta mengorbankan 700 orang. Beberapa kota termasuk Donggala juga mengalami tsunami ini tetapi tidak sekuat Kota Palu.
Menurut pakar, gelombang besar tsunami biasanya dihasilan apa yang disebut sebagai gempa bumi magathrust. Dalam keadaan ini, sebahagian besar kerak bumi bergerak secara vertikal di sepanjang laluan.
Situasi ini mampu memicu gelombang air dengan ketinggian dan kecepatan yang cukup besar sehingga ribuan milimeter dari pusat gempa. Pada 2004, gempa bumi megathrust berkekuatan 9,1 skala richter menghentam Sumatera yang mengakibatkan tsunami dari Acheh hingga ke Afrika Selatan.
Tambahnya lagi, jalan raya ke kampung itu terbelah dua, apabila gempa berlaku ia mengakibatkan rekahan kemudian diikuti gelombang tsunami.
5. Kampung tertimbus 4 meter ke dalam lumpur
Gempa besar ini sememangnya sukar dijangka. Tidak hairanlah banyak daerah-daerah belum menerima bantuan sepenuhnya termasuk di Doggala, Sigi dan Palu.Struktur jalan raya yang banyak terbelah menyukarkan operasi.
Menurut pegawai pemerintah, sebuah kampung tertimbus sedalam 4 meter. Selepas jambatan putus, ada jalan menurun ke bawah tetapi sangat dalam dan operasi sukar dilaksanakan kata Bupati Sigi M Irwan Lapata yang bertindak mengetuai operasi menyelamat di sini. Mayat diangkat sendiri oleh masyarakat setempat dan kami bersama-sama berganding menjayakannya.
6. 1203 terkorban dan dijangka lebih
Sejak gempa dan tsunami terjadi, Indonesia menubuhkan Tim Aksi Cepat Tangkap (ACT) bagi menghadapi musibah ini. Ternyata dari pencarian ini mereka menemui 1203 mayat.
Naib Presiden ACT, Insan Nurrohman yang memberikan perincian mayat membahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, Daerah Petobo yang rata-ratanya mati akibat tsunami iaitu seramai 700 orang.
Jumlah orang hilang seramai 46 orang tempatan dan 61 orang warga asing dan kesemuanya masih dalam pencarian.
7. Pegawai trafik korbankan diri demi nyawa ratusan penumpang
Seorang lelaki yang bertugas sebagai pegawai trafik udara, Anthonius Gunawan Agung rela membahayakan nyawasendiri demi menyelamatkan ratusan nyawa penumpang.
Pada saat gempa mula mengocang lokasinya bertugas, di saat rakan lain sudah melarikan diri, lelaki agung ini tetap menjalankan tugasnya memberi pelepasan kepada pilot yang mana kesemua penumpang selamat. Dia akhirnya terjun dari tingkat 4 malangnya alami kecederaan parah dan meninggal. Lelaki ini dinaikkan pangkat atas jasanya.
8. Pilot cerita bagaimana kapal terbang bergegar kuat
Seorang pilot pesawat Maskapai Batik Air ID 6231 turut menceritakan detik sebelum nahas terjadi. Dia ketika itu sedia berlepas sebelum gempa kuat menghentak landasan di Bandara Sis Al-Jufrie.
Pilot ini tidak menyedari gempa terjadi biarpun kapal terbangnya bergegar kuat di mana ketika itu, pegawai trafik udara, Anthonius Gunawan Agung kelihatan tenang membenarkan dia menerbangkan pesawatnya dari Palu menuju Makassar.
Moga Allah melindungi Malaysia dari sebarang bencana. Amin ya rabbalalamin.