Syarikat minyak tempatan, Petronas, telah memperluaskan operasinya ke Amerika Latin, khususnya di Brazil dengan pembukaan sebuah stesen minyak pertama di Sao Paulo, Brazil baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Pakcik Shell Jelas Sebabnya!
Perkembangan ini disampaikan oleh Ketua Projek Perkongsian Petronas yang juga menjalankan tugas Projek Strategik dan Perniagaan Baru di SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva.
Beliau menyatakan, “Kami sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada momen bersejarah ini dalam sektor bahan api di Brazil, melalui pembukaan stesen minyak Petronas pertama di negara ini.”
Stesen minyak pertama Petronas itu terletak di Kilometer 44 Lebuhraya Castelo Branco, di São Paulo, dipanggil Ecoparada Madero.
Pembukaan stesen minyak itu dengan kerjasama Argenta Group, pengedar bahan api di Brazil dan juga Rede de Postos Monte Carlo, stesen servis dan operasi kelas pertama.
Sementara itu, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata dengan adanya PETRONAS ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.
“Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!
Hebatllah Petronas!
Sumber: The Vocket
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.