Bukannya susah jadi kulit cantik. Kalau nak nampak cantik kena la usaha lebih sikit kan.
Tak perlu pun keluar duit banyak, paling penting korang kena rajin je. Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada menjaga kecantikan dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah terutamanya mengunakan beras.
1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi. Kemudian, lumur dekat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering dan bilas.
2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pula. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit.
Ads
Dah kisar, tambah sedikit air sejuk untuk jadikan pes pekat. Cuci muka dan lumur pada bahagian muka dan leher dengan pes tadi. Biarkan 10 minit dan bilas.
Untuk haluskan kulit guna beras:
1. Bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu di muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu bagus untuk kulit kerana cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka.
2. Guna beras pulut hitam. Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis.
Ads
Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ini pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras macam-macam petua boleh anda cuba. Mudah dan ringkas kan? Boleh cuba seminggu sekali.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi ala K-Drama yang menghiburkan.
Dibintangi oleh pelakon terkenal Go Kyung Pyo dan Kang Hyewon,iklan ini mengisahkan tentang seorang lelaki ulat buku yang berusaha dengan ikhlas meluahkan perasaannya kepada seorang wanita yang sukar untuk didekati.
Tanpa mengenal erti putus asa diselitkan dengan beberapa adegan ditolak secara ‘halus’, menambahkan lagi kelucuan dalam jalan cerita sehingga membuatkan anda tidak kering gusi.
Selain itu, jenama Wacky Willy juga membawa slogan “Generasi keempat yang kasual sesuai untuk semua orang!” turut memperlihatkan koleksi pakaian yang sesuai untuk mana-mana golongan.
Kyung Pyo tampil karakter lelaki kekok dengan gaya ‘nerdy’ namun kelihatan lucu, sementara Hyewon memancarkan aura ‘soft girl’ berkelas yang tegas dengan pendirian. Gandingan mereka berdua membuatkan iklan ini nampak seperti mini drama yang menyeronokkan.
Ditambah, visual mereka yang nampak sepadan menjadikan iklan ini berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada para penonton. Bagi korang yang nak tengok versi penuh yang lebih kelakar, jom layan video di bawah ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lalu Piala Citra Festival Filem Indonesia 2021 telah berlangsung dalam suasana penuh prestij. Menarik tentang acara itu tahun ini, hari penganugerahan itu telah jatuh pada Hari Pahlawan Indonesia, yang mana ia merupakan hari peristiwa memperingati pejuang negara yang berusaha memerdekakan negara itu.
Seiring dengan peristiwa bersejarah tersebut, selebriti wanita yang hadir ke acara itu mengenakan busana kebaya yang melambangkan jati diri sebagai wanita Indonesia. Setiap seorang hadir begitu anggun dalam rekaan kebaya yang cukup unik dan mewah namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Perincian dan juga rekaan pelbagai jenis kebaya dengan rona dan pilihan fabrik mengundang rasa mewah nan eksklusif. Jom kita intai 10 stail yang dibawakan oleh wanita Indonesia ini.
Marsha Timothy
.
Dian Sastrowardoyo
.
Hana Masalan
.
Wulan Guritno
Beby Tsabina
.
Syifa Hadju
.
Prilly Latunconsina
.
Aghniny Haque
.
Arawinda Kirana
Tissa Biani
Cantikkan penggayaan kebaya oleh selebriti Indonesia ini? Setiap seorang hadir dengan citarasa tersendiri, ada yang menyerlahkan garapan asli tradisi dan ada yang memasukkan elemen sentuhan moden di dalam penggayaan.
Matlamat untuk mengangkat busana itu sebagai satu khazanah seni budaya dan warisan tercapai. Membuatkan rasa cinta terhadap busana tradisi lebih menebal.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anna Sueangam-iam ketika ini mungkin sedang berada di berada di New Orleans, Louisiana. Teman sebilik Lesley Cheam, Miss Universe Malaysia ini mengagumkan semua dengan gayanya yang versatil, personalitinya yang menarik dan kemahiran komunikasi yang baik.
Dalam kekalutan sesi pendaftaran dan suai kenal yang baru bermula hari ini. Pertubuhan Miss Universe Thailand, telah mendedahkan pakaian kebangsaan yang indah yang akan digayakan Anna pada pertandingan kostum nasional Miss Universe 2022 nanti kepada umum menerusi hantaran Instagram.
Mengambil inspirasi daripada Pesta Songkran yang popular seluruh dunia. Kostum nasional yang diberi nama ‘Songkran Devi’ telah diilhamkan oleh Wanita Songkran 2023 bernama “Kimita Devi”. Ia merupakan salah seorang daripada tujuh puteri dewi Raja Kabilaprom dan menjadi simbol perayaan Songkran.
Corak busana tersebut itu diilhamkan daripada corak air mengalir fabrik tenunan tangan tradisional hasil pembuatan seni kraftangan Thai. Untuk menampilkan sisi kemodenan, pakaian itu dihiasi dengan sulaman, manik, kristal, labuci dan juga botol terbuang. Pakaian ini dilengkapi dengan mangkuk perak yang dibuat oleh tukang besi berpengalaman Thai.
Mangkuk perak merupakan simbol yang digunakan untuk menuang air ke tangan orang tua, menyimbah air semasa perayaan, dan juga untuk kegunaan harian. Ini mempamerkan cara hidup, budaya, tradisi dan kearifan tempatan yang halus dan kreatif
Rekaan kostum nasional ini jelas mencerminkan dan mempamerkan aktiviti membina kerjaya untuk penduduk tempatan dan masyarakat. Tambahan pula, ia mencerminkan kebahagiaan, cinta, kerendahan hati dan keindahan budaya Thai yang diturunkan dari generasi ke generasi.
Walaupun busana ini kelihatan ringkas, namun perincian yang diserlahkan cukup bermakna. Adakah kostum nasional ‘Songkran Devi’ ini mampu bergelar kostum nasional terbaik? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...