Petua Kecantikan Guna Beras Macam Orang Dulu, Barulah Kulit Lawa Dan Naik Seri!

Share

Bukannya susah jadi kulit cantik. Kalau nak nampak cantik kena la usaha lebih sikit kan.

Tak perlu pun keluar duit banyak, paling penting korang kena rajin je. Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada menjaga kecantikan dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah terutamanya mengunakan beras.

ARTIKEL BERKAITAN : Amy Nur Tinie, Gadis Melayu Pertama Bergelar Ratu Cantik Antarabangsa. Kongsi Petua Jaga Kecantikan

Petua Kecantikan Foto Via Pexels

Untuk naikkan seri muka guna beras:

1. Bila nampak nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi. Kemudian, lumur dekat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering dan bilas.

2. Mak-mak yang pucat lepas bersalin, boleh cuba petua nombor dua ni pula. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit.

Dah kisar, tambah sedikit air sejuk untuk jadikan pes pekat. Cuci muka dan lumur pada bahagian muka dan leher dengan pes tadi. Biarkan 10 minit dan bilas.

Petua Kecantikan Foto Via Pexels

Untuk haluskan kulit guna beras:

1. Bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu di muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh. Madu bagus untuk kulit kerana cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka.

2. Guna beras pulut hitam. Cara dia, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis.

Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ini pun bagus untuk kulit muka berminyak.

Nampak tak, dari segenggam beras macam-macam petua boleh anda cuba. Mudah dan ringkas kan? Boleh cuba seminggu sekali.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mastura Rashid

BACA LAGI : Petua Menarik Tanpa Guna Ubat Yang Perlu Ketahui, 100% Bahan Semula Jadi

BACA LAGI : Ini 4 Jenis Sayuran Yang Baik Untuk Dimakan Bagi Mengurangkan Keradangan Ekzema

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana