
Pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce rasmi bernikah semalam, Ahad (20/10/2024) dengan Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.
Pada hari bahagianya, bintang ‘Sri Asih’ itu tampil sederhana dan manis dengan busana pengantin Melayu.
ARTIKEL BERKAITAN : “Elegan Macam Kerabat!” Kemunculan Manis Nelydia Senrose Berbaju Kurung Sutera Dipuji

Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.
Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
BACA LAGI : Manisnya Tengku Afzan Mengenakan Hijab! ‘Simple’ & Cantik
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masih Sempat Raya Dengan Skaf Rattan dUCk! Lihat Rekaan Yang Ada

Kurang seminggu selepas dUCk melancarkan koleksi hijab istimewa bernama Rattan dUCk sempena perayaan Aidilfitri tahun ini, nampaknya para dUCkies masih sempat mendapatkannya mengikut rona pakaian raya korang!
Koleksi Rattan dUCk diilhamkan daripada nilai sentimental lebaran di kampung halaman.
Ia juga katanya menggambarkan kecantikan dan ketabahan nenek kita yang tidak pernah kenal erti penat ketika menyediakan segala persiapan menjelang Hari Raya. Merekalah insan yang akan memastikan semuanya sempurna demi keselesaan anak cucu.
Biarpun kita sekali lagi tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini *cue for tissues* namun itu tidak bermakna kita tidak boleh meraikannya dengan meriah.
Salah satu faktor yang membuatkan ramai orang ternanti-nantikan kemunculan Rattan dUCk ini adalah disebabkan paten mirip anyaman rotan pada skaf ini yang mudah untuk dipadankan dengan sebarang jenis persalinan raya.
Kualitinya memang tidak usah disangkal lah lagi.
dUCk semestinya amat menitipkan kualiti pada kain sutera satin dan setiap skaf hadir dengan charm yang menjadi tanda signature untuk setiap helaiannya.
Setiap cetakan pada skaf juga terlebih dahulu dilukis tangan bagi memastikan ia autentik dan tidak sama dengan cetakan skaf jenama hijab yang lain.
Biarpun kelapan-lapan rona yang ditawarkan dalam bidang shawl dan empat segi (bawal) hangat direbut oleh dUCkies, tijauan REMAJA pada laman web fashionvalet menunjukkan ada lagi helaian skaf yang masih dijual.


Ini termasuklah pilihan Rattan dUCk Shawl dalam rona Puteh, Embun, Anum, Kamsah, Normah, Rahmah dan Kalsom.
Shawl ini juga ada dijual dalam paten yang sedikit berlainan dalam rona Zaharah, Khatijah, Rohani, Zaitun, Faridah dan Maimunah.

Selain itu, ada juga pilihan Rattan dUCk Square Scarf dalam rona Puteh dan Anum.

*
Menariknya, dUCk memilih keberkatan bulan mulia Ramadan dan Syawal ini untuk berkongsi semula kepada golongan yang memerlukan kasih sayang serta bantuan.
Sebanyak RM100,000 didermakan kepada rumah-rumah orang tua terpilih di Malaysia dengan harapan agar Hari Raya mereka lebih ceria pada tahun ini.
Giselle Tay Dinobatkan Sebagai Miss International Malaysia 2022. Bakal Mewakili Negara Ke Peringkat Antarabangsa

Setelah dua tahun Malaysia tidak menamakan pemenang Miss International Malaysia dek pandemik Covid-19, akhirnya pertandingan ini telah diadakan semula bagi edisi 2022 untuk menobatkan juara yang baharu.
Berlangsung pada 13 Mac di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu, pertandingan ini telah disertai oleh empat belas finalis yang datang dari seluruh Malaysia. Mereka terlebih dahulu telah tiba beberapa hari sebelum malam finale bagi melalui sesi induksi dan juga sesi soal jawab tertutup.
Pada malam finale, persembahan mereka dimulakan dengan sesi pengenalan dan setiap peserta menggayakan busana kostum nasional pilihan masing-masing. Kebanyakan mereka memilih penggayakan pakaian tradisional yang mewakili pelbagai kaum di Malaysia namun ada juga yang tampil unik dengan rendisi busana sendiri.

Dari 14 peserta, berdasarkan penilaian para juri, hanya enam peserta yang kemudiannya dipilih untuk ke peringkat yang seterusnya untuk melalui sesi soal jawab. Mereka yang berjaya menjadi enam finalis terbaik ialah Kimberly Li, Kash Bhuller, Wen Wei, Jean Kueh, Giselle Tay dan Adlyne Jayne.

Akhirnya, Giselle Tay telah dinobatkan sebagai juara manakala Kash Bhuller dan Jean Kueh masing-masing berpuas hati berada di tempat kedua dan ketiga. Giselle telah dimahkotakan oleh Miss International Malaysia 2019, Charmaine Chew.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
2 Peserta Kelahiran Zimbabwe Ungguli Top 3 Miss Great Britain 2022

Soal kewarganegaraan asal atau warna kulit nyata tidak menjadi isu di pertandingan ratu cantik Miss Great Britain setelah ia menobatkan dua peserta yang berasal dari Zimbabwe dalam kedudukan 3 peserta terbaiknya, Isnin lalu waktu Malaysia.
Jurutera kimia, Noky Michelle Simbani bakal mewakili Great Britain di pertandingan Miss Universe 2022 setelah mengenepikan 35 peserta lain lantas menjuarai mahkota Miss Great Britain 2022.
Seorang lagi peserta kelahiran Zimbabwe iaitu Paidamoyo Mangi telah berjaya menempatkan diri di kedudukan pemenang tempat ketiga.


Noky, 25 mempunyai ijazah sarjana Kejuruteraan Kimia dari University of Birmingham pada tahun 2020 dan kini bertugas dalam aliran kewangan untuk NatWest Group yang menawarkan inisiatif mengembangkan perniagaan di seluruh negara.
Bukan calang-calang ya!

Untuk pengetahuan, Noky meninggalkan negara asalnya, Zimbabwe untuk bermastautin ke England pada tahun 2001 bersama ibu-bapanya dan seorang adik perempuan.
Sepanjang dibesarkan di England, Noky jelas mengejar kecemerlangan akademik dan sewaktu menjalani program latihan amali (internship) di beberapa syarikat besar seperti Infrastructure Process Engineering (Bristol) dan Exxonmobil (Southampton).


Begitupun, itu tidak bermakna Noky muncul dalam dunia ratu cantik tanpa pengalaman. Gadis berketinggian 160cm ini cukup fasih dalam selok-belok dunia peragaan yang disertainya secara separuh masa sejak tahun 2017. Malah pada tahun 2017, Noky pernah merasai pengalaman pertamanya dalam pertandingan ratu cantik setelah dia mewakili England di Miss Grand International 2017 di Vietnam.

Di luar dunia kerjaya dan ratu cantik, Noky cuba untuk memperkasakan wanita secara konsisten untuk mencapai potensi mereka di tempat kerja.
Baru-baru ini, Noky telah melancarkan platform yang dinamakan sebagai Boss Bios secara atas talian untuk meraikan pencapaian wanita dalam pelbagai cabang kerjaya menerusi paparan kisah-kisah yang memberi inspirasi terutamanya kepada generasi muda.
Rata-rata para peserta Miss Great Britain memberi sokongan padu kepada Noky sewaktu namanya dipanggil sebagai juara pertandingan.
Dengan kelayakan, komitmen dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil gadis ini mampu membawa nama Great Britain jauh dalam pertandingan Miss Universe 2022.
BACA LAGI : Black Beauty! Pelajar Sarjana Undang-Undang Perniagaan Dinobat Miss World Cote d’Ivoire 2022 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.